Follower

Friday, January 9, 2015

Ibu Yusuf & Maryam Kembali Bertugas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pejam celik, pejam celik.. Cuti tanpa gaji selama 5 bulan telah pun berakhir. 1 Januari 2015 secara rasmi ibu bergelar suri bekerja semula dan 2 Januari 2015 secara rasmi melangkah ketempat kerja ditahun baru.

Hari ini 9 Januari 2015, sudah 7 hari ibu kembali bertugas. 7 hari termasuk kerja hujung minggu sebab 3 Januari 2015 ibu terlibat sebagai wakil pejabat ke Majlis Program Pelancaran Misi Bantuan Skuan Muda KDN (Kementerian Dalam Negeri)..

Perasaan? InsyaAllah gembira dan kembali bertugas dengan penuh semangat. Ikut hati memang berat, dah lama duduk rumah dengan anak-anak kan. Tapi ibu dah tanamkan dalam diri awal-awal bahawa ibu akan menjadi seorang yang lebih positif. Tak mahu malas-malas, tak mahu emosi-emosi sangat. Apapun kehidupan perlu diteruskan.

Dan tahun ini ibu ada tagline untuk diri sendiri; "Suri, kerjaya dan bisnes seiring". Rasa semangat pula bila ada tagline untuk diri sendiri. Ibu mahu menjadi seorang isteri, ibu, wanita bekerja dan seorang 'bussineswomaen' yang seiring kejayaannya. InsyaAllah..

Syukur Ya Allah, syukur sangat-sangat atas nikmat 5 bulan yang terindah. Kenangan yang tidak akan ibu lupakan sampai bila-bila. Ada peluang, kita cuti lagi. Hehehe..



Belanja gambar pagi tadi sekeping..

Hingga jumpa lagi..

4 comments:

  1. Selamat menjalankan tugas setelah lama bercuti-cutian
    Bestnya 5 bulan bukan masa yg pendik kan tapi bila dah tiba masanya habis rasa cepatnya berlalu kan..kan...

    ReplyDelete
  2. Selamat kembali bertugas kak zefa..Insyaallah semoga kejayaan seiring tagline.good luck dan selamat tahun baru kak zefa..:)

    ReplyDelete
  3. Selamat kembali bertugas....mesti zefa rindukan rakan2 setugas....esok akak pula mula bekerja secara rasmi...sblm ni pn dah pergi sekolah settlekan urusan n program utk thn ni.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...