Assalamualaikum wbt..
Bersiaran dari Kuala Terengganu.. Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke3 kami di kampung halaman ayah. Memulakan perjalanan pada pagi Rabu dan selamat tiba di Pulau Bahagia pada petangnya..
Semalam, seharian kami berada di majlis perkahwinan sepupu En Ayah. Tahniah buat Fadhilah @ Ismalini dan suami yang kini telah bergelar suami dan isteri, semoga kebahagian milik kalian hingga ke hujung hayat.
Opps, tajuk di atas tiada kaitan dengan majlis perkahwinan semalam ya.. Majlis semalam berjalan dengan lancar walau ada sedikit cerita lucu berkaitan 'kasut'. hehe.. hanya mereka yang mengiring pengantin perempuan menyambut pengantin lelaki yang lucu.
Tajuk di atas sebenarnya ada kaitan dengan kisah perjalanan kami menuju Terengganu. Seperti biasa lalauan kami Shah Alam - Lebuhraya Karak - LPT - Jabor - Kuala terengganu.
Perjalanan sehingga penghujung LPT seperti biasa tiada masalah. Kesabaran mula teruji di jalan Jerangau Jabor kerana banyak lori yang pemanduannya sangat perlahan. Alhamdulillah, sepanjang ibu mengenali En Ayah, dia adalah pemandu yang sabar.
Kami mengekori lori di atas, lebih setengah jam. Bila jalan clear, double line lah pula.. bila jumpa single line, jalan tak clear lah pula.
Lihatlah sikap pemandu itu.. banyak lagi kejadian yang menggetarkan jiwa. Tapi hanya satu yang ibu dapat snap. Ada satu lagi kejadian, dua kereta hampir bertembung.. gara-gara cubaan memotong sedangkan sah-sah ada kereta dari arah hadapan.
Ibu hairan, mereka itu mencari malang atau cuba membunuh diri sendiri?
Owhh..sekampung rupanya kita.Hihihi..kg saya kat manir.
ReplyDeleteIbu aisya: ye lah.. dah dekat2 lah tu kan.. :-)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete