Follower

Showing posts with label Irma Hasmie. Show all posts
Showing posts with label Irma Hasmie. Show all posts

Sunday, March 25, 2012

GAMBAR IRMA HASMIE BERTUNANG


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Nama Irma Hasmie ibu kira sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Memang dia artis punya nama, dan 'penghijrahannya' semakin membuatkan namanya melonjak. Malah menarik minat mereka yang tidak gemar dunia artis untuk turut sama meminatinya. Ibu Yusuf lah tu.. 

Jom kita tengok gambar dia bertunang. Sangatlah cantik..






Gambar pun ibu rasa dah copy atas copy. Kredit kepada yang punya gambarlah ye..

Lagi gambar Irma Hasmie bertunang di SINI




Saturday, March 24, 2012

MAJLIS PERTUNANGAN IRMA HASMIE


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha penyayang


Wah!! Ibu Yusuf buat entry tentang artis lah. Hehe.. Tak apa, artis ni tutup aurat.

Baru je intai Wardina Safiyyah OfficialPage @ FB. Wardina maklumkan tentang pertunangan Irma Hasmie. Alhamdulillah si cantik jelita tu sudah selamat bertunang dengan jejaka yang dikatakan ditemui di tanah Suci.





Tahniah Irma. Terima kasih Wardina, ibu Yusuf minta gambar ni ye.. Kamu berdua sangat cantik. Subhanallah..


Sunday, March 11, 2012

IRMA HASMIE BERTUNANG


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Irma Hasmie bertunang? Wah, wah, wah.. panas panas!! Bukan cerita Irma Hasmie bertunang yang panas sebenarnya, tapi entryni yang panas. Sangat jarang tau ibu Yusuf cerita pasal artis kat blog dia.. Hmm, sebab bercerita secara langsung tentang artis bukan prinsip ibu Yusuf dalam berblog..

Ada la sekali dua cerita juga.. Kalau tak silap tentang ferrari Datok Siti dan cerita tentang beberapa artis yang datang buat persembahan dalam program yang ibu terpaksa hadir.. Huhu, terpaksa tu..

Tadi jalan-jalan blog Kak Ngah @ Linda Rosman. Kak Ngah cerita tentang Irma Hasmie bertunang. Untuk info klik je lah blog Kak Ngah tu ye..

Cuma, ibu nak ulas sikit tentang Irma Hasmie ni dari kaca mata ibu sendiri. Ibu suka tengok dia bertudung.. Cantik.. Nampak sopan.. Manis je.. 

Syukur alhamdulillah dia terbuka hati untuk menutup aurat. Ibu harap dia akan lebih memahami maksud menutup aurat selepas ini. Kalau tudung bukan sekadar tutup rambut, tetapi mestilah labuh. Kalau baju bukan sekadar tutup badan, tetapi mestilah longgar dan tidak menunjukkan bentuk tubuh.. (Pesanan untuk diri sendiri juga..)

Dalam Kursus Srikandi Cemerlang baru-baruni pun, ada peserta yang menyebut-nyebut tentang Irma Hasmie. Maknanya dia juga dipandang sebagai salah seorang ikon Muslimah. Alhamdulillah.. 

Ibu harap di dapat kerjasama dari semua pihak untuk delete semua gambar-gambar lamanya. Kawan-kawan blogger, ayuh semua delete jika ada dalam entry kita.

 Ibu akhiri entry ni dengan 3 keping gambar Irma Hasmie.. Bukan tangkap sendiri, tapi Google mari.. Hihihi..


 Cantik..


Manis..


Sejuk mata memandang..

Ps: Ini kira entry SEO tak?


Update: Irma Hasmie telah bertunang pada 24 Mac 2012. Gambar-gambar pertunangan di SINI dan SINI..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...