Follower

Thursday, April 11, 2013

PETUA MENGHILANGKAN KUTU DIKEPALA/ RAMBUT


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ya Ampunnnnn.. Budak yang baru je Khatam Muqaddam tu ada kutu. Huhuhu..

Dah hampir seminggu ibu sedar, dan sejak haritulah hari-hari ibu kerjakan kepala dia. Hiiii.. Geli dan gerammm. Habis semua kutu-kutu yang ibu jumpa dah jadi 'jenazah' ibu penyet-penyet. Hihi..

Tau tak kutu kepala macam mana? Eiii.. Tak mau lah ibu tunjuk gambar dia, sebab dalam gambar dia akan jadi besar. Huiii.. Geliii..

Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari. Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala. (sumber)

Mana Maryam dapat kutu? Hmmm.. Komfem dari Taska. Dapat dari siapa pulak tak perlu dipanjangkan cerita, cuma sebagai ibu bapa sebaik sahaja tahu anak kami ada kutu, kami terus bertindak. Owh, tidak sama sekali kami rela membiarkan kutu-kutu itu menghisap darah anak kami.

Ini bukan kali pertama Maryam ada kutu dikepala. Dulu kami gunakan shampoo khas untuk kutu. Tapi bau dia masyaAllah, sangat memeningkan kepala. Kalau bau je dah macamtu, apalah agaknya kandungan shampoo tu kan?

Akhirnya, En Ayah memilih untuk guna cara tradisional. Lebih semulajadi, selamat dan berkesan. Eh, macam tag line Shaklee pulak. Ekekeke..

Caranya mudah je, tumbuk beberapa ulas bawang putih dan gaulkan dengan minyak masak sehingga sebati. Lumurkan pada kepala dan celah-celah rambut hingga rata. kemudian bungkus kepala dengan palstik dan biarkan setengah jam. Lepastu basuh kepala dan rambut bersih-bersih dan keringkan. Ulang beberapa kali sehingga kutu tiada.

Petua hilangkan kutu kepala
 Ibu curi-curi tangkap gambarni dari belakang. Kalau dia sedar, memang dia tak mahu digambar.. Hihi..

Ibu tak tahu ayah dapat petua ni dari mana, alhamdulillah berkesan untuk serangan yang sebelumni. Yang kalini masih tunggu dan lihat, sehingga pagi tadi ibu sisir guna sikat kutu dah tak ada dah makhluk tu. Cuma operasi perlu diteruskan lagi hingga betul-betul bersih.

Apapun, besarlah harapan ibu kalau ibubapa yang lain pun ambil tindakan segera. Kalau kutu Maryam dah hilang pun, tapi yang lain masih ada.. Hmmm, tak mustahil Maryam pun akan berkutu semula.

Jadi semua ibubapa, ayuh bertindak segera kalau tahu anak ada kutu yeee. Semoga petuani dapat membantu..

Bukan budak-budak je tau boleh kene kutu, orang dewasa pun boleh. Ekekeke.. Tapi orang dewasa lebih berhadapan dengan masalah rambut gugur. Betul tak?

Ibu nak kongsikan satu video perkongsian seorang ibu muda yang berhadapan dengan masalah rambut gugur, tapi sekarang tidak lagi. Jika anda ada masalah rambut gugur, wajib tengok ni..


Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.

Ps: Sebarang maklumbalas atau pertanyaan lanjut tentang produk yang dinyatakan dalam video, boleh dinyatakan diruang komen atau boleh hubungi ibu melalui email: zefa_asmara@yahoo.com 

15 comments:

  1. heheheh.. kelakar Maryam..

    betul, kalau tak dibanteras sehingga ke akar umbi memang tak berkesudahan masalah kutu ni...

    ReplyDelete
  2. dulu msa kecik² saya selalu kene, tp dah besar ni.. takdalah pulak.. sy pun heran.. hilang sendiri...

    ReplyDelete
  3. Dulu anak2 kak Nurul pun ada kena kutu nie,tp pki shampo beli kat farmasi je,x tahu rupanya ada cara traditional nak hilangkan.

    ReplyDelete
  4. dulu masakecik mmg dh agak normal lakepala adakutu.sbb tu la nama sy puan kutu.muahaha..

    skang ni ssh gak nk jmpk kutu..kepala maryam tu mungkin berjangkit kutu dr sesiapa..bagus petua ni.yg penting tak bau busuk macam ubat yg dr klinik tu kan..

    ReplyDelete
  5. Wah bagus petua ni zefa, boleh akak cuba pd jeeha yg Selalu dijangkiti, akak sikat kutu n hari2 syampu...

    ReplyDelete
  6. Salam Ibu,
    satu petua yang sangat baik.. Insyaallah mummy akan amalkan sekiranya anak2 pun kena 'serangan' yang sama..
    kutu dan taska tak dapat dipisahkan,
    Anak dapat kutu, hati mak-mak yang gundah gelana....

    ReplyDelete
  7. tahun lepas saya pun hadapi situasi yg mcam nie..tapi lepas sapu ubat kat farmasi terus kutu2 hilang.Bukan syampo tau macam tonik rambut memang berkesan sangat. BSB tak ingat nama tonik rambut tue...

    ReplyDelete
  8. petua yang baik. cucu akk pun berkutu semasa di tadika. akk cadangkan potong rambut pendek supaya mudah nak bersihkan bila terkena jangkitan.

    ReplyDelete
  9. tQ.. sy pnye ank sedare pn ade..sy nk cbe la.. confirm kn bleh ilang nie??..

    ReplyDelete
  10. Nasib baik ada petua ni sbb kpla pon da gatal2 dah ni berjangkit ngan anak sedara agaknya sbb tidur sbelah dia . Tapi nak tanya agak2 pedih tak kalau pakai cara tradisional ni ?

    ReplyDelete
  11. masa saya 6tahun dengan form 1 saya pernah kena..cara mak saya lagi stail..dia semburkan ridsect @ shieldtox kat tuala good morning..pastu balut kepala saya..hahaha..sampai ada kutu yg pening2 lalat melekat dekat tuala lepas buka balutan tu..hahaha

    ReplyDelete
  12. cuba browse liceninja.com depa ada buat treatment guna tech LouseBuster

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqvm for info...nak pegilh bawa anak saya

      Delete
  13. saya berjangkit dari adik saya yang berkawan dengan orang yang ada kutu ni. tiap kali keluarga ada kutu, mesti punca dari dia. saya dah sikat sampai dah takda kutu yg jatuh tapi bila pakai tudung atau tak tetap rasamacam ada kutu merayap je. tradisional dan ubat kutu both saya dah guna. tapi masih lagi ada rasa ada benda merayap atas kepala :( ada tips tak untuk ni? :(

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...