Follower

Sunday, March 3, 2013

NASI DAGANG & NASI MINYAK TERENGGANU DI WARUNG SS19 SUBANG JAYA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ini catatan jalan-jalan cari makan kami minggu lepas. Ayah Yusuf teringin nak makan nasi dagang sedap, sanggup sarapan sejauh 15 km dari rumah. Hehe..

Tak tau dia dapat info dari siapa tentang gerai ni, tapi kami yang tak biasa dengan jalan di Subang Jaya gigih berGPS ke sana.

Serius kata, nasi dagang dan nasi minyak disitu memang best. Angkat ibu jari.. Oh ya, ibu bukan peminat kedua-dua hidangan tersebut tau. tapi ibu boleh kata sedap. Maksudnya? Sila jawab.. Hihi..


Ini bukti kami kesana.. Maryam cinta hati ibu dengan senyuman manis memikat kalbu.. Ececeh


Ini ibu punya.. Nasi dagang yummy-yummy..

Tapi ikan tu tak dihidang macam tu sebenarnya, setiap set lauknya diletak dalam mangkuk. Penuh dengan kuah gulai..


 Gambar ni dari Google.. Ini nasi minyak, dihidangkan samada dengan ayam masak merah atau gulai daging..


Ini pun gambar dari Google.. tengok gulai ikan tongkolnya yang menyelerakan itu.. Kredit..


 Inilah gerainya.. Pun gambar dari Google.. Kredit..

Menurut info yang ibu dapat dari sini, warung ni dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad. Isnin tutup la kut..

Jika anda semua mencari nasi dagang dan nasi minyak Terengganu yang sebenar di negeri Selangor, ibu syorkan anda datang ke sini. In sya Allah, anda akan kata sedap..

Tapi... Haha.. Jangan budget macam sarapan kat warung biasa ya. Kami berempat (ayah ibu makan nasi dagang, Yusuf Maryam makan nasi minyak), jumlah semua termasuk air adalah RM36.00..

Sekian.. 


15 comments:

  1. pasni takyah pegi jauh2, kat sini pon boleh jmpa nasi dagang terengganu...heee

    ReplyDelete
  2. jauhnya cari sarapan..kalau sedap berbaloi la dengan 36rgt tu hehe

    ReplyDelete
  3. tak kesah makan kat warung ke... janji sedap dan puas hati

    ReplyDelete
  4. mahal tapi brbaloi bila mknan sedap.

    ReplyDelete
  5. sy tak makan nasik dagang,klu nasik minyak suka la..mmg btul senyuman maryam menusuk kalbu..:)

    ReplyDelete
  6. bayar mahal asal sedap okay la.

    ReplyDelete
  7. Apa nama kedai nasi dagang ni? Untuk sarapan pagi ada ke?

    ReplyDelete
  8. Minta alamat dan nama kedai. Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. mohon hantar lokasi kedai..berair dah mulut..haha

    ReplyDelete
  10. Tolong bagi map kedai ni tolong laa.

    ReplyDelete
  11. RM36 untuk 4 orang sekali ngan air, sedap lagi tu murah lah. baru RM9 sorang. kopi starbuck 1 dah berbelas ringgit. shabas pada pemilik warung!!!

    ReplyDelete
  12. RM36 untuk 4 orang sekali ngan air, sedap lagi tu murah lah. baru RM9 sorang. kopi starbuck 1 dah berbelas ringgit. shabas pada pemilik warung!!!

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...