Assalamualaikum wbt..
Ini adalah n3 autopublish.. :D
Selamat pagi Khamis buat teman-teman yang datang bertandang. Semalam hari yang agak 'kelibut' bagi ibu dipejabat. Walaupun ibu cuba tenang dan terus senyum, tetapi tetap gagal menyembunyikan 'ketegangan' itu. Hingga ada anak buah di pejabat berkata: "Muka puan dah nak sama dengan warna tudung". (Semalam ibu pakai tudung merah).
Allahu Akbar!! Mudah, mudahan hari ini hari Khamis yang lancar buat kita semua.. :D
Alhamdulillah, Domino's Pizza. Rezeki ibu dan anak-anak malam tadi. Ayah dah maklum awal akan pulang lewat malam .. Ibu yang keletihan dengan urusan dunia di pejabat tak larat masak. Ayah dari corong telefon, cadangkan order sahaja. Kebetulan ibu ada simpan kupon Domino's, maka berDomino's lah kami malam tadi..
Ini kali kedua kami order DP. Tapi bila nak order malam tadi, ibu tak ingat yang lepas kami order apa. Jadi, ibu abadikan menu yang kami order malam ni dalam n3 ni, agar lain-lain kali tidaklah lupa lagi..
Aloha Chicken (shredded chicken dengan nenas).. Pilihan Yusuf dan Maryam. Mula-mula ibu teragak-agak nak order sebab ada nenas. Budak-budak ni bukannya makan nenas pun. Tapi ibu order juga. Rasanya? Sangat best dan anak-anak suka. (Tapi nenas dapat kat ibu ler..) Lain kali boleh pilih menu ini lagi..
Classic Chicken (shredded chicken, mushrooms, onions, green peppers and olives).. Menu pilihan ibu.
Bagi yang meminati rasa authentic (betulke ibu eja tu..?) pizza ni pilihan yang tepat. Mushroom, olives dan rempah yang digunakan tu buat rasa tradisional pizza tu menyerlah. Tapi rasanya kurang menepati citarasa anak-anak.
Mungkin untuk lain kali, kami akan order Aloha Chicken dan satu menu yang lain pula..
Untuk semua di atas ibu bayar RM32.80 untuk pizza yang besar dan pizza yang sedrhana tu percuma dengan tebusan kupon.. Order tak sampai setengah jam dah sampai.
Ps: Suka tak pizza? Apa pizza pilihan anda?
tak pernah order domino, nak try lah nanti
ReplyDeletei like pizza...muahaha
ReplyDeletewah sedapnya..nyum2..tak tau nama la kak selalu yang order husband..saya tau bedal je..maklumle..orang kampung
ReplyDeletehehehehhe
sedappppnyer..
ReplyDeletesuka kak....tp dominos ni tak pernah pun makan lagi.....sian kan...heheheh
ReplyDeleteTina: sila2.. sedap tau.. :D
ReplyDeleteeT: I like tooooo... :D
akula: ibu pun selalu tak ingat apa namanya, tu yg buat n3 tu.. :D
Pn Nina: Sedappppppp... :D
ReplyDeleteYa: ala, kami pun baru makan berapa kali. Tu la, domino tak ada kat SB.. Meh dtg shah alam!!
pernah makan domino's sekali je. itu pun member belanja. dah 6-7 jugak la berlalu. biasa makan pizza hut je.
ReplyDeletesaya pun suka makan domino's pizza :) mmg sedap. Biasanya balik s.alam, ayah long auni akan beli pizza ni hehe
ReplyDeleteBr mkn 2 kali.tp rasanye domino's lg sdp dr pizza hut.tp 2 la..xingat dah order apa..hehe
ReplyDeleteTidak pernah lagi makan Domino's Pizza ni. Agaknya mana sedap dengan Pizza Hut ye
ReplyDelete