Follower

Thursday, January 15, 2015

Buat Sendiri Aiskrim Yang Gebu Lemak Berkrim Seperti Beli Di Kedai

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Maryam memang penggemar aiskrim, kalau ke kedai mesti beli aiskrim. Masa cuti sekolah yang lepas buat projek aiskrim Malaysia kejap je habis. Buat lagi, habis lagi. Tapi bila ke kedai tidaknya dia nak beli aiskrim yang murah-murah ni. Komfom dia akan beli aiskrim yang mahal. Huhu..

Jadi bila ada kawan share resepi aiskrim yang kata sedap banget dan lepas dia tahu buat dah tak pernah beli aiskrim di kedai, laju-laju ibu cuba buat. Hasilnya..

v

v

v

v
Aiskrim sedap yang gebu lemak berkrim. Sebijik macam yang beli di kedai. Memang best..


  Ini bahan-bahan yang ibu guna..


Resepi Home Made Ice Cream:

1 tin susu cair
3 sudu besar susu pekat manis
3 sudu makan gula pasir (abaikan sekiranya tidak suka manis)
2 sudu makan ovellate halal (ibu guna 1 sudu makan sahaja)
1 penutup esen vanila
Pewarna yang dibenarkan (ibu guna perisa coklat)

Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan di dalam bekas dan putar menggunakan mesin pemutar sehingga sebati dan kental. Masukkan pewarna dan putar lagi. Masukkan ke dalam bekas dan bekukan. Sedia dinikmati bila-bila masa. Senangkan? Bahan-bahan pun mudah sahaja, cuma ovellet tu pastikan ada tanda halal.


Bila dah siap, masukkan dalam bekas aiskrim macam ni. Silap haribulan, anak-anak memang tak perasan ini aiskrim buat sendiri. Hihi..


Ibu buat cubaan masukkan dalam acuan aiskrim..

Tapi hasilnya tidak menjadi sebab sifat aiskrim tu yang creamy, jadi tak boleh grip batang aiskrim. Bila ditarik, aiskrim tertinggal di dalam walaupun luarnya sudah dibasahkan untuk melonggarkan kedudukan aiskrim. Biasanya ibu guna acuan ni untuk buat aiskrim biasa macam sunquick ke, sirap ke, tapi saje nak try untuk aiskrim ni. 

Ramai yang dah cuba resepi ni sebab ini resepi yang viral di fb. Pada yang belum cuba, silalah buat. Komfom anda akan puas hati dan anak-anak suka. Cuma bagi ibu tak perlu letak gula sebab susu pekat manis tu dah manis.

Selamat mencuba..

8 comments:

  1. Tahniah! dah tak payah beli kat kedai lagi dah..

    ReplyDelete
  2. Wahhh...yummyyy!!homemade lagi,jimat!hehe

    ReplyDelete
  3. Dah pernah buat tp tak rajin nak repeat buat lagi.hehe. Buat sendiri lagi bagus air tangan ibu

    ReplyDelete
  4. macam mudah jer..
    kena try nih..
    =)

    ReplyDelete
  5. Petua utk ice cream lbh gebu.. lps putar tu simpan sejam dlm peti beku.. pas tu putar semula. Lps tu simpan smlmn baru dicedok.ais krim lbh gebu dan tahan lama di luar tak cpat cair..

    ReplyDelete
  6. Buat sekali je hari tu. Lps tu x buat2 hehe. Nampak sedap.. mcm kat kedai :-)

    ReplyDelete
  7. Ada la dua kali buat. Lps tu mls nak buat dh sbb bdk2 ni x sbr. Kjp2 bukak peti. Pening mak.

    ReplyDelete
  8. dah lama teringin nak buat aiskrim sendiri..tp asyik tak menyempat haha.....

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...