Follower

Friday, November 18, 2011

Dugaan Apakah Ini.. JIwa Terus Kacau..


***************

Sangat-sangat tidak selesa.. Kepala sakit, berserabut, berkecamuk. Jiwa bergelora.. kacau!! Rasa ingin memberontak. Namun harus kuluahkan pada siapa?

Allahu Akbar!

Pulang rumah di malam hari.. Tinggal lah suami.. Tinggallah anak-anak.. Hanya kerana sesuatu yang lagha.. Tidak adakah yang lebih 'murni' untuk dipersembahkan. Hanya jerit lolong, sama agaknya jika boleh diperlihatkan syaitan-syaitan yang berjoget kegembiraan dengan kelalaian anak-anak Adam!! Sungguh ramai berpesta di luar sana.. di surau? Boleh di kira..

Jika itu yang dikatakan 'jalan' untuk membangkitkan mereka yang rebah.. Manakah buktinya! Yang ada hanyalah mereka rebah kerana memilih 'jalan' itu..

Huhh!!

Saat jiwa kacau ini, aku ingin menemui Tuhanku. Namun dugaan lagi..

Air tak ada la pulak.. Nak bersuci pun tak boleh. SYABAS ni pun tak reti-reti nak bagi notis kalau nak buat itu ini.. Grrrr..

Sub kontraktor kampeni tangah korek-korek jalan betulkan entah apatah.. Bagi la notis kalau ye pun..


Ps: Ini adalah entry luahan perasaan. Dari mengamuk tak tentu pasal, baik luah jelah kat blog sendiri. Kawan-kawan tak perlu komen jika rasa tak perlu ye.. Terima kasih.. :D

Pss: Harap-harap air cepat ada, bolehla ibu yang dah masem ni mandi, solat dan zzzzzzzz. Besok kena kerja lagi.. Tinggal lah anak-anak lagi.. :-(



11 comments:

  1. kalau yg ni memng kacau kak..fuhh bewrape hari kene catu tuh?kat sini pun same dulu..naseb tangki ade due ke tangki satu tapi besar lupe ;P

    ReplyDelete
  2. sgt memahami jiwa kacaumu kak zefa..tenang dulu ya!istighfar..

    ReplyDelete
  3. kita pun rasa kalo takde letric okey lagi..jangan takde air. Semua rasa tak kena..

    p/s: erkk..ada 'pesta-pestaan' ke kat s.alam??

    ReplyDelete
  4. UM: takde berhari pun sebenarnya, cuma beberapa jam. Masalahnya air simpanan dah habis sbb takde air dr ptg.. Balik2 kerja nak mandi dan solat takde air, tu yg tensi tu..

    ReplyDelete
  5. PK: Terima kasih kerana memahami.. alhamdulillah, pagi ni dah ok dah.. hehe..

    ReplyDelete
  6. LL: pesta-pestaan dlm kerjayaku.. err, tak leh ulas lebih2.. hehe..

    ReplyDelete
  7. Mama A&A: hehe.. kisah tak ada air..

    ReplyDelete
  8. memang tensen kalau air tak de....semua kerja terbengkalai...

    ReplyDelete
  9. sabar je la ibu maryam dgn yusuf.

    ReplyDelete
  10. Kadang-kadang jiwa kacau ni akibat bisikan kecil syaitan yang terus memanaskan perasaan... istighfar banyak-banyak.. ini pesanan buat diri sendiri juga :)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...