Follower

Friday, June 29, 2012

CABUTAN PEMENANG SAGUHATI BERTUAH PENYU MENANGIS GIVEAWAY @ JEMARI ASMARA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, dengan khidmat random.org, 6 pemenang saguhati yang akan menerima sebiji FM dari Terengganu setiap seorang telah dipilih. InsyaAllah, dengan Allah swt sebagai saksi tiada sebarang penipuan. 6 kali klik, 6 kali print screen.

Keputusan kali ini buat ibu tersenyum. Nampaknya ada peserta yang Allah beri rezeki berganda dari Jemari Asmara. Apa maksudnya? Tungguuuuuu..

Ibu baru buat print screen, belum crop lagi. Dah crop nanti, ibu umumkan siapa pemenangnya. Lagi satu, izinkan ibu banyak songeh sikit eh.. Hehehe.. Jangan marah tau!!

Ibu hanya akan umum keputusan setelah entry ini terima sekurang-kurangnya 10 komen. Entry pagi tadi 3 orang je komen. Sedih.. Sob sob sob..

Okey, ibu minta maaf. Harap-harap permintaan ibuni tak jadi isu. Yelah dah lah lambat umum keputusan, lepas tu banyak songeh la pulak. Hohoho..

InsyaAllah, cukup je bilangan komen tu 10 komen, ibu akan umumkan keputusannya.

Kepada yang tidak berjaya nanti, jangan sedih ye. Banyak peluang sebenarnya untuk kita menang. Kalau bukan di Jemari Asmara, mungkin dari penganjur yang lain pula. Yang penting usaha, doa dan tawakal.



Contohnya, tupperware di atas. Harganya bukan seringgit dua tau, mahal juga tu. Ditawarkan sebagai hadiah dalam GA ini yang sedang berlangsung. Jom lah klik SINI dan sama-sama join.

Jumpa lagi.. :D



PRA KEPUTUSAN: PENYU MENANGIS GIVEAWAY @ JEMARI ASMARA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Malu rasanya nak buat entry ini. Tapi kena buat juga.. Sedia maklum Penyu Menangis Giveaway @ Jemari Asmara sudah ditamatkan pada 10 Jun 2012 yang lalu. Tapi keputusan tak keluar-keluar juga.

Ibu minta maaf ya kawan-kawan. Kebanyakan entry penyertaan memang ibu tak komen. Sebelumni dengan masalah laptop slownya, sekarang laptop tu dah tak ada pun. Hilang dalam tragedi INI.

Jadi ibu ambil keputusan, tak akan tangguh lagi keputusan. Cuma beri ibu sedikit lagi masa.. Nak tekan kotak random.org tu, nak print screen, nak crop. 

Hadiah dah ada, boleh tengok dalam entry INI. Tinggal nak pos aje..

Sekali lagi ibu Yusuf mohon maaf. Kesabaran anda semua dengan kelambatan penganjur amat-amat dihargai..

Selain itu, ibu nak ajak kawan-kawan ajak join GA anjuran Kak Ida dari blog 1001 Resepi. Hadiahnya sangat, sangat, sangat menarik. Kebanyakannya import dari oversea. Bukanlah ibu nak banggakan barangan luar, tapi nak gambarkan bestnya hadiah yang disediakan.



Tengok!! 4 biji pie maker tuuuuu. Best ke tak? Tu baru salah satu dari hadiah. Ada lagi tau..

GAnya pun tak susah mana. Untuk join sila klik SINI.

Sekian catatan ibu Yusuf dan Maryam. Salam sayang buat semua..

Thursday, June 28, 2012

APA JENAMA BEG INI?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Kawan-kawan semua. Berdasarkan bentuknya, ada siapa-siapa tahu jenama begni? Ejaannya ibu tak tau, tapi bunyinya macam bermula dengan huruf H. Ibu Yusuf ni rabun jenama. Hehehe..

Ada kisah di sebalik bag ni. Ibu cerita kemudian okey..


Wednesday, June 27, 2012

UJIAN ALLAH KALI KEDUA.. BELAJAR UNTUK LEBIH TABAH..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Berita tidak gembira untuk dicatatkan di Jemari Asmara. Bukan catatan berkeluh kesah, sekadar satu rakaman untuk tragedi yang telah berlaku..

Isnin, 25 Jun 2012.. Kami sekeluarga menerima ujian dari Ilahi. Rumah kami dipecah masuk..

Kronologi ringkas:

7.30 pagi: Ibu keluar rumah pergi kerja

7.40 pagi: Ayah keluar rumah pergi kerja (pintu dan pagar sudah dipastikan berkunci rapat)

12.15 tgh: Ibu terima panggilan dari jiran, bertanya ibu di mana dan siapa ada dirumah. Ibu jawab, ibu di pejabat. Jiran ibu bagi tau pintu rumah ternganga. Ibu terus call ayah..

12.40 tgh: Ibu sampai di rumah, ayah dah sampai dulu. Pintu terbuka dan rumah berselerak digeledah. Ibu pastikan apa yang hilang..

12.50 tgh: Polis peronda tiba

1.00 ptg: Ayah ke Balai Polis buat laporan (sepanjang ayah di balai 2 orang jiran temankan ibu di rumah)

2.00 ptg: Ayah sampai di rumah

5.00 ptg: Polis penyiasat tiba

11.30 mlm: Sesi mengemas rumah selesai..

Alhamdulillah..


Ramai yang bertanya apa yang hilang. Hanya barang-barang kecil yang berharga diambil. Laptop, broadband, barang kemas, handset dan duit. Kerugian pada kerosakan pada 2 tingkap, manakal gril pintu depan dan pintu utama rosak teruk. Alhamdulillah, Allah tetapkan masih ada rezeki yang tinggal buat kami. Yang besar-besar tidak diambil.

Ini kejadian kali kedua menimpa kami. Kali pertama dulu masa kami menyewa di Subang Perdana. Masa tu ibu down habis..

Alhamdulillah, kejadian kali ini ibu lebih tabah. Berjaya menanam erti redha yang sebenar dalam diri. Yakin bahawa percaturan Ilahi buat hambaNya adalah yang terbaik.

Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah, perginya juga atas kehendah Allah. Itu pasti..

Terima kasih buat semua sahabat-sahabat terutama sahabat alam nyata dan sahabat FB yang telah maklum kejadian yang berlaku. Sesungguhnya doa dan kata-kata semangat dari kali buat ibu lebih tabah.

Sekian catatan ibu Yusuf dan Maryam. Salam sayang buat semua..

ps: Mohon sokongan kawan-kawan support satu GA yang ibu sertai dengan klik link INI. Terima kasih..



Monday, June 25, 2012

UPDATE PENYU MENANGIS GIVEAWAY @ JEMARI ASMARA: HADIAH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Isnin datang lagi.. Harini ibu Yusuf nak pulun habiskan kerja. Dah 3 minggu kerja, kerja, kerja.. Lepastu ibu Yusuf nak cuti. Setakat ni dah kumpul over time 46 jam, dapatla 5 hari cuti ganti.

Okey, ibu tau ibu dah buat ramai orang tertunggu-tunggu. Ampun sangat, sangat, sangat. Pagi tagi gigih ibu buat entry ni dalam kesempitan waktu. Terimalah seadanya hadiah yang dapat ibu Yusuf berikan kepada bakal pemenang nanti.

Hadiah pertama:

 Seutas gelang kristal swarovski bernilai RM60.00 dan sebiji FM dari Terengganu..

Hadiah kedua:  

 Seutas gelang kristal swarovski bernilai RM55.00 dan sebiji FM dari Terengganu

Hadiah ketiga:

Seutas gelang kristal swarovski bernilai RM55.00 dan sebiji FM dari Terengganu


 6 hadiah saguhati. Sebiji FM Terengganu setiap seorang. Jangan risau, walaupun dalam gambar cuma ada 5, semua pemenang akan dapat FM.

Ibu akan usahakan untuk umumkan keputusan dalam masa terdekat. Harap semua peserta dapat terus bersabar. Kesabaran anda semua amat ibu hargai..

Salam sayang buat semua.. :D

Friday, June 22, 2012

JANA PENDAPATAN DENGAN PROGRAM AFFILIATE

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Syukur atas rezeki masa kurniaan Ilahi, hari ini diberi peluang untuk mencatat sesuatu di Jemari Asmara. Mulai semalam juga, ibu dah mula berkesempatan menziarahi beberapa blog kawan-kawan. Tak banyak pun, tapi alhamdulillah satu permulaan yang baik selepas dilanda 'ribut kerjaya'.

Semalam, masa bw ke blog Ummi Iman.. ibu terbaca satu entry yang mana tajuknya memberi inspirasi untuk entry ibu hari ini. Terima kasih UI, kerana memberi idea kepada ibu Yusuf untuk menulis dikala idea sedang kering lagi kontang.

Pada dasarnya, program affiliate adalah satu bentuk program yang memberi peluang kepada anda sebagai pengguna internet untuk menjadi salah seorang wakil pemasaran program tersebut atau dikenali sebagai agen. Anda berusaha dan membantu pengusaha atau penganjur program ini memasar dan mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka dan hasil dari jualan tersebut anda akan diberi komisyen. (sumber)

Ibu Yusuf pun ada sertai beberapa program affiliate. Bagi seorang blogger, konsep affiliate ini mudah sahaja, sertai, tampal banner di blog, promosi dan mula jana pendapatan.

Ibu nak kongsikan di sini salah satu program affiliate yang telah ibu sertai. Sebelum ini pun, ibu pernah kongsikan di Jemari Asmara. Ini adalah perkongsian kali kedua.




Ini adalah Program Affiliate yang ditawarkan oleh Agensi Pelancongan Bumiputra HzTour. Senang cerita kita menjadi agen pemasaran atau pengiklanan kepada mereka.

Kita boleh memilih cara pembayaran komisyen, samada minta dibayar komisyen 7-10% berdasarkan sale yang berjaya dibuat, atau komisyen yang dibayar RM0.08 per klik.

Bayangkan, kalau kita berjaya buat sale pakej yang berharga RM3000.00 kita akan dapat lebih kurang antara RM210 - RM300.00 income kita. Menarikkan?

Cuma terpulang nak pilih cara mana komisyen dibayar. Nak tukar-tukar pun boleh.

Maka ibu Yusuf dengan berbesar hati nak berkongsi dengan rakan-rakan semua. Klik sahaja banner di atas, kemudian klik affiliate di bucu atas sebelah kanan. Kemudian cari click here to register di sebelah kiri dan mulakan langkah anda. Ikut sahaja arahan yang diberikan..

Selamat menambah isi tabung masing-masing.

Semoga berjaya!!

Thursday, June 21, 2012

WORLD OF MY CAREER: 14 JUN 2012


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Khamis tiba.. Ibu masih mengharapkan agar hari ini hari Rabu, agar ibu dapat buat entry 'tanpa kata'. Namun, ibu kira tak salahkan andai terjadi Khamis 'tanpa kata'? :D

Sekadar berkongsi beberapa gambar dari album pejabat. Mana ada muka ibu, ibu kutip dan tepek di blog. Boleh gitu? Hehehe.. Layan ajelah ye..

 Ibu Yusuf dan mikrofon susah nak dipisahkan. Dalam program ini, ibu bukan hadir sebagai penceramah ye. Sekadar MC bidan terjun.. Tiba-tiba kena jadi mc program di masjid sebab semua pegawai lelaki pada hari tersebut 'pupus'..


 Ibu Yusuf dan mem-mem pejabat..


 Ini gambar candid.. Ibu Yusuf tengah berjalan. Mulut macam nak mencebik, macam nak senyum.. Apakah?


Lagi gambar candid.. Entah gaya apa yang sedang diaksikan itu?

Motif entry? Tak ada motif, janji ada entry baru. Tak ada idea sebenarnya, maka tepek gambar yang memang ada di pc, dan beri sedikit caption. Selesai..

Hingga jumpa lagi. Wassalam..


Wednesday, June 20, 2012

WW: MELOPONG MENUNGGU MANGSA


Lokasi: Lorong Temoh, Klang


Tuesday, June 19, 2012

OLE-OLE DARI SARAWAK DAN CAMERON HIGHLAND


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Update cepat-cepat.. Sesungguhnya ibu Yusuf sangat-sangat sebok sekarang ni. Jemari Asmara sangat-sangat terabai. Kawan-kawan juga tak dapat ibu jengah.. Harap peserta Penyu Menangis GiveAway @ Jemari Asmara dapat bersabar sedikit masa lagi. Jangan marah ya, ibu Yusuf lambat umum keputusan. Maaf sangat-sangat..

Semuanya agak huru hara. Kerja, kerja dan kerja.. Dah dua hujung minggu pun kena kerja. Hujung minggu ni pun bakal kena kerja. Sejak balik dari Ganu ibu belum dapat rehat sepenuhnya lagi. Rumah pun dah tonggang langgang macam tongkang pecah..
 
Terima kasih buat sahabat-sahabat yang memberi kata-kata semangat dalam entry Bila Ibu Dan Maryam Menangis. Kata-kata kalian meniup semangat.

Ya, walaupun stress ibu Yusuf tetap semangat!! Hehehe.. (ketawa dalam senyap memujuk diri sendiri..)
 

Ole-ole dari kawan-kawan yang bercuti ke Sarawak dan Cameron Highland. Terima kasih..

Friday, June 15, 2012

BILA IBU DAN MARYAM MENANGIS


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sila maklum, ini entry luah perasaan. Tiada kaitan dengan sesiapa, juga tidak bermaksud membuka pekung didada. Hanya luahan hati seorang ibu punya dua anak.. Seorang isteri punya seorang suami.

Semenjak dua ni ibu Yusuf serba tak kena. Serba tak keruan.. Serba malas.. Serba tak semangat.. Sebab? Tak tahu.. Sampai satu tahap rasa nak nangis. Sedih apa? Pun tak tahu.. Bila balik kerja rasa penatttt sangat. Di pejabat buat apa? Tak buat apa pun, kerja macam biasa.. Aduhai..

Maryam pula terlalu beremosi sehari dua ni. Di sekolah menangis, di taska menangis. Hari-hari Yusuf balik cerita 'tadi adik nangis'. Bila cikgu dan abang tanya, jawabnya; "Nak ibu.." dengan tangisan teresak-esak.

Pagi tadi, drama air mata bermula seawal di rumah lagi. Tiba-tiba tak mahu pergi sekolah, tak mahu pergi taska. Sama-sama ibu dan anak emosi tak stabil. Dengan emosi tak stabil, ibu gagal menahan marah.

Sudahnya, ibu dan Maryam sama-sama menangis. Ibu peluk dan cium anak-anak, hidupkan kereta dan terus memecut ke pejabat.

Sampai pejabat, terus berlagak seperti biasa walau air mata masih bersisa. Profesional lah kononnya, namun dalam hati hanya Allah yang tahu..

Jam 10.00 pagi ibu didatangi seorang klien yang mengharapkan sesi kaunseling. Sesi berjalan seperti biasa, bersungguh-sungguh ibu melontarkan kata-kata motivasi kepadanya. Bersungguh-sungguh ibu cuba meniupkan semangat yang luntur dalam dirinya. Bersungguh-sungguh ibu membantunya bangkit dari rasa putus asa. Namun dalam hati ibu, hanya Allah yang tahu..

Selesai luahan hati ini..

Ketika ini ibu sedang tersenyum.. Puas dapat meluah rasa tanpa perlu telinga orang lain. Bacalah jika sudi, hati telah puas meluah sebelum sesiapa membaca coretan hati ini.

Moralnya:

Jangan pendam rasa, luahkan.. Dada yang sempit akan menjadi lebih lapang. Masalah kan lebih mudah diselesaikan. Namun ingat, meluah rasa ada had dan batasnya.

Ps: Terima kasih suamiku sudi menguruskan anak-anak. Terima kasih suamiku sudi menerima isterimu seadanya.. Namun senyapmu tetap dapat kubaca. Semoga bahagia milik kita hingga ke syurga. Amin..


Wednesday, June 13, 2012

WW: SENI SIAPAKAH?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Ce teka.. Hasil seni siapa?

Ps: Buat semua peserta Penyu Menangis GiveAway @ Jemari Asmara harap dapat bersabar ya.. Ibu Yusuf mohon masa untuk umumkan keputusan. Terima kasih atas kesudian menyertainya.. :D


Tuesday, June 12, 2012

EXCLUSIVE GIVEAWAY!! ..KAIN PASANG RAYA 2012..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Ibu kena tag dengan Kak Salmi satu GA mudah yang best hadiahnya. Jom cepat-cepat kita sertai, sebab tarik tutupnya harini 12 Jun 2012 atau lebih tepat jam 11.59 malam ni.



Cepat! Cepat! Cepat! Klik banner di atas. Mana tahu rezeki kita, berbaju raya dari Y&E Anggun Collection.

Semoga berjaya!!

PERTUKARAN LORONG TUNAI KEPADA LORONG TOUCH N GO TOL LEBUHRAYA PERSEKUTUAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu Yusuf adalah pengguna setia Lebuhraya Persekutuan.. Shah Alam - Klang - Shah Alam, mahupun Shah Alam - Petaling Jaya - Shah Alam. Jadi memang selalulah lalu Tol Batu 3 dan Tol Sungai Rasau.

Hari-hari lalupun, dah namanya manusia. Tak lari dari kesilapan. Ibu adalah pengguna setia Smart Tag, jadi tak perasan ada beberapa lorong tunai dah berubah jadi lorong touch n go.

Semalam, sebab kredit touch n go ibu dah habis, ibu lalulah satu lorong tu yang sebelum ni tunai. Rupanya dah tukar jadi lorong touch n go. Maka ibu pun kena marah dan bebel oleh perempuan yang duduk dalam pondok tol tu. Okey, ibu akui silap ibu sebab tak prihatin. Tapi apapun, ibu tetap pelanggan yang setia menyumbangkan sebahagian gaji untuk membayar tol setiap hari. Apalah salahnya, terangkan elok-elok. Ibu Yusuf bukannya bodoh saja-saja nak masuk lorong touch n go dan berniat nak bayar dengan tunai. Kita tak perasan lah.. Huh!!

Jadi perhatian kepada semua pengguna Lebuhraya Persekutuan, sila ambil perhatian bahawa sebahagian lorong tunai Tol Batu 3 dan Tol Sungai Rasau dah bertukar menjadi lorong touch n go. Sila prihatin ya kalau tak mahu kena marah macam Ibu Yusuf kena..


Sekadar gambar hiasan. Ini Lebuh Raya Karak..


Monday, June 11, 2012

MANDI MANDA @ AIR TERJUN BELUKAR BUKIT, TERENGGANU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Isnin kembali menyapa..  Hari ke 5 kami meninggalkan Terengganu Darul Iman, baru harini ibu berkesempatan buat entry tentang salah satu aktiviti balik kampung kami kali ni.

Kami sampai Terengganu malam Sabtu 2 Jun 2012. Hari Sabtu tiada aktiviti khusus, cuma teman ayah Yusuf ke kedai perabot. MIL ibu berhajat display kabinet untuk pinggan mangkuknya. Hari Ahad pun sama meneruskan misi mencari perabot yang tak kesampaian semalamnya. Tengahari Ahad, kami makan-makan di rumah kakak ayah Yusuf di Seberang Takir.

Hari Isnin, baru kami berjalan jauh sikit. Atas cadangan anak-anak buah, kami dua keluarga (keluarga kami dan keluarga kakak ayah Yusuf), berkelah di Air Terjun Belukar Bukit di Hulu Terengganu. Air terjun ni tak jauh (lebih kurang 6 km) dari Air Terjun Sekayu, Kuala Berang. Sekayu memang sedia popular, jadi sedia maklum jugalah suasananya di musim cuti sekolah. Sebab tu kami ambil keputusan nak ke Belukar Bukit.

Walaupun namanya air terjun, tapi tempat yang kami tuju tu sungai yang cetek sahaja. Airnya sangat jernih dan sejukkkkkkk. Walaupun kami mandi tetengahari buta, tapi air dia tetap sejukkkkkkkk.


 Sebahagian pemandangan di Air terjun Belukar Bukit..

Gambar tu ibu zoom dari jauh sahaja. Airnya dalam dan sangat tidak sesuai untuk kanak-kanak. Tapi pemuda-pemuda suka mandi di situ, boleh terjun tiruk. Hehehe..


 Pemandangan dari tengah-tengah sungai.. Lokasi mandi manda yang kami pilih cetek je airnya. Almaklum, kami bawa kanak-kanak..


Lagi pemandangan Air Terjun Belukar Bukit, walaupun berbatu tapi masih sangat sesuai untuk kanak-kanak..

Sungaini agak terbuka dan jauh dari pokok-pokok, jadi agak panas.. tak macam sekayu yang redup.



 Kami sekeluarga.. jarang dapat bergambar berempat sebenarnya..

Merah lagi.. ramai yang bertanya Ibu Maryam suka merah ke? Hehehe.. yang benarnya koleksi tudung dia tak banyak, balik-balik itu, balik-balik itu. Ada siapa-siapa nak hadiah tudung ke Ibu Maryam? (Gurau sahaja.. )



 Ahli keluarga kami.. Sikecil Faqehah sudah menggigil-gigil, Yusuf buat cubaan nak basahkan Ma, Bak dan kak Irah tak ada dalam gambar ni..


Model cilik kesayangan ibu..


 Makan time..

Kami tak bawa bekal beria pun, sekadar keropok, roti dan air. Adalah sikit Ma bawa nasi goreng yang diselamatkan oleh Yusuf. Oh ya, sungaini tepiannya berpasir. Sukalah Maryam, sebab dia dapat buat istana pasir lagi. Cuma tak ada picasnya, kalau perasan dalam gambar di atas tu dia pegang baldi dan peralatan main pasir..


Penjaga barang..

Si merah tu tak mandi pun. Teringin juga tengok orang mandi tapi malas nak berbasah-basah.

Ada lagi gambar lain sebenarnya, tapi cukuplah ni. Lappy ibu slow, jadi kurang kerajinan ibu nak melangut depan lappy lama-lama.

Jadi buat semua yang bercuti ke Terengganu, Air Terjun Belukar Bukit adalah salah satu lokasi yang boleh dikunjungi. Pejalanan dari Kuala Terengganu dalam anggaran 60 km sahaja. Tak lah jauh sangat.. Ikut je sign board Sekayu, Belukar Bukit tak jauh dari situ.

Sekian dulu catatan ibu Yusuf. Hingga jumpa lagi..


Sunday, June 10, 2012

PENYU MENANGIS GIVEAWAY @ JEMARI ASMARA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Entry melekat dari 07 Mei hingga 10 Jun 2012

Ayah Yusuf telah buat keputusan untuk balik kampung, hohoho balik kampung (sila nyanyi eh..) cuti sekolah ni.

InsyaAllah, ada ole-ole dari Ganu untuk kawan-kawan semua. Nak bagi semua tidaklah ibu Yusuf mampu, maka GAlah jalan yang adil. Setuju? Tapi, jujur ibu katakan ini adalah GA serampang 2 mata. Jangan marah ya..

Maka dengan ini secara rasminya ibu Yusuf melancarkan 
Penyu Menangis Giveaway @ Jemari Asmara

 GA akan berlangsung dari 07 Mei 2012 hingga 10 Jun 2012

Ibu Yusuf dengan baik hati nak bagi:

Hadiah pertama:
Hadiah misteri bernilai RM50.00 dan Ganu FM

Hadiah kedua:
Hadiah misteri bernilai RM40.00 dan Ganu FM

Hadiah ketiga:
Hadiah misteri bernilai RM30.00 dan Ganu FM

Hadiah saguhati:
Ganu FM x 6 pemenang

Suka tak? Hadiah pertama hingga ke tiga akan difikirkan kemudian cara pemilihannya, manakala 6 pemenang hadiah saguhati akan ditentukan dengan menggunakan khidmat random.org. 
Caranya pun tak susah, seperti biasa, GA anjuran Jemari Asmara senang je.. Tapi baca betul-betul tau!! :D

Syarat-syarat penyertaan:

1. GA ini terbuka kepada semua follower Jemari Asmara samada baru atau lama, yang mempunyai blog dan beralamat di Malaysia.

2. Buat satu entry bertajuk Penyu Menangis Giveaway @ Jemari Asmara. Entry hanya perlu mengandungi banner yang dilinkkan kembali ke entry ini dan maklumat hadiah yang ditawarkan sahaja.

3. Vote penyertaan kami di Kleenex Moments melalui link ini:

4. Peserta yang tidak mempunyai FB boleh menggunakan FB rakan, suami atau keluarga.

4. Setiap penyertaan yang menepati syarat akan melayakkan untuk satu no. undian

5. Setiap vote yang dibuat akan melayakkan peserta mendapat satu no. undian tambahan. Sila vote juga menggunakan FB rakan, suami dan rakan-rakan untuk dapatkan no. undian yang lebih..

6. Sila tinggalkan komen di entry ini dengan menggunakan format berikut:

Saya join http:// sekiansekiansekian
FB: Siti Situ vote ke 42
FB: Sana Sini vote ke 43
FB: Mamat Mimit vote ke 44

Peserta seperti contoh di atas layak menerima 4 no. undian

Okey, selamat menjoinkan diri dan selamat berjaya!!

Ps: Siapa yang dah undi ibu awal-awal sebelum ni PM ibu di FB ye. Ibu akan beri nombor vote anda. Terima kasih..



SENARAI PESERTA PENYU MENANGIS GIVEAWAY @ JEMARI ASMARA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ini hari terakhir Penyu Menangis Giveaway @ Jemari Asmara. InsyaAllah, GA akan ditamatkan pada jam 11.59 malam ini. Pada sesiapa yang belum join, masih ada masa lagi.

Berikut, adaah senarai nama yang sertai Penyu Menangis Giveaway @ Jemari Asmara. Periksa nama masing-masing ya. Sda tu 'seperti di atas' tau, ianya mewakili setiap undian yang anda buat.. :D

2. sda
3. sda
5. sda
7. sda
8. sda
10. sda
12. sda
14. sda
16. sda
18. sda
20. sda
21. sda
22. sda
24. sda
25. sda
26. sda
27. sda
29. sda
31. sda
33. sda
35. sda
36. sda
38. sda
40. sda
42. sda
43. sda
44. sda
46. sda
47. sda
48. sda
49. sda
50. sda
51. sda
53. sda
55. sda
57. sda
58. sda
59. sda
60. sda
61. sda
63. sda
65. sda
67. sda
69. sda
71. sda
73. sda
74. sda
75. sda
76. sda
78. sda
79. sda
80. sda
81. sda
82. sda
84. sda
86. sda
87. sda
89. sda
91. sda
92. sda
93. sda
94. sda
95. sda
96. sda
98. sda
100. sda
102. sda
103. sda
104. sda
105. sda
107. sda
109. sda
111. sda
113. sda
114. sda
116. sda
117. sda
118. sda
119. sda
121. sda
123. sda
125. sda
127. sda
129. sda
130. sda
132. sda
133. sda
135. sda
137. sda
138. sda
139. sda
141. sda
143. sda
145. sda
147. sda
148. sda
149. sda
150. sda
151. sda
152. sda
153. sda
154. sda
156. sda
157. sda
159. sda
160. sda
161. sda
162. sda
163. sda
164. sda
165. sda
166. sda
167. sda
168. sda
170. sda
172. sda
173. sda
174. sda
175. sda
176. sda
177. sda
178. sda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...