Follower

Monday, September 22, 2014

Berangan Jadi Cinderella Tapi Jadi Isteri Shrek la Pulak

Cuti sekolah minggu lepas, kami balik kampung Ayah Yusuf di Kuala Terengganu. Seperti biasa balik kampung merangkap jalan-jalan. Salah satu aktiviti kami semasa di Kuala terengganu, naik kereta kuda ala Cinderella di Pantai Batu Buruk.


 Inilah kereta kuda ala Cinderella tu..

Tapi yang kelakarnya, bila ibu kata ini kereta kuda Cinderella, Maryam kata bukan. Maryam kata ini kereta kuda Shrek. Hahaha.. Ibu baru berangan nak jadi Cinderella dah kena tukar jadi Puteri Fiona..


 'Keluarga Sihat' berkereta kuda..

Masa mula-mula nampak kereta kuda ibu terus teringin nak naik. Cuma risau juga kut-kut mahal tambangnya. Bila tanya, owh murah aje. RM5.00 untuk dewasa, RM3.00 untuk kanak-kanak. Kami sekeluarga ngam-ngam muat satu kereta kuda dengan tambang RM16.00..


 Kuda ku lari gagah berani (sila menyanyi ye)..

Alaa, mana ada lari. Jalan lenggang lenggok je. Pusing 2-3 kali kat situ-situ juga. Bila difikir balik, alahai RM16.00 untuk pusingan secoet tu. Tapi bila difikir dari sudut lain pula, ianya adalah satu pengalaman manis buat kami terutamanya anak-anak. Sekurang-kurangnya, kalau cikgu tanya siapa pernah naik kereta kuda; Yusuf dan Maryam boleh angkat tangan. Ehehe..


 Ibu dan Maryam bertudung bawal ala Henglish..

Ini kali pertama Maryam ibu pakaikan tudung bawal. Baru beli semalamnya di Terminal Bas KT. Alkisahnya, dah lama dia teringin nak bakal 'tudung belit-belit', shawl gamaknya yang dia maksudkan. Tapi ibu mana tau belit shawl, jadi ibu belikanlah tudung bawal lepas tu belitkan. Hihi..

Tudung yang ibu pakai tu bidang 55 dan tudung Maryam bidang 45. Cantik-cantik tudung bawal bercoraknya. Ikut hati nak borong banyak-banyak, tapi ibu sedar ibu tak ada gaji sekarang. Cukuplah sorang sehelai..


Maryam possing ala model kengkononnya..

Lepas naik kereta kuda, layan budak-budak ni main buai sekejap. Di Pantai Batu Buruk ni ada taman permainan. Jadi kalau petang-petang bawak anak-anak main di sini memang best. Sambil teman anak main, sambil menikmati suasana tepi pantai. 

Oh ya, kalau tak nak naik kereta kuda, nak naik kuda sahaja pun boleh. Harganya sama je, RM5.00 dewasa dan RM3.00 kanak.

Cuti sekolah panjang hujung tahunni pun dah tak lama. Bagi yang merancang nak bercuti ke Kuala terengganu, Pantai Batu Buruk ni antara yang menarik untuk dikunjungi. Tapi pantaini tak sesuai mandi tau! Kalau nak mandi boleh ke Pantai Tok Jembal (klik). Cuma tengok juga keadaan dan cuaca masa tu.

Kalau nak shopping atau cuci mata, tak sah datang Kuala Terengganu kalau tak ke Pasar Payang. InsyaAllah lepas ni ibu buat entry pasal Pasar Payang. 

Setakat ini dulu catatan ibu kalini, sesungguhnya ini adalah cuti sekolah pertama pertama dalam sejarah hidup ibu. Ha, apakah? Jemput baca entry Cuti Sekolah Pertama Dalam sejarah (klik).

Hingga jumpa lagi :D


5 comments:

  1. waa...xpela..feeling2 ala princess gittu
    lya pon pnh naik kat sini

    ReplyDelete
  2. best tu kak..mesti anak-anak seronok..

    ReplyDelete
  3. baru tadi komen psl tudung bawal kat blog Irfa, hehehe..

    sepatutnya sewa tu dia kira per kereta.. bukan per kepala... kalau satu kereta RM10 pun dah untung besar

    ReplyDelete
  4. Comelnyaaa Maryam. Akak jarang pergi Pantai Batu Buruk. Orang ramai kat situ kan. Tapi kami selalu ke Pasar Payang untuk beli serunding daging yang sedap.

    ReplyDelete
  5. garang je muka maryam tu... tapi tetap comel... syiok layan kereta kuda ye kak zefa... hihi

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...