Follower

Friday, December 2, 2011

Sungai Congkak Berubah Wajah: Deras & Keruh..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Minggu lepas, kami bawa anak-anak Mandi Manda @ Sungai Congkak. Dek kerana seonoknya anak-anak, dan dek kerana seronoknya ibu ayah tengok anak-nak seronok, besoknya kami pergi sekali lagi ke sana. Maryam Nabihah dengan semangat dan bawa segala baldi kecil dan penyodok bagai sebab dia suka main pasir. Tak dapat pasir pantai, pasir sungai pun jadilah.

Apapun, manusia hanya merancang, Allah swt yang menentukan. Hampir tiba ke destinasi, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Ayah pandang ibu, ibu pandang ayah. Namun, untuk tidak mengecewakan anak-anak kami teruskan juga perjalanan. Siap bawa bekal lagi tu.. Semangat nak berkelah ni.

Sampai-sampai je, hmmm.. Apa yang terbayang di fikiran ibu memanglah benar belaka..


 Air sungai yang keruh dan sangat deras..


 Dua keadaan yang berbeza diambil dari kedudukan yang sama, pada hari yang berbeza..


 Apa-apa pun, kita makan duluuuu.. Err, ini gambar selepas selesai makan lah..


Anak-anak dah buat muka sedih.. jadi, ayah bawa juga main air di tepi-tepi sahaja..


 Walaupun tak berapa puas hati, tapi anak-anak nampak happy juga..


 Intan payung, pengarang jantung ibu..


Anak siapakah? Tanpa pengawasan dari ahli keluarga. Sebab hanya kami ada berhampiran ketika gambar ini ibu ambil..


Spoil the mood. Sangat-sangat benci melihat ini. Padahal bukan tak ada tong sampah. Dasar pemalas dan pengotor. Huhu!

Erk.. Ibu ni cari salah orang pulak. Memang salah pun. Hmm, sila abaikan.

Moralnya;

Jangan buang sampah merata-rata. Elakkan pencemaran alam. Cintailah sungai kita. 

Jangan biarkan anak kita bermain di tempat bahaya tanpa pengawasan orang dewasa. Malang tidak berbau.

Dan.. Elakkan pergi ke tempat sebegini selepas hujan lebat.

Dalam kes kami, alang-alang kami dah datang dari jauh, redah je lah..


Ps: mingguni tak tahu lagi nak bawa anak-anak ke mana. Ada cadangan?




14 comments:

  1. Teruknya air kat situ ye Zefa.....saya baru pernah sekali je gi situ sebab terasa jauh sgt nak ke sana. Sekali sekala boleh dtg air terjun kat ulu yam pulak....kat situ pun best juga mandi manda tapi saya pun jarang pergi....

    ReplyDelete
  2. mungkin sbb ujan kot, tuh pasal air nya keroh..:)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    in planning, esok kami pula nak pergi berkelah ke sg,congkak. tapi bila melihat keadaan sg congkak yg berair deras dan laju tu, tak tau la, rasa cam takot nak pegi.. so ingat nak beralih arah la pulak,, pegi pantai ler... buleh la anak2 nak main pasir kalau tak dapat mandi skali pun.. :D jom bagan lalang pula jom..

    ReplyDelete
  4. Tengok air pun dah rasa takut... emmm bahaya ni... walaupun tak dalam.... tapi amat berbahaya....

    ReplyDelete
  5. Takut pula tengok air sungai deras begitu. Bahaya kan Zefa.

    ReplyDelete
  6. memang banyak org buang sampah merata-rata kat sg.congkak tu,kecuali klu temaptnya yg ada tuan yg menjaga...tapi kena bayar lebih laaa..
    nasib baik tak ada kepala air,kaklong agak cuak nak bwk anak2 mandi sungai time2 hujan ni...huhuhu!

    ReplyDelete
  7. bahaya tu kalau nak mandi dan main air......

    ReplyDelete
  8. takde rezekilah tu hujan lbat plak kan..

    bahayanya anak2 dibiar tanpa pengawasan,dah la br lepas hujan.emm..

    ok sy tak buang sampah merata2 ekk kak.hehe

    ReplyDelete
  9. musim tengkujuh ni nak bawak anak2 berkelah kena berhati2.

    ReplyDelete
  10. kita mampu merancang ttp Allah yg menentukan...xpelh sekurg2nya anak2 hepi juga tu......

    ReplyDelete
  11. dah lama tak pergi sana hehe. Balik Shah Alam minggu depan nak pergi sana lah...

    ReplyDelete
  12. Ni kalau dah mandi mesti kena bilas semula... kalu tak kena gatal-gatallah jawabnya

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...