Follower

Friday, June 8, 2012

MAKAN-MAKAN @ NASI LEMAK LIDO, KLANG


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Bersua kembali.. Ibu Yusuf simpan dulu entry kisah di Terengganu tau. Harini ibu Yusuf nak kongsi satu tempat makan-makan. Ibu tengok popular la juga restoranni. Ibu selalu bertembung dengan pegawai-pegawai kerajaan makan di sini. Ibu pernah jumpa orang pelajaran, kesihatan, MPK, polis, bomba, LPPKN, JAIS, AADK dan banyak lagilah. Tu pun kalau mereka pakai pakaian seragam atau baju korporat, kalau pakai baju biasa memang tak kenal. Bos-bos di daerah Klang sekelian, kalau anak buah anda hilang di waktu pagi boleh cari di sini. Hehe..

Ini dia restorannya, Restoran Nasi Lemak Lido..

Restoranni terletak di Leboh Gopeng, Klang. Kalau tahu Ocean lama Klang, dekat-dekat situlah. Cuma jalan di Klang ni susah sikit, banyak sangat one way, kalau terlajak memang jauh lah nak berpusing balik.  

Paling senang kalau tahu Gold Course Hotel. Hotelni besar dan tinggi, masuk Klang je mesti nampak. Parking je depan hotel, depan hotel tu ada 7Eleven, belakang 7Eleven tu lah restoran Nasi Lemak Lido ni. Nak senang lagi gunalah GPS.. hehehe..

Restoranni memang khusus jual nasi lemak. Tapi adalah juga sampingan macam bihun goreng, me goreng, roti bakar.. dan hanya dibuka dari awal pagi hingga tengahari sahaja.


Motif gambar?


Lagi.. motif gambar?

Hahaha.. Motifnya adalah, nampak wanita ayu bertudung hijau lumut tu? Dia bukan tokey restoran, tapi dia tokey Jemari Asmara. Kih kih kih.. Maaf, sekadar selingan..

Nampak tak pekerja restoranni? Mereka ada baju tshirt seragam yang menyerlahkan lagi identiti mereka. Ibu suka dengan layanan puan tokey dan semua pekerja-pekerjanya. Mereka sangatlah ramah tamah..


Okey, inilah hidangan utama nasi lemak Lido..

Nasi lemak yang dihidang dengan telur rebus, ikan bilis, udang geragau, timun, kangkung dan sambal. Memang begitulah cara hidangannya, kecuali kalau kita minta nasi lemak kosong. Oh ya, harga sepinggan nasi lemak seperti di atas RM1.70 sahaja.. :D


Lauk-lauk sampingan..

Setiap lauk sampingan di sini akan dihidang dalam pinggan-pinggan individu. Habis makan nanti, tokey akan kira berdasarkan pinggan-pinggan yang ada. 


Lagi lauk-lauk yang ada..

Ada ayam goreng, ayam sambal, sambal kerang, sambal sotong, hati goreng, pedal goreng, telur dadar, bergedil.. 



Syyy.. tokey tengah kira RM. :D

Kebersihan restoranni gred B. Tapi bagi pandangan kasar mata ibu, kebersihannya memuaskan. Pernah tumpang tandas, tandasnya bersih. Lantai dapurnya pun bersih. Cuma ibu tak suka dengan asap rokok dalam restoranni..

Buat penggemar-penggemar nasi lemak dari sekitar Lembah Klang, ibu memangkan syorkan untuk cuba nasi lemak di sini. Dari segi rasa, rasa nasi lemaklah. Tapi cara  ia dihidangkan sedikit berbeza dan ada kelainan dari nasi lemak yang biasa kita makan. Jadi, tak rugi mencuba..

Harap maklum juga, ini bukan iklan berbayar ye.. Ini adalah catatan berdasarkan pengalaman ibu makan di sini. Seperti biasa, apa-apa yang best.. harus dikongsi bersama pembaca Jemari Asmara


Sekian catatan ibu Yusuf dan Maryam. Hingga jumpa lagi..

15 comments:

  1. hehehe terperinci akak cite pasal kedai ni yer...
    bagus2, dapat info jalan2 cari makan...terus kite lapa :)

    ReplyDelete
  2. tapi kita tak suka kangkung..agak teruja nengok ikan bilis tu..sedapnyaa

    ReplyDelete
  3. eh blh tahan jgk la kan harga nya. murah la. nampak mcm sedpa je. huhu.

    ReplyDelete
  4. nampk menyelerakan..hurm bila2 turun Klang boleh singgah kot :D

    ReplyDelete
  5. bila dihidangkan lain daripada biasa memang buat kita berselera. eh, saya la tu.

    ReplyDelete
  6. tergoda tgok nasik lemak.baru je nak kembali kepangkal jalan hari nie.semalam timbang naik sekilo.haha..

    ReplyDelete
  7. Nama kedai biasa dengar. Saya duk p.klg selalu pergi s.alam. Zefa pula rajin ke Klang ;)
    Nampak sedap. Ada masa boleh cuba

    ReplyDelete
  8. aiseh...banyak kedai makan area Shah Alam dan Klang yang mesti dicuba ni hehehe

    ReplyDelete
  9. nampak sedap dan murah pulak tuh..bersih bagi A heeh

    ReplyDelete
  10. Sedap + bersih + murah = kalau dekat boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  11. ala, rindunya dgn nasi lemak lido nie...zaman sekolah dulu slalu beli. Favourite sy nasi lemak udang geragau. Mmg sgt sedap!!! Tiap hari makan pun x muak. Tp skrg sejak duk jauh, dah x dpt mkn. Smpi skrg lum penah sy jumpa lg nasi lemak lido nie...mmg kt klang je yg ada...klu klang x jem, tiap hari sy beli!! :-)

    Kepada sesiapa yg belum mencuba, wajib cuba. Sy berani jamin ianya sgt sedap krn sy sendiri dah penah makan. Kira mcm hidangan wajib family sy :-)

    ReplyDelete
  12. nasi lemak lido memang sedap walau pun dah pindah ke sg buloh tetap datang hujung minggu... comfirm 1 pinggan tak cukup.. nasi lemak lido mesti cuba di buka setiap hari 7.30 - 11 pagi

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...