Follower

Sunday, September 21, 2014

Ikan Bakar Sedap di Mak Uda Selera Timur TTDI Jaya Shah Alam

Kami baru balik bercuti dari Terengganu. Jadi mood masak-masak ibu belum mari (best kan alasan dia? Hihi..) Jadi tengahari tadi kami makan Restoran Mak Uda Selera Timur TTDI Jaya Shah Alam.

Dah nama pun Restoran Mak Uda Selera Timur, menu restoran ni memang lebih kepada Pantai Timurlah. Kalau sebelah pagi tu, segala mak nenek nasi dagang, nasi kerabu, nasi berlauk, laksam, pulut lepa, nasi impit, semua ada. menu sarapan biasa macam nasi lemak, me goreng, bihun goreng, roti canai pun ada.

Kalau tengahari macam-macam lauk ada. Nak sebut semua memang tak tersebut lah. Cuma ibu nak bagi tau ikan bakar dia memang best lagi sedap.

ikan bakar sedap di shah alam

Inilah rupa ikan bakar di restoran mak Uda Selera Timur yang ibu kata sedap tu..

Maaf lah, memang sekepingni je gambar yang ibu ada. Tu pun snap sambil lalu masa nak balik tadi. Yang kami makan tak ambik gambar pun.

Ayah order ikan tuka (adik beradik pari), sedap tau. Sambal yang diletak atas ikan tu memang sedap, cukup rasa. Bila perah limau atasnya, perghhhh terangkat. Macam-macam ikan lagi ada; kembung, cencaru, kerapu, dan beberapa ikan lagi yang ibu tak tau namanya.

Okey, di bawah ni ada beberapa gambar hasil Google buat tatapan kawan-kawan.


Alamat restoran.. Kredit pic myhayatiz.blogspot.com





Antara menu sarapan pagi.. Kredit pic explorasa.my


Jadi, buat kawan-kawan area Shah Alam khususnya, dan Lembah Kelang amnya, yang nak cuba ikan bakar bolehlah cuba di sini. Tapikan citarasa orang berbeza-beza, bagi ibu sedap. Nanti kalau anda rasa tak sedap atau biasa-biasa jangan marah ibu pula. Hehe..

Yang mencari restoran khusus untuk selera timur pun boleh cuba di sini. Pilihan memang puas hati, dan harga insyaAllah berpatutan.

Oh ya.. Ini bukan entry berbayar, sukarela tulis sebab memang sedap. Selamat menerjah restoran ni..


7 comments:

  1. tengok pun dah marverlessss kak zefa... comfirm memang sedapppp !! sebab ikan bakar pantai timur memang best.... hehe... pengalaman walaupun sha bukan orang pantai timur....

    ReplyDelete
  2. macam ok jerrr..bole terjah nie..tq for info.

    ReplyDelete
  3. pernah makan kt sini. asalnya lalu je jalan depan kedai ni. tp bila tengok berasap2 kedai sambil pekerja dia bakar ikan dan ayam, terpaksa jugak singgah untuk lunch :)
    #mmg sedap

    ReplyDelete
  4. cawangan ke 5 dah tentulah sedap kan.. emmm yummy

    ReplyDelete
  5. wahh...sedap tu ikan bakar tuuu....nyum2...hehe

    ReplyDelete
  6. nmpk sgt2 menyelerakan menu2 tu zefa.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...