Follower

Sunday, October 16, 2011

Nasi Dagang Terengganu..

Assalamualaikum wbt..

Hari ini dalam sejarah!! Setelah 8 tahun menjadi suri dalam hidup anak Terengganu, hari ini ibu buat Nasi dagang Terengganu dengan air tangan sendiri. Kalau setakat gulai tu, pernah lah buat, tapi nasinya ini adalah KALI PERTAMA.. (Bertuah betul ibu Yusuf dan Maryam ni.. :-)


 Nasi dagang dan adik-beradiknya.. Biasa ibu buat gulai dengan Rempah Cap Bunga Ros, tapi takde stok. Ibu guna rempah kari ikan je.. Acar tu pun ibu tak guna timun, ibu guna kobis dan lobak merah je. (Ikut style my MIL punya acar..)


Zoom nasinya.. Ayah kata lulus!! Gambar yang blurr.. Lampu kat dapur ni romantik sangat.. :-(

Kalau ikutkan, ibu tak la suka nasi sangat nasi dagang, sebab ada unsur-unsur pulut. Tapi sejak rajin intai blog masak-masak ni, semangat pula nak cuba.
Ibu guna gabungan dari Mesra.net dan My Resepi sebagai rujukan. Sukatan bahan ibu letak sesuka hati je, sebab nak makan dua orang je pun. Anak-anak tak layan Nasi Dagang..

Sebagai bukti ibu masak sendiri nasi dagangni, ibu tepek la picas yang sempat ibu snap masa masak tadi.. Hehe..


 Ini gabungan beras dan beras pulut yang dah direndam semalaman.. Sedia untuk dikukus..


 Beras yang dah dikukus untuk pusingan pertama..


 Beras digaul dengan santan cair dan air sebelum dikukus untuk kali kedua..


Selepas kukus kali kedua, gaulkan nasi dengan santan pekat, halia dan bawang merah yang dihiris halus serta halba yang dah direndam. Boleh terus dihidang. Tapi ibu letak dulu dalam rice cooker dan keep warm..

Kawan-kawan yang nak cuba buat silakan. Search je kat tenet keluarlah nanti resepinya.. :D

Ps: Suka tak nasi dagang?

17 comments:

  1. suke tapi mcm kak zefa jugak sket2..akak org mane ye? ni yg lulus kt ayah ni mase awal2 dulu..resepi ganu sume dlm hati ;)

    ReplyDelete
  2. wah.. atie suka sgt. nasi daging klate pun sedap.ganung pun sedap jgk.. suami org kawasan mana?

    ReplyDelete
  3. bsb suka gak? tapi anak2 tak suka. selalu beli jer kat opis for b'fast.

    ReplyDelete
  4. suka sangat-sangat...tp tak ada la makan berkali -kali dalam sehari, nanti muak pulak...

    ReplyDelete
  5. saya masa mengandung auni dulu, suka juga makan nasi dagang hehe. Tapi sekarang ni kurang sikit...rasa muak pula bila makan

    ReplyDelete
  6. mestilah suka kak nasi dagang tp tak pernah buat sbb rasa mcm leceh hehe..tgk akak buat mcm senang je tp tgk daun pisang terus pk mana nak cari? hehe

    ReplyDelete
  7. naakkk...sedaapp!! kompem LULUS A+ :-))

    ReplyDelete
  8. cayalah, pestime buat dh menjadi..
    errrkk, sy pun org ganu tp x gheti nk wat.. ;-P *maluuuuu**..

    ReplyDelete
  9. alamak saya x makan nasi dagang la...

    ReplyDelete
  10. UM: ala2, baru belajar2 sebenarnya.. :-)

    Neon: apa agaknya rahsia isteri bos tu, sampai ada yg suka sgt dgn nasi dagang dia tu..mesti sedap sgt kan.. :D

    Kaklong: saya makan aje, cuma tak tersenarai dlm senarai kegemaran.. :D

    ReplyDelete
  11. Atie: en ayah org kuala terengganu.. :D

    MB: Cayalah! pasni nak try bubur lambuk ganu pulak lah..

    BSB: samalah, yusuf dan maryam pun tak suka..

    ReplyDelete
  12. KakAya: betul kak, makan byk2 muak. sbb ada pulut dan santan..

    Ps: tula kan, kadang2 selera kita masa mengandung berbeza dgn masa x mengandung.. :D

    Izan: senang je, cuma mabil masa juga lah.. sbb kena kukus dua kali..

    ReplyDelete
  13. LL: belum A+ lg le.. en abang tu entah nak sedapkan hati isteri je kut.. hehe..

    Leily: hehe.. ibu yusuf pun baru je ak belajar2..

    Amy: tak apa, lain org lain citarasa..:D

    ReplyDelete
  14. cik ina tak pernah lagi makan nasi dagang, tapi ada keinginan nak cuba.baguslah ko tunjukkan caranya, nanti cik ina senang bolehlah menerai.tahnks:)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...