Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Jumaat lepas, kami sekeluarga ke Butik Inspirasihana Shah Alam. Untuk makluman semua, Butik Inspirasihana ni adalah gedung tudung online terbesar yang menjual tudung-tudung labuh sahaja. Selain menyediakan perkhidmatan penjualan tudung labuh secara online, mereka juga ada Butik di Ipoh dan Shah Alam.
Tujuan asal kami datang ke situ bukan untuk shopping, tapi tujuan lain. Kami bawa Maryam Nabihah hadir pre-shoot untuk pemilihan model cilik Inspirasihana. Sekadar cuba mempertengahkan bakat yang ada, tapi sudahnya 'kaku'. Haha.. Maryam malu kut, sebab ramai yang memandang. Cerita maryam tu entry lain ok.
Balik pada cerita shopping, biasalah.. Nama pun perempuan kan. Alang-alang dah sampai ke situ, beli ajelah mana yang berkenan.
Suasana dalam butik Seksyen 7.. Gambar ibu ambil dari FB Inspirasihana..
Ececeh.. Ibu siapa ni? Gambar ni pun ibu ambil dari FB Inspirasihana..
Beli sehelai je pun. Sebab bawa duit ciput. Hihi.. Ada gak hikmahnya. Kalau tak memborong tak ingat agaknya..
Ini ha tudung yang ibu beli, cuma bukan warnani..
Butik
Inspirasihana Shah Alam Seksyen 7..
Terletak di Jalan Zirkon
belakang UNISEL, beroperasi setiap hari dari hari Isnin sehingga
hari Ahad bermula jam 9 pagi hingga 7 malam.
Jadi kawan-kawan terutama yang di Lembah Klang, yang mencari tudung labuh yang berkualiti, ibu syorkan untuk datang ke sini. InsyaAllah, pasti ada yang akan memikat hati. Kawan-kawan di Perak juga boleh ke butik mereka di Ipoh.
Buat kawan-kawan yang berada di sepelusuk Malaysia, jangan kecewa. Merekakan gedung tudung online terbesar, mestilah boleh beli secara online.
Klik sahaja banner ni dan selamat membeli belah.. :D
wah besar jugak tmpt tu....
ReplyDeleteAgaknya maryam malu kot.....sweet je kan....
cantik!!!!!!
ReplyDeleteCatik tudung kat sini...
ReplyDeletecantiknya tudung awak pki tu..beli kat sini gak ke? really nice! =)
ReplyDeletebgusnye beli tudung labuh2 :)
ReplyDeletesiap promote lg..awat maryam kau?klu tak boleh dah jadi model.anty bley tumpang popular.hihi
ReplyDeleteSy pun jd peminat tudung rekasn butik ni sejak 2 minggu lalu...sebnarnya dah lama 'usha' butik ni dlm intrnet , xnak beli on9 kot nti bila smpai kat tgn x berkenan ...tp 2 minggu lpas pi lawat ank kat asrama di ipoh pastu pujuk suami cari butik ni..bila jmpa seronok sgt sb mmg brkenan dgn design dia..terus borong x hengat ! Melayang rm..huhu..tp puashati..esok nk pegi kat s.alam plak400
ReplyDeleteMemang cantik cantik tudung labuhnya
ReplyDeleteTudung labuh inspirasihana memang best. selesa dan harga dia boleh kata murah.
ReplyDeleteLebuh senang beli di butik online saja