Follower

Thursday, September 17, 2015

Gajet Baru Dapur Ibu ~ Noxxa Pressure Cooker

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Mempersembahkan, periuk baru ibu ~ Noxxa Pressure Cooker (PC)

Baru tak baru sangatlah, beli sebelum raya tahunni. Dah pakai beberapa kali pun. Beli periuk noxxa ni 100% hasil dari pengaruh rakan sebaya. Hebat ke tak hebat pengaruh tu?

Adala 3-4 orang dalam group wassap ex-sekolah menengah ada Noxxa PC ni. Masing-masing bercerita masak itu, masak ini. Asyik cerita yang best-best je pasal Noxxa PC ni. Walhal, tak ada seorang pun dealer aktif Amway dalam tu. Maksudnya masing-masing bercerita dengan ikhlas dan tak ada niat menjual.
 
Setahun tau ibu bertahan dengan godaan kawan-kawan dalam group wassap tu.Ibu fikir-fikir, ibu ni bukan 'ahli masak-masak' pun. Rajin tu datang sekali sekala, takut beli jadi tukun pulak. Hehe..

Dah tu macammana boleh terbeli? Entahla, kena pukau kut. Hahaha.. Gurau je, marah kawan yang jual tu kalau baca ni.

Beli sebab ada kawan jadi ahli dan offer harga istimewa. Dan masatu nak raya, kawan-kawan pulak hasut boleh masak rendang 8 minit, pulut 6 minit, nasi arab 7 minit. Akhirnya, beli la jugak..

Noxxa PC ni ada pelbagai fungsi

Periuk ni ada fungsi high pressure, slow pressure, kukus, stir-fry, slow cook, reheat-warm.


 Dalam periuk

Periuk ni besar, boleh masuk 2 ekor ayam saiz sederhana. Boleh masak 2 kg beras. ini cerita kawan-kawanla. Setakat ni ibu pernah masak paling banyak sekilo beras je dan seekor ayam.

Walaupun beli sebab terpengaruh, saje-saje beli dan bukannya keperluan mendesak, setakat ni ibu belum menyesal beli periuk mahal ni. Serius tak menyesal..

Dan serius periuk ni memang best, walau ibu tak cuba lagi resepi-resepi yang berlambak-lambak kat luar sana. Setakatni ibu baru guna Noxxa PC ni untuk masak;

- nasi arab 7 minit (2 kali)
- sup kambing 30 minit (2 kali)
- pulut kuning 6 minit
- kari kambing 30 minit
- ayam panggang 5 minit (3 kali)
- nasi goreng tomyam 5 minit

Baru 10 kali guna tapi dah berdentum-dentum dalam hati kebestannya. Hihi..

Ok lah, tu je ibu nak share pasal Noxxa PC ibu setakat ni. Lain kali kalau rajin boleh la tayang hasil masak-masak. Setakat yang dah masak tu, tak ada gambar closed up. Gambar masa tetamu tengah makan adalah..

Oh ya, periuk ni harga pasaran RM788.00, tapi ibu beli RM600.00 ++ je. Ada yang berminat nak beli ke? Boleh email nama dan no telefon ke zefa_asmara@yahoo.com. Nanti ada pihak yang akan hubungi anda semula..

Hingga jumpa lagi, salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam

7 comments:

  1. Memang berbaloi la beli..sy takda budget nak beli.uwaaa...

    ReplyDelete
  2. bestnyer...lps ni makin bersemangat lah..sbb byk sgt kegunaan ni.. sgt berbaloi

    ReplyDelete
  3. Waaa.. kita gang periuk magic noxxa lerr...
    Tapi Mrs. A lebih suka membaking dari masak-masak.
    Tapi kalau memasak memang menjimatkan masa kanss....

    ReplyDelete
  4. ky pun dengar cerita kawan2 best sangat priuk ni. bak kata awaklah..belum ada keperluan mendesak nak beli..dimasa lain tak tahulah kan..tetiba teringin pulak..

    ReplyDelete
  5. hari tu mmg ada ushar2 nak beli Noxxa ni haha.....tp blm berkesempatan. Ramai yang kata best pakai noxxa.....

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...