Follower

Friday, February 15, 2013

MENGATASI MASALAH KANAK-KANAK OBESITI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Beberapa hari yang lepas, ibu terpandang di FB gambar yang dikongsikan oleh seorang kawan tentang seorang kanak-kanak dari Cina yang berbadan sangat besar dalam usia 4 tahun. Keadaan ini lebih popular disebut obesiti.
 


 Gambar sekadar hiasan dari google

Hmmm.. Obesiti tu apa ya?

 Ibu google makna obesiti; Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. (Sumber)

Risau juga kan? Dengan gaya pemakanan dan gaya hidup serba moden ni, kemungkinan untuk anak-anak zaman sekarang untuk obesiti adalah tinggi.


Ibu teruskan pencarian maklumat dan terjumpa satu entry yang sangat bagus di blog Kevin Zahari tentang;

Obesiti Kanak-Kanak? 10 Tips Untuk Ibu Bapa: 

1. Biar kasih sayang bertempat: Ramai ibu bapa gunakan makanan sebagai tanda kasih dan sayang. Tapi kalau anda betul-betul sayang, janganlah masak atau beli makanan yang menggemukkan sepanjang masa. Nanti yang susah anak tu juga. Kesian dia.

2. Teladan yang baik: Kalau anda sendiri mengalami masalah berat badan, cubalah untuk kurangkan berat badan dan menjadi contoh teladan kepada anak anda.


3. Tetapkan peraturan pemakanan: Disiplin dalam pemakanan kanak-kanak tu penting. Macam cikgu sekolah juga, anda perlu tetapkan waktu-waktu makan, bila makanan ringan dibenarkan dan aktiviti riadah. Pastikan anda enforce peraturan dan garis panduan anda denga konsisten.


4. Makanan ringan untuk hujung minggu: Biarlah makanan sepanjang Isnin-jumaat sihat dan seimbang. Ganjaran makanan ringan seperti ais krim, chips, kuih dan lain-lain sesuai untuk hujung minggu dan cuti sekolah.


5. Masa riadah setiap hari: Di zaman cyberworld, penting untuk memaksa kanak-kanak anda untuk keluar rumah dan melibatkan diri dalam aktiviti2 fizikal seperti bersukan, bermain dengan jiran dan lain-lain lagi. Jangka masa yang sesuai adalah 60 minit setiap hari!
 

6. Kawal masa untuk PS3 dan telefon bimbit: Macam dalam tip di atas, pastikan anda mengawal waktu dan penggunaan alat permainan dan telefon bimbit kerana kedua-duanya penggalak MALAS!
 

7. Sediakan snek yang sihat: Sarapan, makan tengah hari dan malam mungkin lebih mudah untuk dikawal, tetapi makanan di antara hidangan atau snek adalah pencetus kegemukkan kerana ia selalu TIDAK dikawal dan dipenuhi makanan yang TIDAK sihat. Jadi pastikan anda sediakan snek yang mudah dan sihat untuk kanak-kanak anda. Contoh adalah sandwich tuna, cereal oat, buah-buahan.
 

8. Ketahuikah keperluan kalorie anak anda: Setiap individu mempunyai keperluan kalori yang berbeza, termasuklah kanak-kanak. Ia bergantung kepada jantina, umur dan paling penting kadar aktiviti harian kanak-kanak tersebut.
 

9. Buang tabiat lama: Kalau anak anda mengalami masalah kegemukkan, cuba buang tabiat-tabiat yang kurang sihat untuk jangka masa panjang. Pastikan perubahan pemakanan dan gaya hidup adalah kekal supaya ia menjadi tabiat yng baru untuk sepanjang hayat.
 

10. Ia tanggungjawap anda: Jangan serahkan tanggungjawap kesihatan kanak-kanak anda kepada pihak ketiga seperti pengasuh, cikgu sekolah mahupun orang gaji. Kalau lah anda betul-betul sayangkan anak anda, pastikan berat badannya pun dalam kawalan anda.

Tips yang sangat-sangat berguna kan? Semoga berguna kepada kita sebagai panduan dan rujukan.
 
Syukur alhamdulillah, walaupun Yusuf dan Maryam kategori agak berisi tapi tidaklah sampai tahap obesiti.  Ya, kami 4 beranak memang 'sihat-sihat' semuanya. Hihihi..

 Yusuf dan Maryam kesayangan ibu..

Antara ibu dan ayah, ayah lebih tegas dalam pengawalan makanan anak-anak. Cuma tegas-tegas ayah, ayah mudah sangat 'cair' la pulak dengan anak. Huhu.. 

Realitinya, dalam zaman serba iklan di sana dan di sini, kehendak anak-anak terhadap itu dan ini sukar untuk disekat. Jadi sebagai ibu bapa kita perlu lebih bertegas. Bertegas untuk kebaikan anak-anak juga. Kan?

Dan, bukan semua makanan dapat membekalkan khasiat yang secukupnya buat anak-anak. Kami suami misteri mengangkat makanan sunnah sebagai makanan tambahan anak-anak. In sya Allah, ibu akan kongsikan tentang makanan sunnah di entry yang lain pula.

Selain makanan sunnah, ibu juga beri Yusuf;

Omega Guard* dari Shaklee..

Bahasa mudahnya Omega Guard ni minyak ikan. Tapi bukan sembarangan minyak ikan. Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

Secara ringkasnya Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee: 

* Mengawal masalah obesiti
* Mengurangkan risiko penyakit jantung
* Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
* Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak.
*Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
*Membantu menyihatkan paru-paru
*Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll

 Subhanallah.. MasyaAllah.. Besar dan banyaknya nikmat Allah beri dalam Omega 3. Ini baru sebahagian kecil, kalau nak cerita tentang Omega Guard Shaklee ni saaaaaaangat banyak kelebihannya. Untuk lebih lanjut boleh KLIK SINI. Omega Guard Shaklee sesuai untuk semua peringkat usia bermula dari umur 12 bulan ke atas.

Errr.. Ada yang pening ke dengan entry ni. Mula-mula cerita pasal obesiti, lepas tu masuk tentang Omega pulak? Apa kes?

Hehehe.. Kan ibu ada tulis tu, Omega 3 mengawal masalah obesiti. Bukan untuk kanak-kanak sahaja ya, tapi untuk orang dewasa juga.

  
Jadi, jika anda sayangkan kesihatan anda dan keluarga anda.. Jom sama-sama kita ber Omega Guard. Tak mahal pun, in sya Allah mampu beli.

Untuk pembelian dengan HARGA TERBAIK boleh email ibu sebagai pengedar sah Shaklee di zefa_asmara@yahoo.com atau pm ibu di FB: Asmara Collections (Zefa Ibu Maryam)

Terima kasih.. 

   
 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

5 comments:

  1. salah satu usaha, ibu2 kene la masak sendiri untuk anak2 yang baru nk mula solid food...jangan bagi yg instant (nestum)...ape2 yang instant mmg banyak gula & perasa tambahan

    ReplyDelete
  2. betul tu zefa..masalah anak2 skrg adalah obesiti..akak dpt lihat prbezaan anak2 murid akak skrg ramai yg cubby....Syukur Alhamdulillah anak2 akak w.pn boleh thn kuat mkn ttp badan mrk tetap maintain.

    ReplyDelete
  3. bagus omega guard ni untuk kecerdasan minda anak anak ..yg tips tu, insyaallah nanti saya akan cube terapkan di dalam rumah saya ni :D

    ReplyDelete
  4. kalau masih baby nampak comel,,,tapi kalau dah sekolah masih cubby,,,susah juga

    ReplyDelete
  5. aiman pun alami masalah obesiti..dok kawal gak tp tak tau cmna lg..mmg jarang mkn snek,jajan pun mmg sy tak ajar.minum air pun anytime air putih.kt umah mmg tak penah buat air manis.kadang2 jer beli air kotak ke air jus ke tu pun bkn slalu.masalahnya dia kuat makan nasik..tp mmg dh baka beso,ikut abah cmna?hiks..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...