Follower

Saturday, June 9, 2012

PERBEZAAN DI ANTARA SEDEKAH DAN HADIAH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pagi tadi berlaku sesuatu di tepi rumah hingga buat ibu buat status di FB. Pada yang dah lama add FB ibu mesti tahu ibu bukan jenis yang suka lepas geram di FB. Buat status pun jarang-jarang. Tapi pagi tadi terbuat la pula.. Huhu..

Apa isunya, tak perlulah ibu nak perbesarkan di sini. Cuma bila ibu buat status tu adalah kawan-kawan yang tinggalkan komen. 




Sebahagian komen-komen tu buat pengetahuan ibu tentang perbezaan sedekah dan hadiah goyah. Nak rujub balik dalam kitab, kitab tah mana-mana. Haduiii, nampak sangat al 'ilmu fil kutub ma fissudur. Adik-adik, anak-anak, belajar betul-betul. Simpan ilmu didada jangan jadi macam ibu Yusuf ya..

Jadi ibu search balik diinternet. Alang-lang dah dapat info, kongsi je lah terus di Jemari Asmara. Sama-sama kongsi ilmu..

Sedekah Atau Hadiah

Soalan

Assalamualaikum Ustaz, 

Boleh saya tahu apakah perbezaan antara Sedekah dan Hadiah? Betulkah sekiranya diri ini mampu (dan dilayakkan berzakat, etc) saya ini tidak layak menerima sebarang sedekah samada dalam bentuk wang atau pun barangan dari sesiapa? Kebiasaan bila ada sahabat memberikan sesuatu dalam bentuk wang atau barangan makanan atau belanja makan, mereka akan menyatakan sebagai sedekah. Adakah ini betul? atau ia tidak boleh dikira sedekah? Minta penjelasan dan tunjuk ajar. Terima kasih

Jawapan

waalaikumussalam.
Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Arab: صدقة‎) yang bermaksud benar.
Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah.
manakala hadiah ialah pemberian yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain berdasarkan kepada sesuatu sebagai penghormatan semata mata.
 
Seandainya anda mampu dari segi kewangan, apa yang dilakukan oleh kawan anda adalah dianggap sebagai hadiah bukan sedekah.

Sumber 

Update: Status tersebut telah ibu delete..

6 comments:

  1. Terus tgk FB ;) biasalah org mcm2 ragam. Kalau saya mesti terkejut dan rasa nak marah juga. Tp biarlah.. dia buat kt kita esok2 org buat kt dia pula.

    Suami saya pula. Tuan rmh lama tgglkan pasu cantik. Habis dibuangnya. Bebel jugalah saya. Ckp tak baik buang. Baik bg mak saya yg berkenan kat pasu tu :)

    ReplyDelete
  2. Mudahn kita tak terkeliru antara dua ni...bg saya sedekah lbh kpda duit... hadiah lbih kpada barang...

    ReplyDelete
  3. biasalah tu zefa..bila hati tgh sakit n geram trkdg kita xboleh kawal perasaan....Suami akak slalu pesan, bila tgh marah terus minum air sejuk dan lepas tu ambil wuduk..InsyaAllah, perasaan kita cpt sejuk.....

    ReplyDelete
  4. dah delete ye kak? tak apa la. nak marah2 org sgt pun tak boleh jugak. tp tu la. saya tak sedekah pun. apatah lagi bagi hadiah percuma kat awak. senang2 je awak ambik ye. hahaha...

    ReplyDelete
  5. baru sempat nk singgah..baru balik kg..heeh

    tq for d info..tapi masih tak faham pokok cerite hee

    ReplyDelete
  6. Biasalah Zefa, kadang kala nak juga luahkan perasaan. Jgn sampai menjatuhkan maruah orang sudahlah kan..

    Pasal hadiah & sedekah ni, mmg ramai yg silap.. Apa2pun kedua2nya perlukan keikhlasan.. betul tak??

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...