Follower

Showing posts with label Fesyen. Show all posts
Showing posts with label Fesyen. Show all posts

Thursday, September 20, 2012

BATIK DI HARI KHAMIS


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Khamis sudah ya.. Terasa-rasa masih Rabu dengan konkononnya nak buat entry tanpa kata. Hahaha.. Masih teraba-raba dan mencari-cari semangat menulis yang perlahan-lahan diterbangkan angin bayu..

Mungkin inikah yang dikatakan entry melepaskan batuk ditangga.. atau yang dikatakan entry janji ada.. atau inikah yang dikatakan buat entry kerana terpaksa? Almaklum, entry kontot adanya..

Terpulang pada tafsiran masing-masing ya.. setiap orang orang ada tafsiran dan persepsi masing-masing. 

Sekadar bicara santai tentang batik di hari Khamis. Bukan nak cerita tentang pekeliling yang mewajibkan penjawat awam berbaju batik disetiap Khamis, bukan juga cerita nak jual batik, bukan nak jelaskan jenis-jenis batik. Tapi nak cerita yang ibu Yusuf paling tak rajin pakai baju batik. Hahaha..

Betulll.. walaupun wajib, tapi ya ampunnnnn.. sungguh tak suka pakai baju batik. Sebabnya:

1. Pakai baju batik tak boleh nak lasak sangat, nanti rosak baju. Letih la nak kontrol ayu sepanjang hari.. Kih kih kih.. baik punya alasan..

2. Baju batik susah nak gosok.. kena tenyeh punya tenyeh punya tenyeh.. sembur sana.. sembur sini.. fuh, berpeluh!!

3. Baju batik tak boleh masuk mesin. Kena basuh tangan.. Haaaa, terserlah kemalasan daku..

4. Kedekut RM.. masalah no. 2 dan 3 boleh diatasai dengan hantar dobi sebenarnya. Tapiiii, sayanglah RM tu..   

Semua di atas tu hanyalah alasan.. tapi apa nak buat, saya yang menurut perintah. Pakai lah juga kan..



 
Sekadar gambar hiasan.. Entah ibu siapa tengah berceloteh depan klien-klien dia, ada gambar dalam lappy ni, edit sikit-sikit dan tepek ajelah. Hihihi..

Ps: Suka tak pakai baju batik?

 


Sunday, April 15, 2012

MANA NAK BELI TUDUNG LABUH!!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

 Ibu ada terima soalan, mana nak beli tudung labuh. Mmmm, ibu punya beli merata-rata. Ada beli di Jalan TAR KL, ada beli di Terengganu, dan ada beli di Anggerik Mall.


Ibu nak cadangkan pada kawan-kawan, marilah terjah koleksi tudung labuh InspirasiHana. Cantik-cantik dan harga berpatutan.

Untuk ke laman web InspirasiHana, sila klik banner di bawah..





Selamat bershopping.. :D






Friday, April 13, 2012

MIX AND MATCH TUDUNG WARNA KONTRAS


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Fuh!! Dengan bermulanya entry ini makanya ibu Yusuf sedang gigih dan sabar melayan karenah cik lappy yang sedang memberat ini. Faktor utama adalah cik lappy dah lama berkhidmat dan faktor macam-macam ada dalam badan cik lappy. 

Okey, ibu Yusuf nak cerita pasal tudung fesyen tudung labuh lagi. Fesyen yang sama dengan entry Idea Bertudung Labuh: Mix And Match, cuma kalini dengan padanan dua warna yang kontras.


Gabungan tudung labuh warna pink saiz xl berawning dan tudung pendek fabrik dari chiffon bertingkat tanpa awning warna ungu..

Ibu Yusuf jarang berfesyen, jadi sekali-sekali pakai 'pelik' sikit pergi pejabat.. adalah komen-komen yang juga 'pelik'. Huhu..

Komen 1: "Cantik.."

Komen 2: "Fesyen kek lapis ke ni puan?"

Komen 3: "Puan nampak lebih muda.. "

Komen 4: "Nak cadang ke kakak ipar suruh pakai macam ni.."

Ibu tak mahu komen semula komen-komen di atas. Cuma komen no. 2 tu komen dari budak paling 'nakal' di pejabat ibu. Haha.. Sabar ajelah..


 Pose cap ibu dan anak..

Hmm.. Nampak sangat ibu Yusuf kena diet. Terlebih gemuk sudah. Huhu..

Sekian perkongsian idea dari ibu Yusuf.. :D




Thursday, April 5, 2012

IDEA BERTUDUNG LABUH: MIX AND MATCH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

MasyaAllah, masyaAllah, masyaAllah.. rindunya sama ini Jemari Asmara. Rindunya dengan kawan-kawan. Semalam akhirnya, Jemari Asmara terbiar sepi tanpa satu pun entry. Dah lah semalamnya lagi cuma entry surat khabar je. Hmmm, sabar ajelah..

Alkisahnya, semalam ibu ceramah luar daerah. Jam 6.30 pagi dah gerak dari rumah. Lewat petang baru sampai rumah dan sangatlah penat. Maka nafsu nak berblogging dah terbantut. Kihkihkih..

Okey, balik pada tajuk. Ibu nak cerita pasal tudung labuh sebenarnya. Sepanjang pengamatan ibu, susah sebenarnya nak cari tudung labuh yang agak cantik. Susah nak cari yang ada tingkat-tingkat ke, ropol-ropol ke.. Kebanyakannya kosong je. Warna pun kadang-kadang tak banyak pilihan.

Entry ibu ni bukanlah nak mengajak kawan-kawan bertabaruj. Tidak sama sekali. Cuma ibu adalah jenis yang terbuka dalam berfesyen selagi mana masih menepati ciri-ciri menutup aurat yang ditetapkan dan tidak berlebih-lebihan.

Jadi ibu nak kongsilah, antara idea mix and match tudung yang ibu pernah gayakan.


Gabungan tudung labuh saiz xl berawning dan tudung pendek fabrik dari chiffon bertingkat tanpa awning..

Ibu ada juga gabungkan dengan tudung chiffon selapis seperti dalam gambar di entry INI.

Sila abaikan cela di wajah ibu Yusuf, tu kotoran pada cermin sebenarnya. Gambar sengaja di bloomkan agar ibu Yusuf nampak lebih ayu. Kahkahkah.. Sila gelak guling-guling.

Okey abaikan statement mengada-ngada itu. Sekian perkongsian idea dari ibu Yusuf.. :D




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...