Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Ibu Yusuf adalah pengguna setia Lebuhraya Persekutuan.. Shah Alam - Klang - Shah Alam, mahupun Shah Alam - Petaling Jaya - Shah Alam. Jadi memang selalulah lalu Tol Batu 3 dan Tol Sungai Rasau.
Hari-hari lalupun, dah namanya manusia. Tak lari dari kesilapan. Ibu adalah pengguna setia Smart Tag, jadi tak perasan ada beberapa lorong tunai dah berubah jadi lorong touch n go.
Semalam, sebab kredit touch n go ibu dah habis, ibu lalulah satu lorong tu yang sebelum ni tunai. Rupanya dah tukar jadi lorong touch n go. Maka ibu pun kena marah dan bebel oleh perempuan yang duduk dalam pondok tol tu. Okey, ibu akui silap ibu sebab tak prihatin. Tapi apapun, ibu tetap pelanggan yang setia menyumbangkan sebahagian gaji untuk membayar tol setiap hari. Apalah salahnya, terangkan elok-elok. Ibu Yusuf bukannya bodoh saja-saja nak masuk lorong touch n go dan berniat nak bayar dengan tunai. Kita tak perasan lah.. Huh!!
Jadi perhatian kepada semua pengguna Lebuhraya Persekutuan, sila ambil perhatian bahawa sebahagian lorong tunai Tol Batu 3 dan Tol Sungai Rasau dah bertukar menjadi lorong touch n go. Sila prihatin ya kalau tak mahu kena marah macam Ibu Yusuf kena..
Sekadar gambar hiasan. Ini Lebuh Raya Karak..
tak patut dia marah tau! Kita tak perasan kan, mesti tengah datang bulan tu...hihi
ReplyDeleteItu baru je duduk dalam pondok tol.. Kalau duduk kat kerusi Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia entah macam mana lagaknya..hehe.
ReplyDelete"Budi bahasa budaya kita"
dia ada masalah la tu. mungkin dia penat terangkan sbb ramai sgt yg dh slh masauk. mgkn dh smp 10000 org. jdk mulut dia pun rasa letih nak terangkan lagi. hehehe...
ReplyDeletesiannya kena marah.. kita bukan sengaja nak bodohkan diri sendiri atau nyusahkan oranglain.. sama sekali tidak kerana ia mungkin mengundang malu pada diri kita sendirikan.. bukan sengaja pun..
ReplyDelete