Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Lama dah rasanya ibu tak buat entry tentang pencapaian Jemari Asmara. Akhir sekali, masa bulan Mac yang lepas. Biasanya, ibu akan tengok pencapaian melalui akaun Nuffnang. Tapi sejak tandus BE setelah sekian lama, jadi kerajinan nak meninjau akaun nuffnang tu agak terbantut.
Ada juga hantar tiket kepada pihak nuffnang, kemaskini survey pun sudah juga.. tapi belum ada rezeki nampaknya. Hmmm, abaikanlah. Ada rezeki nanti adalah..
Di atas adalah pencapaiaan terkini yang direkodkan dari 25 - 31 Julai 2012. Kali pertama UV mencecah 4k dalam seminggu. Akhir sekali ibu buat entry pada Mac 2012 pencapaian terbaik pada masa itu adalah 2k. Mungkin pada orang lain ianya biasa-biasa aje, tapi bagi ibu iannya satu angka yang besar. Walaupun berblog untuk suka-suka, tapi kalau pencapaian meningkat siapa yang tak suka kan? Samalah isunya dengan BE tu.. hohoho..
Di atas ini pula keyword yang membawa pelayar internet sampai ke Jemari Asmara. Nampaknya dua isu yang sering sangkut adalah resepi dan dekorasi rumah. Yelah, puasa-puasa ni orang cari resepi nak masak apa untuk berbuka. Nak raya pulak tu, masing-masing nak mencari idea nak menghias rumah. Hmmm, ni ada potensi UV jatuh balik lepas raya ni. Cuma mushkil, kenapa ramai yang cari 'main dalam klinik' tu. 'Main' apa yang mereka cari?
Penyumbang traffic.. terima kasih Koleksi 1001 Resepi dan En Google..
Sesungguhnya, tak rugi ibu join Wowww 1001 Giveaway anjuran anjuran Koleksi 1001 Resepi. Dah lah dapat hadiah, dapat makan-makan di Restoran Rebung, dapat berjumpa chef-chef popular dan yang terkini meningkatkan tarffic ke Jemari Asmara. Terima kasih Kak Ida.
Cuma, dengan sangat dukacita ibu terpaksa surrender dalam satu GA anjuran Shahriah Abdullah yang ibu sertai baru-baru ini. GA tu menarik, tapi ibu memang tak terkejar. Minta maaf banyak-banyak Kak Sha, tak mampu saya nak bermarathon.
Faktor kehilangan broadband adalah satu faktor utama. Sejak tak ada broadband, ibu berinternet hanya bergantung pada tab dan pc pejabat. Di pejabat sah-sah terkejar-kejar dengan tugasan. Biasanya ibu ambil masa diawal pagi ataupun waktu rehat. (Syyy.. jangan bocor rahsia ek. Nanti bos ibu tahu.. huhuhu..)
Dan tab pulak, alahai.. sangat susah. (Susah pada ibu Yusuf yang bukan kaki gejetlah..) Tab tu pula ibu guna Umobile yang RM28.00 sebulan tu. Tapi alahai, baru top up beberapa hari mesti dah used up kuotanya.
Penyelesaian ada sebenarnya, beli je broadband baru. Selesai masalah.. Tapi nanti dululah. Ada yang lebih penting dari itu. Lagi-lagi nak raya ni kan..
Hehehe.. Kat atas tadi macam entry suka hati. Bila sampai bawah jadi macam entry sedih la pulak. Inilah namanya kehidupan, kadang kala kita gembira, kadangkala kita sedih. Apapun, hidup mesti diteruskan..
Terima kasih pada semua yang sudi singgah di Jemari Asmara. Terutama pada sahabat blogger terima kasih masih sudi singgah walaupun ibu Yusuf sekarang jarang bw.
Salam sayang buat semua.. :D
wahh..ramai yang singgah sini ni..:)
ReplyDeleteramainya .. banyak betul .. saya nak cecah 100 pun payah huhuhuhuhu
ReplyDeletewah bestnya.. tahniah :-)
ReplyDeletebestnya k.zefa ramai tu, memang betullh tak sia2 join GA Kkida..traffic Sal pun banyak meningkat sejak join GA tu..
ReplyDeletebnyknye..thniah
ReplyDeletewahh ramainya peminat k.zefa..tahniah:)
ReplyDeletealhamdulillah.. tahniah ye.. tinggi tu
ReplyDeletetahniah...pencapaian yang sangat baik berbanding TM ni...kdg2 tak sampai 100 pun UV haha :)
ReplyDeletewahhh best nyer...
ReplyDeleteAs'kum Zefa tak mengapa akak faham situasi Zefa... apa pun plz in box alamat kat Fan Page Kak Sha yaa.. selamat berpuasa.. :)
ReplyDeleteAs salam,
ReplyDeleteWah, sgt2 kagum tgk pencapaian ibu yusof! Tahniah2! BW slow2 ek! Marya pun buat mana yg sempat je :))
Selamat berpuasa!
Alhamdulillah. Pencapaian yg bagus :)
ReplyDeleteRajin2lah selit iklan yg muncul di blog. Insyaallah dpt lah BE :)
Salam...
ReplyDeleteTahniah..selamat berpuasa
TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH...
ReplyDeletewahhh....byk nye pengunjung...:)
ReplyDeletebuat dayah bersemangat nak usaha lagi..
maksudnya bukan mustahil kita dpt trafik kan..?
err..akak , dyh ada minta akak email kat dayah harga bekas balang kuih tu dua sekali dengan kos pos kat blog akak yg lagi satu tu , akak ada dpt tak?
:)
wah banyak tu..Tahniah!
ReplyDeletepes time singgah sini
ReplyDeletekantoi ek selama ni jadik silent reader blog saya haha
kipidap!
tingginya trafik .. tahniah. Jom join 1st GA yana http://nazlyizan.blogspot.com/2012/08/saya-nak-sampul-duit-exclusive-yana-1st.html
ReplyDeleteTahniah Kak Zefa.. Memang banyak peningkatan tu. Teruskan berblog dan berkongsi info dengan ikhlas...
ReplyDeleteTumpang seronok melihat kejayaan rakan2. Memang Nur tak nafikan GA Kak Ida menjadi penyumbang utama trafik ke blog Nur juga.. Sebelum ni blog Nur cuma dapat 100UV sehari, tapi sekarang dah meningkat sikit ke 200-300UV sehari.
Ok kak, semoga terus sukses.. Nur pun tak pandai guna tab sangat.. Lebih suka guna laptop & smartphone. Good luck ye kak.. :)
akak , takde pun email akak..
ReplyDelete:)
dayah nak dua , konfem , lepas tu pos kat kajang.