Follower

Sunday, July 31, 2011

Ibu 33 Tahun.. Syukur Alhamdulillah!

Assalamualaikum wbt..

Syukur alhamdulillah, setelah beberapa hari Jemari Asmara tidak mencatat sesuatu di blog kesayangannya dek masalah kesihatan, hari ini dengan izin dariNya, tercatat jua.. Catatan penuh rasa kesyukuran dengan kurniaan Ilahi, atas limpah kurniaNya, atas kehendakNya, atas izinNya. atas Rahmat dan kekuasaanNya.. pemilik Jemari Asmara aka Ibu Yusuf & Maryam aka Zefa Nor Asmara bt Jubir, kini berusia 33 tahun..

Terima kasih buat teman-teman yang mengirimkan ucapan melalui telefon dan FB.. Doa dan ingatan kalian amatlah ibu hargai..


Sukur alhamdulillah (gambar dari google..)

Ps: Buat teman-teman blogger, maaf tiada lawatan dari ibu beberapa hari kebelakangan ini. Bila tidak sihat, mood berblog juga 'tidak sihat'. InsyaAllah, ibu akan berkunjung jua nanti.. InsyaAllah akan ada nanti n3-n3 tertunggak yang akan dicatatkan.. Salam sayang buat semua!

Wednesday, July 27, 2011

Bronkitis... | Ambil Gas... | Hampir Rebah...

Assalamualaikum wbt..

Salam sayang buat teman-teman yang sudi singgah di Jemari Asmara.. buat silent readers blog ini sudu-sudilah tinggalkan jejak agar dapat kita menjalinkan ukhwah.. :D

Ini adalah sambungan dari n3 pagi Selasa.. Ibu diserang batuk teruk, paling kemuncak setelah 2 minggu batuk tak baik-baik.

Semalam juga ibu ke klinik.. Doktor kata ibu mengidap bronkitis. Buat kawan-kawan yang nak tahu lebih lanjut tentang bronkitis boleh klik:

Bronkitis


Hmm.. memang ibu ada rasa sesak nafas dan sakit dada pun sebelum ni. Tapi tak tahu sakit apa, yang ibu tahu, ibu batuk. Itu je..

Doktor suruh ibu ambik gas. Ibu ikutkan je.. Itulah kali pertama ibu guna gas ni di klinik. Masa bersalin dulu adalah.. (err, gas yang sama ke? Ibu kurang arif tentang benda-benda ni... :-()

Nak dijadikan cerita, ibu ke klinik tanpa ayah. Bawa pula si Maryam Nabihah.. Sebelum ke klinik ibu memang bercadang nak ke Ayamas pula. Teringin.. (teringin je ye kawan-kawan, bukan mengidam..)

Selepas selesai ambil gas dan keluar dari klinik, ibu dah rasa lain macam. Ala-ala nak pitam dah.. tapi dek teringin punya pasal, heret juga Maryam Nabihah ke Ayamas. Ibu nak bungkus je.. Sepanjang di kedai ibu memang berpaut pada kaunter. Sampai adik di kaunter tu tanya; "Akak tak apa-apa ke?"

Selesai membeli, ibu jalan slow-slow pimpin Maryam Nabihah ke kereta. Jauh dalam 100 meter jugalah sebab ibu parking depan klinik.. Tup,tup, kena sound dengan itu anak dara. "Ibu ni janganla lembik-lembik, ibu kena semangat!!" Huhuhu.. ibu sakitla dik. Bukan saje ngada-ngada macam adik.. :-(

Pendekkan cerita, sampai rumah.. ibu dah tergolek. Call ayah suruh balik..

Alhamdulillah, malamnya ibu dah okey dah. Dah boleh jengah blog dan taip n3 autopublish untuk hari Rabu.. hehe.. (tapi batuk dasyat masih terus bergema di Baiti Jannati)

Ps: Terima kasih buat teman-teman yang doakan kesejahteraan ibu. Hanya Allah swt yang akan membalas jasa baik kalian. Semoga ukhwah yang terjalin antara kita terus berkembang dan mewangi.. di bawah redha Ilahi. Amin!!

WW - 27.07.2011: Ahli Rombongan Cik Yam ke Northport!!

Assalamualaikum wbt..


Tuesday, July 26, 2011

Ibu Cuti Sakit..| Tanda-Tanda Tibi?

Assalamualaikum wbt..

Selamat  hari Selasa buat teman-teman yang setia berkunjung ke blog ibu. Harini ibu bersiaran secara langsung dari rumah (macam siaran tv pulak ye.. hehe..).

Malam tadi (pagi tadi sebenarnya) ibu habis bertugas jam 12.30 tengah malam dan sampai dirumah menjelang jam 1.00 pagi. Balik-balik terus tengok beg sekolah Maryam, kut-kut ada pesanan dalam Message Book. (Buku Pesanan Yusuf ayah yang akan periksa setiap hari.. :-). Selesai mandi, ibu cuba melelapkan mata kerana hakikatnya fizikal ibu tersangatlah letih.

Namun.. sepanjang malam badan ibu 'melambung-melambung', dan manakan mungkin ibu boleh tidur. Kenapa melambung-lambung? Ibu batuk dengan keadaan yang sangat teruk. Habis sakit satu badan dan perut sebab bila batuk  rasa tertarik semua otot-otot. Allahu Akbar!! Ibu dah batuk lebih dari 2 minggu sebenarnya!

Pagi tadi, ibu bangun dalam keadaan yang sangat lemah. Sakit kepala, sakit badan, sakit dada, semua serba sakit dan tak kena. Ibu terus sms ketua Pegawai maklumkan ibu terpaksa cuti. (Dalam lemah ibu gagahkan juga diri buat sarapan untuk Yusuf Nabhan).

Ibu gagahkan diri on lappy dan mencatat keadaan diri ibu di sini. Ketika n3 ini ditulis ibu masih' terlambung-lambung' menggambarkan teruknya batuk yang menyerang ibu. Adakalanya ibu terpaksa pegang kepala ibu bila batuk.. sakit!

Tiba-tiba ibu teringat pesanan 'Aca Laling'.. (panggilan manja buat assistan ibu En Pragash..) Katanya: "Puan ni batuk tak baik-baik. Pergilah buat checkp, takut Tibi je"

Woiii!! Tak sayang mulut! Huwa!!!! Tapi, betulpun apa yang dia cakap tu. Lebih-lebih lagi ibu sering berurusan dengan pesakit Tibi.

InsyaAllah, sekejap lagi ibu nak pergi klinik.

Ibu kongsikan info tentang Tibi yang ibu baca DISINI. Silalah klik untuk maklumat ye kawan-kawan!!

Ps: Doakan yang semua baik-baik sahaja ya..

Pss: Mudah-mudahan batuk ibu sembuh dalam 2 harini.. Khamis ibu ada ceramah di Muhibah Engenering..

Pss: terima kasih buat sahabat ibu puan Norharyati yang take over tugas ibu ke mahkamah harini.. sayang kamu!!

Jumpa lagi! Ibu nak ke klinik.. :-)

Monday, July 25, 2011

Apam Pisang Coklat..| & Resepinya.. :D

Assalamualaikum wbt..

Selamat pagi Isnin.. Kerja rajin-rajin ya! N3 autopublish ni.. ibu dah taip siap-siap malam tadi.. :D


Apam pisang coklat.. hasil air tangan ibu semalam.. Cubaan kali ke 3 mengunakan resepi dari Nieza. Rasanya sangat sedap, cuma ibu masih gagal memberikan rupa paras yang cantik pada si apam.. hehe..

Cubaan kali pertama ibu guna acuan kecil, tapi kalini ibu guna loyang je.. Harini ibu kongsikan resepinya ye:


RESEPI ASAM PISANG COKLAT

Bahan-bahannya:

Bahan A (diayak bersama)

2 cawan tepung gandum
2 susu besar serbuk koko
1 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cubit garam

Bahan B

2 biji telur
2/3 cawan gula perang (ibu guna yang putih je..)
1 cawan pisang dilenyek
1 cawan minyak masak

Cara-caranya:

1. Pukul telur, masukkan bahan B dan gaul rata.
2. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati
3. Masukkan di dalam bekas
4. Panaskan pengukus dan kukus hingga masak

* Mengikut pengalaman ibu, jika guna bekas kecil +- 15 minit. Jika guna loyang +-30 minit.

Selamat mencuba!!


Sunday, July 24, 2011

Ferrari Dato' Siti @ Northport, Pelabuhan Klang?

Assalamualaikum wbt..

Pernah tengok kereta Ferrari Dato' Siti Norhaliza tak? Ibu tak minat  dunia hiburan ni.. jadi tidaklah mengambil tahu sangat tentang dirinya.

Hinggalah semalam semasa sesi taklimat di Northport, En Taufik ada sebut tentang kereta Ferrari Dato' Siti yang di bawa masuk melalui Pelabuhan Klang.

Maka, ibu saja-saja menggogle dan inilah hasilnya..

v

v

v

v


Wah! Merah gitu.. :D


Semasa ronda-ronda Northport semalam ada juga ibu snap beberapa gambar kereta-kereta yang diimport.. jom layan!


Gambar diambil dari dalam bas.. lupa pula nak off flash.. :-(


 Kereta Toyota.. ibu lupa berapa jumlahnya, tapi sebanyak-banyak kereta tu dibawa dalam satu kapal.. Comot yang teramat sangat, tapi bila masuk show room cun sudah!!


 Kereta-kereta mewah.. ishk, kacau daun betul la pokok tu.. (hehe.. pokok lak disalahkan ye?)


Juga kereta-kereta mewah.. pakcik pemandu bas yang bawa kami kata, dah berbulan kereta-kereta tu tersadai bawah pokok.. semuatu kereta-kereta yang ada masalah.. di antaranya masalah berkaitan dengan AP..



Haaaa.. yang ni bukan kereta. Apa namanya ibupun dah lupa, yang ibu ingat harga 4 tayarnya tu sama dengan harga sebiji MyVi.. Hehehe.. :D

Sekian catatan ibu. Sebenarnya nak sambung n3 pagi tadi je. Tak pasal-pasal masuk nama Siti Nurhaliza pula..

Ps: Kawan-kawan minat dia ke?

Sepagi @ Northport (M) Bhd, Pelabuhan Klang..

Assalamualaikum wbt..

Selamat pagi Ahad buat semua teman-teman yang sudi singgah di blog ibu ini.. Pagini ibu nak kongsikan cerita semalam. Sealam ibu joint rombongan Cik Yam ke Northport.. Hehe.. Cik Yam tau! Bukan Cik Kiah.. :D

Alkisahnya, semalam Agensi kami mengadakan lawatan kerja ke Northport (M) Bhd, Pelabuhan Klang.. Kali pertama ibu lihat dengan mata sendiri keadaan di pelabuhan besar. Northport Pelabuhan Klang tersenarai dalam senarai ke 16 pelabuhan-pelabuhan di dunia tau!!

Program bermula dengan taklimat yang disampaikan oleh En Taufik Athman. Kemudian kami di bawa ronda-ronda disekitar kawasan pelabuhan dengan menaiki bas khas. Semua pelawat tidak dibenarkan sama sekali keluar dari bas dan kami diiringi oleh kereta peronda. En Taufik kata siapa turun bas, polis tangkap! Hehe..

Kita layan picas je lah ye..


 Tangkap gambar disebalik cermin bas aje.. nak turun tak boleh okey!! Jadilah kan.. :D


 Eh, kenapa kereta ibu ada kat sini? Hehe.. bukanlah! Itula kereta peronda yang eskot bas yang kami naik. Viva Elite gitu..


 Kontena sedang diturunkan dari kapal. Tahu tak, pengendali mesin sebesar itu hanya seorang dan dia bertugas 4 jam tanpa henti.. sepanjang bertugas dia dalam posisi menundukkan kepala.. penat tu..


 Lupa lak apa nama kapal tu.. tu lah, masa En Taufik bagi taklimat, ibu sebuk tangkap gambar.. hehe.


 Kat sini air dia jernih je.. ala-ala kehijauan gitu.. :D


Haa.. yang ni cold storage. Mayat import dari India antara isinya tau!!


Banyak lagi picas tau. Tapi ibu tak berapa rajin nak resize dan tepek 'Jemari Asmara' tu. Hehe.. cukuplah ye. Nanti-nanti ibu tepek lagi gambar.. (kalau rajin.. :-)

Ps: Kamera biasa-biasa aje. Terimalah kualitinya seadanya.. ambik disebalik cermin bas pulak tu.. huhuhu..

I am a Big Momma.. owh!

Assalamualaikum wbt..

Kerana mulut badan binasa..


Gambar terbaru Ibu Yusuf dan Maryam.. di ambil pagi tadi. Gambar bersama rakan-rakan setugas. Barisan hadapan dari kiri: Ketua Unit Pencegahan, Ketua Unit Penguatkuasaan, Ketua Pegawai dan Ketua Unit Rawatan.. :D

Tajuk n3, perumpamaan di atas dan gambar saling berkait rapat!

Apa tafsiran anda? Komen skettttttttttttt...

Terima kasih!

Friday, July 22, 2011

Langsir Aidilfitri 2011..

Assalamualaikum wbt...

Hadoiiiii.. ibu letih! Dari tadi meng'google' design langsir.. tak jumpa langsung yang berkenan. Hmm.. masa dah suntuk dah ni. Ibu kena juga cari idea, beli kain dan tempah.

Bab corak dan bunga tak jadi masalah. Redah je Kamdar ke, Nagoya ke, Jakel ke.. jumpa la tu nanti. Tapi bab design susah juga nak cari.. semua yang en google tunjuk ibu tak berkenan. Pemilihan design sebelum membeli kain adalah sangat penting ye kawan-kawan, sebab ia akan menentukan berapa banyak kain yang diperlukan.. :-0

Banyak-banyak yang en google tunjuk, ada 2 yang agak mencuit rasa suka ibu.. tapi, ada tapinya.. hehe..


 Hijau!! Ibu memang cadang nak langsir warna hijau untuk tahunni.. cuma bentuk tingkap 3 panel rumah ibu yang melengkung mungkin kurang sesuai dengan design seperti ini..


Haa, tingkap rumah ibu lebih kurang macamni cuma lebar lagi sikit.. yang ni ok juga, cuma kalau boleh ibu tak mahu ada kepala langsir.. nak yang ringkas-ringkas aje..

Tapi sebenarnya, ibu suka yang ini..

v

v

v

v

Hehe.. ni la langsir raya 'Baiti Jannati' tahun lepas. Ringkas je, tapi ibu suka sangat-sangat!

Agak-agak okey tak, kalau ibu buat langsir yang sama design macam tahun lepas, tapi lain warna dan corak je..

Adake orang buat macam tu? Hehe..

(Sebenarnya dah ada sikit-sikit idea.. harap-harap boleh direalisasikan. Err.. sempat ke ni?)


Jom tambah pendapatan dengan HZ Tours. Klik!!

Thursday, July 21, 2011

Klinik Cure & Care 1 Malaysia..

Assalamualaikum wbt..



Sahabat-sahabat pengunjung blog ibu yang dikasihi. Pernah dengar nama klinik ni tak? Atau pernah tengok lambang ni tak? Kalau shabat-sahabat nak tahu lebih lanjut, boleh klik SINI ya..

Jumpa lagi.. salam sayang buat semua.

Wassalam!

Semangat Ibu.. | Menuju Ke Puncak!

Assalamualaikum wbt..

Salam sayang buat sahabat-sahabat yang sudi menjengah Jemari Asmara.. Jangan lupa tinggal jejak ya, insyaAllah ibu akan buat kunjung balas semula.

N3 ibu harini masih berkisar tentang pengalaman ibu ke kem tempoh hari. Kalini pengalaman hari ke 3 yang sedikit menguji kekuatan fizikal ibu. Hehe.. Almaklum, ibu ni kan kategori big momma. Kisah hari ke 3 ni ada kaitan dengan n3 Kembali Bersiaran.. | Kasut Pun Boleh Xpired Ke? Bagi yang belum baca, sila lah ye.. sebab n3 yang ini ibu tak cerita panjangpun.. Biarlah gambar-gambar ini yang menceritakannya..


 3 of Mommas yang semangat nak naik bukit.. 2 saiz xl tu yang semangat lebih-lebih.. hehe.. Mem ibu yang tengah tu 'cargas' tau!!


 Blue and green mommas, sempat possing dengan 'abang askar'.. mana red momma?


 Ada.. tu yang depan sekali tu.. tapi kami yang last sekali sebenarnya. Anak-anak yang bertenaga dah mendahului kami..


 Akhirnya, sampai jua kami di puncak bukit.. yang bertiga dah tinggal dua.. red momma menyerah kalah dan berehat di check point ke 2..


Dan sesungguhnya, dengan izin Allah swt..  semangat ibu membawa ke puncak.

Ibu mendaki dengan:

* kaki pendek sebelah (sebab tapak kasut tertanggal sebelah)
* tangan tinggal sebelah (sebab sebelah lagi pegang tapak kasut.. hihi)

Banyak kenangan yang tidak bergambar, sebab bila bahagian yang susah-susah tak kuasa ibu nak keluarkan kamera. Banyak bahagian yang sangat curam, tanahnya lembut (tanah gambut) dan becak sebab malam sebelumnya hujan lebat.

Alhamdulilah.. syukur dengan nikmat Allah swt.

Jumpa lagi, wassalam.



Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday: 20.07.2011 - Kepuasan Duniawi

Assalamualaikum wbt..



Salah satu koleksi PML ibu yang menjadi igauan ramai collector..

Sedang merenungnya dengan mata hati.. berfikir dan bermuhasabah diri..

Tuesday, July 19, 2011

Kenangan @ Kem: Hari Kedua..

Assalamualaikum wbt

Rakaman Kenangan Kem Intensif SHIELDS 4 Hari 3 Malam @ Kem Banyu Manis, Kg. Bukit Kerayong..

Hari kedua, yang cukup menguji kekuatan mental para urusetia dan fasilitator. Hari yang membangkitkan amarah dalam diri peserta. Namun ingat anak-anak, kita hadir ke sini untuk mencari.. REDHA ILAHI.

 
LDK..

 

Basah lenjun dan berlumpur.. berani buat berani tanggung!!



Ustaz kata, malam ini kita solat bawah pokok atas pasir.. jangan melawan ya anak-anak.. :D

 

Bila hati sudah sejuk.. kita jalan-jalan malam-malam.. 'Night Walk @ Kem Banyu Manis'


Harapan ibu untuk semua anak-anak peserta, semoga kalian beroleh sesuatu yang bermanfaat dari kem ilmu ini. Ibu doakan semoga kalian menjadi anak yang soleh.. Amin!!

Agar-Agar Roti.. :D

Assalamualaikum wbt..

Malam minggu yang lepas, semasa ibu jalan-jalan blog kawan-kawan, ibu singgah blog Puan Kutu. Puan Kutu buat tayangan tentang agar-agar roti. Masatu dah lewat jugalah, tapi belum jam 12 tengah malam lagi.

Tiba-tiba nafsu nak buat agar-agar roti memuncak.. kihkihkih.. ayat tak senonoh tul.. :D. Masatu juga ibu terus ke dapur tengok apa bahan-bahan yang ada. Alaaaaaaaaa.. bahan-bahan tak cukup! :-(

Tapi semangat nak mengagar-agar tak luntur. Ibu kodek juga apa yang ada. Dan akhirnya...

v

v

v

v


Agar-agar Roti Jemari Asmara..


Jadi juga agar-agar roti ibu walaupun tak berapa cantik.. dipengaruhi juga bahan-bahan yang tak cukup dan keadaan mata yang dah mengantuk.. hehe..


Resepi asal dari SINI. Ibu kongsikan dengan kawan-kawan ye.. berserta dengan kedurhakaannya sekali.. :D

Resepi Agar-Agar Roti

Bahan-bahan ( loyang saiz 22 cm ) (ibu buat dapat 1 bekas di atas dan 12 bekas kecil)

  • 1 peket agar - agar bertali - 20 gram
  • 6 cawan air (ibu guna 1 litre air)
  • 200 gm gula pasir (ibu guna 2/3 cawan gula)
  • 1 tin susu cair (Ibu guna 750 ml air yang dibancuh dengan susu pekat manis secukup rasa)
  • 6 keping roti
  • 1 biji telur (ibu tak masukkan pun - telur ilek..)
  • 3 jenis pewarna (ibu guna milo dan coklat emelco)
  • 1 sudu teh esen vanila (pun tak masuk sebab dah habis)

Cara-cara

  1. Roti dicarik2 dan disatukan dengan susu cair dan telur , apabila roti kembang, blender hingga halus. (ibu tak blender pun..)
  2. Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 6 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
  3. Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan hingga mendidih sikit dan terus tutup api.
  4. Bahagikan ke-3 bahagian dengan tiap2 bahagian dibahagi sama banyak dan masukkan warna tiap2 bahagian tu dan kacau rata. (yang satu bahagian tu ibu biar putih susu je)
  5. Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis ( sekali tuang habis 1 warna ) dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras. (ibu sengaja kacau sikit-sikit supaya coklat emelco tak berada di tepi bekas sahaja, sebab bila menggunakan coklat ianya bukan melibatkan warna sahaja tapi rasanya sekali)

Senang je kan? Selamat mencuba juga!


Monday, July 18, 2011

Kenangan @ Kem: Hari Pertama - Part 2..

Assalamualaikum wbt..

Rakaman Kenangan Kem Intensif SHIELDS 4 Hari 3 Malam @ Kem Banyu Manis, Kg. Bukit Kerayong..

Hari Pertama - Part 2

 
Taklimat oleh Penyelaras Program.. :D


Tahallul.. :D


Meh anak-anak.. ustaz ajar mandi wajib ye.. :D


Kuliah Maghrib.. Tunduk je semua anak-anak ustaz, khusyuk ye?


Ice breaking.. pecah tak?


Berakhir hari pertama, ibu kongsikan yang manis-manis sahaja dan biarlah gambar-gambar yang berbicara..

Jumpa lagi.. Salam sayang buat semua.. :D


Saturday, July 16, 2011

Kembali Berdecoupage..| Terbantut Kembali..

Assalamualaikum wbt..

Ibu dan anak-anak masih di Shah Alam.. kami ambil keputusan balik kampung besok pagi. Siang tadi ayah ada gotong royong di masjid, balik rumah ayah kemas rumah pula. Ibu pun sebuk mengurus baju-baju kotor yang berlonggok-longgok.. Almaklum, mingguni ibu ada tinggalkan rumah berhari-hari.. jadi faham-faham lahye.. :-)

Malam ni ibu nak cerita tentang hobi ibu yang satu ni.. untuk yang baru mengenali ibu, salah satu hobi ibu ialah decopage. Seni tampalan tisu.. Antara hasil jemari ibu ada ibu letak di sidebar sebelah kiri blog.

Lama dah sebenarnya tak berdecoupage, hinggalah baru-baruni ibu ada menyelaras satu program untuk ibu tunggal. Salah satu aktivitinya adalah kelas kraftangan. Jadi, dari ibu panggil cikgu KEMAS tu, baik la ibu sendiri yang jadi cikgu kan? hehe.. Dapatla juga ibu berkongsi ilmu yang ada kan.. Dulu ibu pergi kelas decoupage ni, yurannya RM150.00 tau! Ibu-ibu tunggal tu, ibu ajar free je.. Manalah tahu, boleh menambah hasil pendapatan mereka kan.. (err.. banyaknye kan.. kan? :-)

Bila dah jadi cikgu kenalah tunjuk skill kan? (kan lagi.. silap haribulan datang cik anon tatabahasa menegur.. kan Ummu Muhammad kan.. hehe).  Lupa pula nak snap hasil ibu-ibu tu.. yang ada cuma cikgu punya..

v

v

v


Yang ni tak varnish pun lagi..

Masa kelas hari tu pun, student (cewah! student.. ahaks..) pun tak sempat varnish hasil tangan mereka, sebab masa singkat dan mereka tak bawa hair dryer. Walhal, Cikgu Asmara dah pesan dah suruh bawa.. :-(

Dan..

Ketika n3 ini ditulis, hasil tu masih begitu. Maknanya, hobi ibu yang satu ini sudah Terbantut Kembali..

:D

Ziarah Kunjung Balas..

Assalamualaikum wbt..

Sahabat-sahabat pengunjung blog ibu yang dikasihi.. alhamdulillah, dapat lagi bersiaran di pagi Sabtu yang hening.. Yusuf Nabhan dah ke kelas Mental Arithmetic.. Maryam Nabihah sedang mendeco biliknya sendiri (anak dara ibu memang suka mengubah susun atur mainannya.. kemas tersusun.. :-)

Berbalik kepada tajuk, beberapa hari ibu tidak bersiaran, alhamdulillah masih ada sahabat-sahabat yang masih sudi berkunjung ke blog ibu ini. Maka pada pagi ini, ibu akan membuat ziarah kunjung balas ke semua blog sahabat-sahabat yang singgah dan meninggalkan jejak. Juga, kepada sahabat-sahabat baru, sudi-sudilah meninggalkan jejak di sini. InsyaAllah, ibu akan membalasnya semula.

Jika tiada aral melintang, kami nak balik kampung sekinchan. Abah ibu sedang demam.. jadi pagini ibu akan bermarathon BW..


Jumpa lagi.. salam sayang.. :-)

Wassalam..

Friday, July 15, 2011

Kenangan @ Kem: Hari Pertama - Part 1

Assalamualaikum wbt..

Rakaman Kenangan Kem Intensif SHIELDS 4 Hari 3 Malam @ Kem Banyu Manis, Kg. Bukit Kerayong..

Hari Pertama - Part 1


 Anak-anak harapan bangsa..


 Turun bas, naik lori pula..


 Redah tanah merah..


 Tiba di kem.. Abang 'askar' yang garang..


 Makan tepi kolam..


 Basuh pinggan sendiri..


Bersambung.. :-)

Testing 1,2,3..


Kawan-kawan, mohon jasa baik komen n3 ini jika anda boleh lihat gambar.. (jangan komen gambarnya ye.. komen gambar keluar ke tak je tau!!)

Terima kasih!

Thursday, July 14, 2011

Kembali Bersiaran...| Kasut pun Boleh Xpired Ke?

Assalamualaikum wbt..

Sahabat-sahabat pengunjung blog kecil ibu.. Sudah 5 hari ibu tidak bersiaran. Kali terakhir pada Sabtu yang lepas, n3 Isnin pun n3 autopublish sebenarnya.

Al hamdulillah, hari ini ibu dapat bersiaran semula..

Syukurke hadrat Ilahi, kem 4 hari 3 malam yang ibu selaraskan berjalan dengan lancar. Hati ibu kembang semangkuk (nasib baik hidung tak kembang sekali.. hehe..) bila mendapat pujian dari Ketua Pegawai ibu, Pejabat Pelajaran Daerah Klang dan dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor sendiri.

Bukan mengharapkan pujian, namun segala penat lelah terasa sangat berbaloi apabila program yang kita selaraskan mendapat perhatian dari pegawai-pegawai atasan, lebih-lebih lagi dari Jabatan yang berlainan. Namun, bagi ibu.. apa yang penting program berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya. Tak ada orang puji pun tak ape..

Pendekkan cerita, ibu sebenarnya bukanlah seorang yang aktif bersukan. Malah boleh dikategorikan dalam golongan yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Sangat-sangat jarang bersenam.. (hehe.. terukkan?)

Sepanjang ibu berada di kem, ibu hanya memakai kasut sarung biasa yang 'ala-ala sporty' je.. Bukan ibu tak ada kasut sukan, tapi ibu kurang suka memakainya. Kasut yang ada pun dah berusia 8 tahun..

Pada hari ke 3 ada acara Kembara Ilmu. Kami akan bawa peserta kursus panjat bukit. Tak best lah kan penyelaras tak ikut panjat sama. Jadi ibu takada pilihan terpaksa juga pakai kasut 8 tahun tu.. semata-mata nak naik bukit. Semangat!!

Pagi tu, assistant ibu tegur, "Puan, tapak kasut puan dah xpired. Dah warna kuning dah". Sungguh, ibu ingat dia bergurau. Sebab pada pandangan zahir kasut itu masih kukuh.

Hakikatnya dia tidak bergurau!!


Inilah yang terjadi! Gambar diambil di atas bukit sedangkan tapak kasut tu tercabut lebih kurang selepas 500 meter kami bergerak.

Bayangkan!!!!! Huhuhu..

Monday, July 11, 2011

Meredah Lorong Chow Kit & Haji Taib!!

Assalamualaikum wbt..

Ini adalah n3 autopublish.. ibu akan berkampung 4 hari 3 malam menyelaras satu program ala-ala perkhemahan untuk anak-anak remaja di Daerah Klang.. Doakan semuanya berjalan lancar ye.. :-)

Ibu nak kongsikan (secara ringkas je..) pengalaman ibu meredah Lorong Chow Kit & Haji Taib, melihat dengan mata sendiri realiti kehidupan di sana. Itu adalah sebahagian aktiviti untuk Bengkel TOT Temuseru/ Outreach yang ibu hadiri.

Untuk langkah-langkah keselamatan ibu tak bawa kamera. Jadi, bila sekadar snap dengan kamera handphone, malam dan gelap pula tu, terimalah seadanya ye.. memori pula dah full, jadi tak banyak picas yang boleh diambil.


 Lorong Haji Taib..


 Lorong Chow Kit..


 Pemandangan Menara Berkembar di malam hari hasil dari kamera handset sahaja.. hehe.. jadilah dari tak ada..


 Mereka yang tidak berumah..


 18 sx ye kawan-kawan.. macam-macam ada.. si penjual dah mencicit lari sebab polis buat operasi..


4 orang polis baru selesai bergelut dengan seorang mak nyah.. kuat juga mak nyah tu ibu tengok.. terguling-guling sapai terlondeh branya.. (malu i.. )

Ada juga gambar kami menemubual pelacur juga seorang penagih dadah yang ada di situ, tapi tak perlulah ibu tunjuk di sini. Hati keibuan ibu tersentuh dengan ceritanya yang terpisah dengan anak-anaknya.. Kami setia mendengar luahannya yang menerima tekanan akibat stigma dari masyarakat.. Tanggapan negatif yang begitu menebal di dalam pemikiran kita.

Jujur, sebelum ibu memegang status 'pekerja sosial' ibu juga punya 'stigma' itu. Namun, apabila jawatan itu sudah tersandang dibahu, barulah mata ini 'terbuka'.. Jujur juga, bukan mudah untuk mendidik hati untuk ikhlas dalam perjuangan yang belum pasti namun matlamat sudah tergaris di hadapan mata. Namun, ini adalah amanah Allah swt yang perlu ditunaikan.

Mudah-mudahan, kami dipertemukan titik keikhlasan itu.

"Apa jua situasi, orang lain hanya tahu memandang, dan mungkin hanya tahu berkata-kata.. namun hakikatnya, mereka yang menanggung dan mengharungi situasi sebenar tahu keadaannya.. (merujuk kepada kedua-dua belah pihak.. si gelandangan atau si pekerja sosial)"..

Wassalam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...