Follower

Saturday, May 11, 2013

VITAMIN C SHAKLEE


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Vitamin C sangat sinonim dengan penjagaan kesihatan dan kecantikan. Salah satu vitamin C yang popular dan dikatakan sangat bagus di Malaysia pastinya adalah vitamin C Shaklee.

Jika tidak, masakan ada pihak-pihak tertentu yang memasarkan semula vitamin C Shaklee dengan menyorokkan jenamanya dan menggelarnya vitamin C organik. Tettttt... Hihi. 

Kenyataan ibu ni mungkin tak ada buktinya, tapi bila dibuat perbandingan bentuk, bau dan rasa antara vitamin organik tu dan vitamin c Shaklee, memang sama dan serupa. Hmm..

Okey, kita tutup cerita tu, silap haribulan ibu yang kena 'tembak' balik. Kita buka cerita tentang vitamin C Shaklee yang sebenar ye..

Di Shaklee ada dua jenis vitamin C iaitu Sustained Release Vita-C Plus (500mg) dan Chewable Vita-C Plus (100mg).

 Jom kita lihat FAQ mengenai kedua-dua vitamin ini: 


 1 - Adakah kandungan kedua-dua vitamin ini sama?
  
Ya sama. Berikut adalah kandungan secara ringkas:

Sustained Release Vita-C Plus (500mg)

- Mempunyai Vitamin C - 553.00mg
- Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex - 120.00mg

Chewable Vita-C Plus (100mg)
- Mempunyai Vitamin C - 117.90mg
- Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex - 24.00mg
- Rose Hips Powder - 40.00mg
 Kedua-duanya mempunyai kandungan yang sama. Cuma Chewable Vita-C Plus (100mg) mempunyai pertambahan Rose Hips Powder (juga salah satu sumber vitamin C yang hebat). 

Ia juga dikatakan sebagai 'stomach tonic' kerana ia membantu mengubati ulser perut, diarrhea, sembelit dan sebagainya. Selain daripada itu ia turut bertindak terhadap kolesterol, diabetis, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

2 - Adakah kedua-duanya memiliki fungsi yang sama?
Ya sama. Fungsinya memang sama. Seperti yang kita dah sedia maklum fungsi Vitamin C sangat banyak:




  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.


  • 4 - Apakah keistimewaan kedua-duanya?

    Sustained Release Vita-C Plus 500mg
    Ia mempunyai teknologi pelepasan masa. Di mana ia mampu dilepaskan 100mg setiap 1 jam selama 5 jam tanpa henti!
    Chewable Vita-C Plus (100mg)
    Boleh dikunyah dan dihisap seperti gula-gula. Malah ada pendaat yang mengatakan, vitamin C yang dikunyah mampu untuk diserap dengan lebih baik oleh badan kita. 


    Walaupun kedua-duanya mempunyai keistimewaan masing-masing, namun yang paling penting ialah both are natural, halal, bersih, bukan sintetik dan paling penting ia mempunyai bioflavonoids.**

    ** Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan di dalam Vitamin C Shaklee kedua-duanya mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex daripada lemon, orange, grapefruit

    INFO TERKINI

    Shaklee Sustained Release Vita-C Plus 500mg

    Stok Sustained Release Vita-C Plus 500mg telah kembali selepas sekian lama tiada stock di Shaklee. Dapatkan segera! 1 botol cukup untuk bekalan 6 bulan. Ya, bekalan 6 bulan dengan harga yang sangat berbaloi-baloi!

     Untuk keterangan lanjut dan HARGA ISTIMEWA, hubungi:

    Puan Zefa NorAsmara Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
    Shaklee Indipendent Distributor (ID: 909824)
    FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
    FB page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat
    Email: zefa_asmara@yahoo.com

    1 comment:

    1. Assalam..salam ukhuwah dari bunda...
      Bunda pernah beli vit C organic 500 tu melalui rakan fb...kalu tak salah warne dia coklat kan bulat lonjong bentuknya...
      Memang bagus sgt utk masaalah kulit...gatal2 dan ekzema..pastu bila bunda nak beli lagi katanya dah tak dikeluarkan lagi vitamin tu...
      Bunda kini guna vit C pahang pharmasy pulak...

      ReplyDelete

    Komen anda amatlah dihargai.. :D

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...