Follower

Sunday, November 13, 2011

Buat Sendiri: Serbuk Roti @ Breadcrumbs


Assalamualaikum wbt..


Semalam, mula-mula ibu kata tak nak buat sarapan. Nak ajak ayah makan di luar je.. Sekalinya, anakanda bertuah Yusuf dan Maryam sudah lekat depan tv. Hujan pula tu.. Jadi ibu pun dengan langkah gemalai masuk dapur tengok apa yang ada. Belek punya belek, ibu rasa nak buat roti gulung sosej. Semua bahan ada kecuali serbuk roti a.k.a breadcrumbs.

Hujan.. tak adanya nak keluar semata-mata nak beli serbuk roti. Buat sendiri je senang. Dalam masa 10 minit.. taraaaaaaaaaa..

v

v

v


Serbuk roti.. Home made je.. :D

Ibu kongsikan di sini cara-cara nak buat serbuk roti. Ada banyak cara nak buat, kawan-kawan pilih je yang mana satu..

Cara-Cara Buat Serbuk Roti

Cara 1 - Oven atau toster

Cara yang ni ibu baca dalam internet. Bakar roti dalam oven atau toster, kemudian ramas sehingga hancur. Ibu ni, oven tak ada, toster tak ada, jadi kena cari cara lain.

Cara 2 - Simpan dalam peti sejuk

Cara yang ni pun ibu baca dalam internet. Simpan roti dalam peti sejuk selama 3-4 hari. Setelah keras, hancurkan hingga menjadi serbuk. Yang ni ibu dah mula nak cuba dulu, tapi sebab namanya pun simpan, terus tersimpan sampai roti tu pun dah lama sangat expirednya. Kensel.. Hehe..

Cara 3 - Jemur

Cara yang ni kawan pejabat ibu yang ajar. Ibu dah cuba dah dulu.. sekalinya tak sempat roti tu kering dah kena makan dengan kucing. Kensel lagi.. Haha..

Cara 4 - Goreng tanpa minyak

Cara yang ni idea ibu sendiri (tapi mesti ada orang lain buat juga kan..?). Ibu koyakkan roti kecik-kecik, kemudian goreng dalam kuali tanpa minyak sampai dia garing. Kemudian blend dengan blender kering. Siap.. :D

Senangkan? Apalagi, lepasni tak yah beli serbuk roti dikedai. Buat je sendiri..

Ps: Tunjuk serbuk roti je lah ye.. Roti gulung sosej tak ada gambarnya..



18 comments:

  1. saya selalu guna yang cara 1 tu :) mudah sangat kan....

    ReplyDelete
  2. Assalam Zefa..belum pernah acik jumpa resepi nak buat breadcrumbs ni.
    terima kasih ye..insyaallah nak cuba jugak nanti..

    ReplyDelete
  3. oooo,mcm ni caranya...
    sbb,kaklong pun tak ada oven & toster..heheheh!!

    eh,dlm microwave boleh tak?

    ReplyDelete
  4. Acik Erna: Sama2.. sy pun dpt dr internet dan kawan.. jd sy syer dgn kawan2 di blog.. :D

    ReplyDelete
  5. Klong: masuk mikrowave takut roti tu jd liat.. bukannya garing. Tp kak long cuba la.. sy agak je tu.. :D

    ReplyDelete
  6. owh...begini caranya..senang banget..hihi..lps ni boleh la buat jugak :D

    ReplyDelete
  7. sy selalu buat roti gulung belasah jer tak boh serbuk roti.hehe..

    boleh dipraktikkan nti..:)

    ReplyDelete
  8. ibu yg kreatif, apa saja akn brjaya....

    ReplyDelete
  9. blh try ni.. sbb umah sy pun xda oven.. hahha

    tpkan, roti gulung sosej tu macamana.. main gulung2 je ke..? so, bila nak guna serbuk ni?..

    alaa nak try jugaklah.. tp blh tak tunjuk sikit or bg resepi roti gulung tu.. xdapat imagine roti tu camne :-)

    ReplyDelete
  10. blh cuba lepas ni. thanks for sharing.

    ReplyDelete
  11. tapi kan sebuk roti 2 lau nk wat die jd kuning keorenan mcm yg salut kt nuget 2 cmne yer?

    ReplyDelete
  12. Serbuk roti tu bole simpan lama2 tak? Ke kena ikot expire date jugak?

    ReplyDelete
  13. Wah!thnkx sbb share..xpyh susah2 kua g cr serbuk roti semate2..huhu

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...