Follower

Saturday, September 27, 2014

Menu Kampung dan Eksotik di Restoran Lembah Bernam Sekinchan

Jom nyanyi-nyanyi; "Jalan-jalan cari makan. Lalalala.."

Ini cerita awal September yang lepas. Kami sekeluarga telah menjamu selera di Restoran Lembah Bernam yang terletak di Tali Air 9, Sekinchan Selangor. Restoran tersebut terkenal sebagai restoran yang menghidangkan menu kampung dan eksotik. Haaaa, kedengaran menarikkan?

Sebenarnya tak merancang pun nak makan di sini. Kami kebetulan balik kampung dan ada kawan ibu merangkap pelanggan setia Shaklee yang minta ibu hantar supplemen sakit kaki pada ibunya. Ini kali ketiga beliau repeat order supplemen tersebut untuk ibunya. Rumahnya pula betul-betul sebelah restoran ni. Apa lagi, singgah lah kami.


 Restoran Lembah Bernam Sekinchan

Ini pandangan dari hadapan restoran, memang ala kampung sungguh. Halaman yang luas dan mampu menempatkan banyak kereta dalam satu masa. Kami sampai dah hampir jam 2.00 petang, dah lewat kiranya sebab restoran ni dibuka pada jam 11.00 pagi. Menu siap masak pun dah habis..



Menu sedia masak restoran ni terdiri dari masakan selera kampung. Kalau tengok senarai menu ada ikan puyu, sepat, keli, belut, udang galah, ikan baung. Masakan pula ada lemak cili api, lemak kencur, goreng berlada. Eh, nak senarai banyaklah. Ulam-ulaman pun ada..

Tapi masa kami sampai semua yang berderet kat atas dah habisss. Dah tu, kami makan apa? Taraaaaaaa..

v

v

v

v


 Inilah hidangan yang kami order..

Selain menu masakan siap, ada juga menu yang dimasak atas permintaan. kebiasaannya untuk hidangan eksotik. Cuma masa kami datang tu cuma ada ayam kampung, rusa dan landak. Nak order landak, tak tahu lagi rasanya macam mana. Takut pula Yusuf dan Maryam tak makan.

Jadi kami order rusa masak black paper, ayam kampung goreng berempah, ayam kampung masak kari dan ulam-ulaman..

Meh tengok gambar..


 Rusa masak black paper..

Masakannya agak manis dan lebih kepada rasa masak kicap. Black papernya pun tak berapa nak rasa. Tapi bolehlah..


 Ayam kampung goreng berempah..

Mereka guna ayam kampung muda, jadi tak rasa macam ayam kampung. Macam ayam biasa je.. Jadi siapa yang datang jauh-jauh tu, silalah order menu lain yang susah nak dapat di KL. Yang ni kami order untuk meraikan anak-anak yang komfom makan kalau ayam..


 Ayam kampung masak kari..

Yang ni pun sama cerita macam kat atas, ayamnya lembut jadi tak feel makan ayam kampung. Mula-mula ingat mereka salah hantar menu. Tapi bila ibu tanya, jawabnya mereka guna ayam kampung muda. Wallahua'alam bissawab..


Senarai harga menu di Restoran Lembah Bernam Sekinchan..

Untuk senarai harga boleh rujuk pada gambar ni. Ibu ambil di FB Restoran Lembah Bernam. Tapi gambar lama tu, mungkin ada harga yang sudah berubah. Mungkinlah ye..


 Suasana di Restoran Lembah Bernam Sekinchan..

Kami sampai hampir jam 2.00 petang, orang sangat ramai dan menu masakan siap dah habis. Jadi siapa yang berhajat nak datang ke sisni kelak, eloklah datang awal. Jam 11.00 pagi dah buka. Restoran ni beroperasi dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari kecuali hari Jumaat..


 Sebahagian dari bumbung restoran ni beratap nipah..

Menyerlahkan lagi suasana makan di kampung. Bagi orang kampung macam ibu, rasa biasa-biasa je pun. Hihi.. Tapi bagi orang bandar sejati yang nak cari kelainan, boleh la jalan-jalan cari makan di sini. Lagi satu, mereka pasang semburan air di atas bumbung restoran. Jadi dapat mengurangkan rasa bahang di waktu tengahari..


Alamat dan no telefon Restoran Lembah Bernam..

Mana tau ada yang nak buat tempahan kan, silalah simpan nombor telefon tu. Ingat ye, Jumaat tutup..

InsyaAllah, kami akan datang lagi slepas ni. Mungkin untuk rasa landak atau pelanduk pula. Dan kami dah tahu lepas ni, untuk pilihan menu yang lebih banyak haruslah datang lebih awal.

Baiklah, sekian dulu catatan jalan-jalan cari makan kami. Hingga jumpa lagi :D

5 comments:

  1. Hihi.. makanan eksotik kat sana banyak dating jela alkisahnya... sha tercari2 telur belangkas....

    ReplyDelete
  2. wow...makanan esotik tu...mesti mampu menarik ramai berkunjung kesitu....agaknya mcm manalah rasa landak tu ye?????

    ReplyDelete
  3. menu nmpk sedap dan menyelerakan.harus juga terjak kesini bila ada peluang..

    ReplyDelete
  4. Zefa, kalau nak makan landak, cuba order rendang. Sedap sikit. Daging landak ada bau yang tersendiri. Jadi kalau di masak rendang, menenggelamkan bau landak tu. Akak x pernah pergi restoran ni, tapi dulu arwah atuk selalu dapat jerat landak. Puas juga kami makan.

    ReplyDelete
  5. berapa harganya Zefa makanan eskotik ni?
    Mungkin semua dibela sendiri kut. senang nak dpt bekalan.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...