Follower

Sunday, March 11, 2012

IRMA HASMIE BERTUNANG


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Irma Hasmie bertunang? Wah, wah, wah.. panas panas!! Bukan cerita Irma Hasmie bertunang yang panas sebenarnya, tapi entryni yang panas. Sangat jarang tau ibu Yusuf cerita pasal artis kat blog dia.. Hmm, sebab bercerita secara langsung tentang artis bukan prinsip ibu Yusuf dalam berblog..

Ada la sekali dua cerita juga.. Kalau tak silap tentang ferrari Datok Siti dan cerita tentang beberapa artis yang datang buat persembahan dalam program yang ibu terpaksa hadir.. Huhu, terpaksa tu..

Tadi jalan-jalan blog Kak Ngah @ Linda Rosman. Kak Ngah cerita tentang Irma Hasmie bertunang. Untuk info klik je lah blog Kak Ngah tu ye..

Cuma, ibu nak ulas sikit tentang Irma Hasmie ni dari kaca mata ibu sendiri. Ibu suka tengok dia bertudung.. Cantik.. Nampak sopan.. Manis je.. 

Syukur alhamdulillah dia terbuka hati untuk menutup aurat. Ibu harap dia akan lebih memahami maksud menutup aurat selepas ini. Kalau tudung bukan sekadar tutup rambut, tetapi mestilah labuh. Kalau baju bukan sekadar tutup badan, tetapi mestilah longgar dan tidak menunjukkan bentuk tubuh.. (Pesanan untuk diri sendiri juga..)

Dalam Kursus Srikandi Cemerlang baru-baruni pun, ada peserta yang menyebut-nyebut tentang Irma Hasmie. Maknanya dia juga dipandang sebagai salah seorang ikon Muslimah. Alhamdulillah.. 

Ibu harap di dapat kerjasama dari semua pihak untuk delete semua gambar-gambar lamanya. Kawan-kawan blogger, ayuh semua delete jika ada dalam entry kita.

 Ibu akhiri entry ni dengan 3 keping gambar Irma Hasmie.. Bukan tangkap sendiri, tapi Google mari.. Hihihi..


 Cantik..


Manis..


Sejuk mata memandang..

Ps: Ini kira entry SEO tak?


Update: Irma Hasmie telah bertunang pada 24 Mac 2012. Gambar-gambar pertunangan di SINI dan SINI..


9 comments:

  1. Hi NorAsmara, wow! She is really stunning gorgeous.
    Tengok dia boleh lupa nama mak, ha ha.
    And her smile boleh buat saya jalan masuk longkang, ha ha ha.

    You have a nice day, and keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
  2. irma memang chomel... ;) suka dia dgn imej skrg...

    lepas ni menderu2 lah trafik masuk ke blog ni...

    ReplyDelete
  3. akak pun suka tgk Irma bertudung...manis dan sopan...

    ReplyDelete
  4. memang cantik irma hasmie ni bertudung.

    ReplyDelete
  5. zaman utk dia berpakaian seksi dah berlalu..dia dah puas merasa semua tu. bagusla dia kekal imej mcm ni.muka pun nampak berseri kan?

    ReplyDelete
  6. dr dulu mmg suka irma,dh bertudung lg la suka.hehe..

    mmg entri SEO.sti trafik menjunam naik.kak zefa tau tak isu sbpa batal hari tutrafikblog sy naik mendadak.selalu uv around 300 ja tp hari tu nak dekat 900 ok.haha..(standrt blog picisan)

    buat entri seo ni mmg best,tp takde kepuasan dlm menulis.mana taknya setiap blog dok cerita benda yg sama..:)

    ReplyDelete
  7. Cantik Irma.. Tambah2 dah menutup aurat macam ni.. Harap2 dia terus berubah lebih baik, barulah layak dijadikan ikon..

    ReplyDelete
  8. akak pn mcm zefa, irma lebih manis setelah brtudung......

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...