Follower

Tuesday, September 23, 2014

Kera Berkeliaran di Shah Alam?


Tetamu tidak diundang. Sila abaikan ketupat itu.

5 Tahun sudah sejak kami berhijrah dari Subang Perdana ke Shah Alam. Inilah kali pertama kami dikunjungi oleh tetamu seperti ini. Tidak tahu dari mana datangnya, tiba-tiba bertenggek di atas kereta Ayah Yusuf.

Kejadian tak lama selepas Maryam balik dari sekolah KAFA. Syukur alhamdulillah, makhluk ni muncul selepas Maryam masuk dalam rumah.

Mula-mula ibu tak perasan, tapi tiba-tiba Maryam jerit; "Ibuuuuu, monkeyyyy! Monkey atas kereta ayah!" ingatkan dia bergurau, sebab selalu kucing yang suka lepak atas kereta. Sekali toleh, Ya Rab!! Mana datang makhluk ni..?

Sebab terkejut lagi terkesima, ibu tak buat apa-apa pun. Tapi tak lama lepas tu dia berlari ke arah jalan..


Lega bila dia berlalu pergi..

Tapi kerisauan tetap ada, setiap kali buka pintu intai-itai dulu, Takut juga tiba-tiba ada yang cak!! Hehe..

Bila Ayah Yusuf balik, ibu pun ceritalah. Mula-mula ayah macam tak percaya, dia kata musang kot. What? Musang? Ibu belum rabun lagi tau. Sekali tunjuk gambar baru dia percaya. Sabar ajelah..

Lepastu ayah buat andaian pulak, mungkin monyet dari kuil terlepas agaknya. Kat belakang rumah kami memang ada kuil, tapi ibu tengok kat leher tak ada tali pun.

Entahlah, mana datangnya memang ibu tak tahu. Wallahu a'alam bissawab..

Errr, kera ke monyet ni?



4 comments:

  1. alahai.. bahaya ni..
    kena report pd jabatan perhutanan..
    takut mbahayakan diri

    ReplyDelete
  2. risau jugak kalau monyet liar..takut kejar orang..

    ReplyDelete
  3. sekarang ni takut le kan... macam-macam mahluk keluar, tapi kes biawak tu yang paling mendebarkan.... selalu tutup pintu dan tingkap

    ReplyDelete
  4. kat shah alam kan? hurmm kalo kwsn hutan logik jugakla kot ada monyet.. tp tu lah betol la tu monyet.. kena hati2 lah ye kak..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...