Follower

Monday, February 23, 2015

Cara Terbukti Berkesan Hilangkan Parut Chicken Pox

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Beberapa harini beberapa orang rakan fb membuat status tentang anak-anak comel mereka yang diserang chicken pox. Terus teringat masa Yusuf dan Maryam kena dulu, lepas sorang, sorang pula kena. Kalau nak intai cerita dulu-dulu tu boleh klik SINI ye..

Masa anak-anak kena chicken pox dulu ibu ada juga tulis entry tentang Khasiat Daun Semambu yang dikatakan bagus untuk chicken pox, serta entry tentang Petua dan Nasihat yang boleh diamalkan tatkala berhadapan dengan chicken pox.

Masa kena satu hal, lepas sembuh timbul kerisauan tentang parut pula. Masa Yusuf dan Maryam dulu ibu tak risau sangat, sebab budak lagikan. Lama-lama sendiri hilanglah parut tu.. 

Tapi kalau kena masa dah dewasa? Huhu.. Habis la.. Cerita parut ni bukan bila kena chicken pox je, tapi banyak lagi sebab; jerawat, luka, cedera, pembedahan, melecur dan lain-lain lagi..


Gambar di atas tu rakan sebisnes ibu dalam Shaklee, Hidayah namanya. Dayah kena chicken pox tahun 2013, masa tu dah jadi mak orang pun. Tengok gambar masa kena tu pun kita dah tumpang sedih. Tapi bila tengok gambar selepas, fuyooooo. Awesome!

Dayah kata, tak lama lepas chicken pox dia sembuh, parut pun turut hilang. Dalam sebulan macam tu..

Eh, ini kisah benar tau. Bukan rekaan, bukan gambar edit, ini kisah benar. Nak lebih sahih, meh tengok video kat bawah ni..



Bestkan testimoni Dayah? Mula-mula punyalah dia risau dah tak cantik dah depan suami. Sekali dah guna produk Shaklee, haaaa.. Jadi Miss Universe terus, depan suami diala.. Hihi.. 

Kalau parut chicken pox pun boleh hilang, parut-parut lain pun insyaallah boleh hilang kan? Yang penting ikhtiar dulu..

Ok semua, sebarang maklumbalas atau jika ada pertanyaan lanjut tentang produk yang dinyatakan, boleh dinyatakan diruang komen atau boleh hubungi ibu melalui email: zefa_asmara@yahoo.com

Tuesday, February 17, 2015

Maryam dah pandai nak cantik-cantik dan berhias ~ Cabaran ibu lebih besar!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
 

Pagi ni belek-belek gambar-gambar dalam phone, tersenyum ibu. Banyak gambar Maryam possing. Ada yang ibu ambik, ada yang dia selfie sendiri. Situasi ni buat ibu terdetik dalam hati; besar dah anak ibu, dah pandai nak cantik-cantik, nak lawa-lawa. 

Dalam bab cantik dan berhias, ibu bukanlah idola bagi dia. Ibu bukan jenis bergaya, bukan jenis bermake up bagai. Siapa kenal ibu tahu, yang ibu ni sempoi aje orangnya. 

Tapi rasa ingin cantik itu fitrah. Semua orang terutama wanita (termasuk ibu) sukakan sesuatu yang cantik. Benda-benda ni datang secara sendiri tanpa perlu diajar dan tanpa perlu idola. 


Jujurnya, ibu tak menghalang pun bila dia suka pakai bedak, kadang-kadang pakai lipstik ibu, sekarang pakai tudung pun dah minta yang belit-belit. Ibu suka tengok dia cantik, tapi pada masa yang sama bermulanya cabaran yang lebih hebat untuk ibu membentuk anak ini terutama tentang aurat, tentang batasan berhias.

Walaupun ibu tidak mampu menjadi idola kepada Maryam dalam bab cantik dan berhias, tapi ibu mahu Maryam faham konsep aurat melalui penampilan ibu. Maka tugasan ibu adalah terus istiqomah dalam menutup aurat, selain sebagai satu kewajipan ia juga supaya menjadi contoh dan tauladan kepada Maryam.

Di sekolah, anak-anak diajar tentang konsep aurat iaitu menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Tetapi sejauh mana kita sebagai ibu bapa menterjemahkan apa yang mereka pelajari melalui pemakaian kita? Jom sama-sama muhasabah diri.

Hingga jumpa lagi, salam sayang;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com

Friday, February 13, 2015

Kembalinya Tuan Guru Nik Aziz Kepada Yang Maha Pencipta

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Malam tadi, di malam Jumaat yang tenang perginya seorang murabbi yang dikasihi ramai. Tuan Guru Nik Abdul Aziz disahkan meninggal dunia pada 12 Februari 2015 jam 9.40 malam. 

Ibu tahu perkara ini melalui wassap yang dihantar oleh kawan-kawan. Kemudian disahkan pula oleh berita-berita melalui laman media sosial..



Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada di dalam golongan yang beriman..
 
DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT 

Tahun Lahir: 10 Januari 1931

Tempat Lahir: Pulau Melaka, Kelantan

Status:
Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi 10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil jurusan agama sebagai pilihan utama.

Pendidikan:
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) - 1936.
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
Universiti Deobond, India - 1952.
Lahore, Pakistan - Ilmu Tafsir Quran - 1957.
Universiti Al-Azhar, Mesir - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
Universiti Al-Azhar, Mesir - Sarjana Perundangan Islam.

Penguasaan Bahasa:
Melayu, Inggeris, Tamil, Urdu, Arab

Pekerjaan:
Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
Penyelia Kelas Dewasa - KEMAS.
Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Politik:
1967 - Daftar sebagai ahli PAS.
1967-1969 -Pilihanraya Kecil - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
1978-1982 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1986-1990 - Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan (kini dikenali DUN Chempaka).
1990-2013 - Menteri Besar Kelantan.

Wednesday, February 11, 2015

Kisah Benar: Gastrik 10 Tahun Kini Sembuh

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu mempunyai seorang kawan yang mengidap gastrik dalam tempoh yang agak lama juga. Kalau tak silap ibu dia cerita sejak zaman sekolah dulu. Ibu tengok penyakitnya on dan off. Gastrik biasanya menyerang dia terutama kalau lambat makan. Mulalah angin masuk dalam perut. Salah makan pun antara punca simptom-simptom gastrik kembali menyerang. Bila dah kena memang berguling-gulinglah dia, besoknya mesti mc..

Melalui pembacaan ibu, gastrik juga boleh berpunca dari pengambilan ubat-ubatan tahan sakit yang berlebihan, pengambilan alkohol, merokok dan stres. Betullah tu, kawan ibu tu kalau stres kadang-kadang besoknya dia mc sebab gastrik. Huhu..

Ibu nak kongsikan pada dia dan pembaca-pembaca Jemari Asmara semua satu video perkongsian pengalaman seorang ibu muda yang sembuh dari gastrik secara tidak sengaja. 

Sesiapa yang ada gastrik tu wajib tonton. Untuk manfaat bersama mohon share entry beserta video ini di FB masing-masing. Semoga membantu dan memberi jalan untuk ikhtiar.



Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.

Ps: Sebarang maklumbalas boleh dinyatakan diruang komen atau boleh hubungi ibu melalui email: zefa_asmara@yahoo.com

Friday, February 6, 2015

Panjat Tingkat 9 Guna Tangga Sebab Cerita Lif Terhempas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Jumaat datang lagi. Jumaat pertama dalam Februari 2015 dan alhamdulillah dikurniakan kesempatan menulis sesuatu di blog yang kian terpinggir ni. (Kesiannn blog ni..)

Rasanya ramai dah tahu ibu dah bekerja semula kan? Ok, ini cerita masa ibu buat outreach di sebuah kawasan pangsapuri dua minggu lepas. Sebuah flat kos rendah penempatan semula yang mana sebahagian penduduknya berasal dari kawasan setinggan berhampiran.

Blok pertama yang kami terjah, liftnya nampak bermasalah. Hinggakan seorang kawan meluru keluar dari lift sebab takut terperangkap. Kami berenam 2 perempuan dan 4 lelaki, elok dia meluru keluar pintu tertutup dan lift naik ke atas meninggalkan dia seorang di bawah. 

Sudahnya 2 orang turun balik menjemput cik puan yang tertinggal tu dan kumpulan kami berpecah dua. Kih kih kih.. Sampai sekarang rasa nak gelak guling-guling bila teringat kejadian tu.

Selesai urusan ditingkat 6 blok pertama, kami turun ke bawah. Semasa dilif kami bertembung dengan seorang pakcik berbangsa India. Tanpa diminta dia bercerita tentang kejadian lif terhempas yang pernah berlaku di kawasan tersebut. Huwaaa.. Cuak rasanya..

Kami menuju ke blok seterusnya menuju tingkat 3. Semasa masuk dalam lif, pintu lift tertutup dengan kuat beserta bunyi dentuman. Kami saling berpandangan, muka makin cuak. Hahaha..

Selesai ditingkat 3, kami perlu ke tingkat 9. Masani 2 jejaka yang mengiringi ibu enggan naik lif. Ni gara-gara cerita pakcik tadi, di tambah dengan keadaan lif yang memang meragukan. Maka ibu dengan kasut sarung bertumit tinggi panjat tangga dari tingkat 3 ke tingkat 9. Fuh! Memang lap peluh la.. 

Semasa di blok ketiga, lifnya tak ada lampu lah pulak. Pintu tertutup je terus gelap gelita. Nasib baik ada lampu dari phone. Fuh, memang macam-macam..

Alhamdulillah, apa pun halangan hari tu dalam tempoh setengah hari kami berjaya melaksanakan program yang diamanahkan untuk dilaksanakan. Sekian cerita lif seram dan cerita ibu panjat tangga. Hehehe..


Sekadar gambar hiasan. Pemandangan dari tingkat 9.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...