Follower

Thursday, December 23, 2010

Melatih Anak Ke Tandas - 2

Salam semua..

N3 ini adalah sambungan dari n3 Melatih Anak Ke Tandas. Sebelumni ibu ada ceritakan pengalaman ibu melatih Yusuf Nabhan ke tandas. Ibu ingin tegaskan di sini, cara ibu tidak semestinya sesuai untuk dicontohi. Ianya sekadar satu perkongsian pengalaman. Kali ini ibu akan ceritakan pengalaman ibu...

Melatih Maryam Nabihah Ke Tandas

Mengambil pengajaran dari kisah Yusuf Nabhan, ibu berazam untuk melatih Maryam Nabihah lebih awal. Kalini nekad, tak mahu malas, malas lagi. Umur Maryam Nabihah mencecah 1 tahun 10 bulan ibu dah minta kat bos cuti panjang.. 2 minggu. Apakan daya ibu, cuti tidak dapat diluluskan sebab kekangan kerja. Keadaan berlanjutan hingga Maryam Nabihah berumur 2 tahun 5 bulan. Walaubagaimanapun, ibu dah mula latih dia ke tandas pada hari Sabtu dan Ahad.

Febuari 2010 merupakan kemuncak paling sebok dalam kerjaya ibu sepanjang tahun 2010. Task Force gara-gara NKRA.. huhu.. Dan pada masa itu jugalah ibu nekad cuti seminggu. Biarlah orang kiri kanan mengata, cuti semasa kerja sangat-sangat banyak di pejabat. Terima kasih kepada bos ibu yang meluluskan cuti walaupun dengan hati yang berat.. hehe.. (Natijahnya, ibu terpaksa pergi ke pejabat malam-malam hari untuk siapkan tugasan ibu.. dah la pejabat ibu tu ada 'tuuut'.. kuatkan juga hati dan semangat). Ish.. dah lari tajuk dah ni.. Mari kembali ke pangkal cerita ya..

Melatih anak perempuan ibu kira lebih mudah dari melatih anak lelaki. Selepas 9 hari berlatih, Maryam Nabihah terus tidak memakai pampers semasa ke Taska.. (ada juga 'eksiden'.. huhu, maaf cikgu!).

Menariknya, sepanjang melatih Maryam Nabihah, takde sesi mop-mop lantai pun. Karpet dan tikar yang ada pun ibu tak simpan. Sebab ibu pakaikan dia cloth diapers. 15 minit sekali ibu ajak dia ke tandas, tak kiralah dia kata tak rasa nak kencingpun, ibu bawa juga dia ke tandas. Alhamdulillah, carani sangat berkesan.

Cuma, bab nak 'uuk' tensenlah sikit. Dia tak suka duduk atas tandas. Dia lepas je kat lantai bilik air.. hish, grrrr... betullah. Alhamdulillah, keadaan tu tak lama. masa mula-mula latih sahaja.

Kenangan indah dalam hidup ibu, walaupun kali ini agak lewat juga, ia tetap terlatih di 'tangan ibu'. Walaupun ibu hantar anak-anak ibu di Taska, bahagian yang ini adalah bahagian ibu. Biarlah orang kata ibu apapun (kes cuti..), demi anak-anak, ibu telanje semuatu.

Alhamdulillah, Maryam Nabihah sekarang dah berumur 3 tahun 4 bulan. Dah nak sekolah pun tahun depan.. Semoga anak-anak ibu akan jadi anak-anak yang soleh dan solehah. Amin!!


Gambar-gambar di dalam n3 ini adalah hasil carian di google..

3 comments:

  1. zefa, aku pun baru nak latih anak pompuan aku tak pakai diapers...dia baru 2 tahun 2 bulan...dulu anak sulung aku sampai umur 4 tahun kot pakai diapers...sebab aku malas nak latih dia...kau pakai cloth diapers tue time bile? time tido malam je ke?..ada kawan bgtau aku...siang ajar anak x pakai pampers...malam pakai cloth diapers...

    ReplyDelete
  2. Fadel, mlm aku pakaikan pampers time tido. Siang aku pakaikan cd, kut terkencingpun kat dlm tu. takdela kene mop2 lantai. 15 min sekali aku ajak ke toilet.

    ReplyDelete
  3. Aiman pun sama,lama juga nak ajar dan biasakan mencangkung kt dlm mangkuk tandas,selalunya di bantai atas lanatai bilik air..

    bab kencing malam mmg tensen.selalu jugak kencing..sy mmg sediakan satu tilan jer utk aiman.hehe.tp lama2 ok,

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...