Follower

Sunday, December 25, 2011

Ombak Mengganas Di Pantai Tok Jembal, Terengganu


Rakaman lensa ibu Yusuf..

Harini kami ke UNIZA di Gong Badak, melepas kerinduan pada adik bongsu kesayangan ibu. Alang-alang bertemu, kami bawa dia keluar jalan-jalan. Hajat hati nak ke Pantai Teluk Ketapang. Dari UNIZA kami menyusuri jalan dipesisiran pantai Tok Jembal.

Angin sangat kuat dan ombak tinggi memukul tebing. Ibu sempat merakam 3 keping gambar. Itu pun hanya dari tingkap kereta sahaja.. Gambar sedikit suram, cuaca agak mendung.







Gambar tanpa kapsyen.. Tengok ajelah ye, tu pun semua dari sudut yang sama. Cuma zoom dengan tak je.. Hihi..

Pantai Tok Jembal ni terletak tak jauh dari lapangan terbang dan dikenali sebagai lokasi pendaratan bot-bot nelayan pesisir pantai. Berdasarkan pemandangan ibu, pantaini semakin terhakis. Batu-batu tersusun di persisiran sebagai tambak yang menghalang hakisan. Ada juga wakaf batu yang sudah hancur.. Samada dek ombak atau angin kuat, wallahu a'alam.

Kami meneruskan perjalanan ke Pantai Teluk Ketapang yang lebih sesuai untuk bercanda. Mandi memanglah tak boleh, tapi kami telah beraktiviti di sana dengan sangat bahagia. Oh, indahnya.. :D

Nanti ibu buat entry bercanda di Pantai Teluk Ketapang ye. Tunggu...

Jumpa lagi!!


11 comments:

  1. tak jauh dari kg kak aya di Batu Rakit...

    ReplyDelete
  2. lama daa tak bawa anak bersiar2 ditepian pantai

    ReplyDelete
  3. dulu , 30 tahun dulu.. memang biasa bercanda di pantai teluk ketapang.. masa darjah 5, selalu buat ulangkaji dgn kawan2 d tepi pantai utk penilaian darjah 5

    ReplyDelete
  4. dekat dungun pun mcm tu jgk. ombak hakis pantai. kalau air pasang naik smp ats jln.

    ReplyDelete
  5. wah jemari asmara n d company di ganu dah rupenye ;)

    ReplyDelete
  6. Hati-hati Zefa bila ke pantai.. angin sangat kuat..

    ReplyDelete
  7. skrg ni mmg ombak menganas di pantai2 pantai timur.....

    ReplyDelete
  8. owh adik belajar kat Unisza erk.. same la dgn saya :)..
    ritu ada lalu dekat sini.. tkut plak rasa.. rumah-rumah kat tepi tu msti takut..

    ReplyDelete
  9. Sekali lagi komen di sini..sebab suka lihat pemandangan yang terakam.

    Gambar last tu Nida suka... kelihatan sampan sepi tanpa tuannya.. maklumlah laut sedang bergelora. Tiba-tiba hati jadi sayu.. entah kenapa bila lihat gambar sampan yang sepi tu..

    Agaknya jiwa ni terlalu puitis kot..hehe

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...