Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Syukur atas rezeki masa kurniaan Ilahi, hari ini diberi peluang untuk mencatat sesuatu di Jemari Asmara. Mulai semalam juga, ibu dah mula berkesempatan menziarahi beberapa blog kawan-kawan. Tak banyak pun, tapi alhamdulillah satu permulaan yang baik selepas dilanda 'ribut kerjaya'.
Semalam, masa bw ke blog Ummi Iman.. ibu terbaca satu entry yang mana tajuknya memberi inspirasi untuk entry ibu hari ini. Terima kasih UI, kerana memberi idea kepada ibu Yusuf untuk menulis dikala idea sedang kering lagi kontang.
Pada dasarnya, program affiliate adalah satu bentuk program yang memberi peluang kepada anda sebagai pengguna internet untuk menjadi salah seorang wakil pemasaran program tersebut atau dikenali sebagai agen. Anda berusaha dan membantu pengusaha atau penganjur program ini memasar dan mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka dan hasil dari jualan tersebut anda akan diberi komisyen. (sumber)
Ibu Yusuf pun ada sertai beberapa program affiliate. Bagi seorang blogger, konsep affiliate ini mudah sahaja, sertai, tampal banner di blog, promosi dan mula jana pendapatan.
Ibu nak kongsikan di sini salah satu program affiliate yang telah ibu sertai. Sebelum ini pun, ibu pernah kongsikan di Jemari Asmara. Ini adalah perkongsian kali kedua.
Ini adalah Program Affiliate yang ditawarkan oleh Agensi Pelancongan Bumiputra HzTour. Senang cerita kita menjadi agen pemasaran atau pengiklanan kepada mereka.
Kita boleh memilih cara pembayaran komisyen, samada minta dibayar komisyen 7-10% berdasarkan sale yang berjaya dibuat, atau komisyen yang dibayar RM0.08 per klik.
Bayangkan, kalau kita berjaya buat sale pakej yang berharga RM3000.00 kita akan dapat lebih kurang antara RM210 - RM300.00 income kita. Menarikkan?
Cuma terpulang nak pilih cara mana komisyen dibayar. Nak tukar-tukar pun boleh.
Maka ibu Yusuf dengan berbesar hati nak berkongsi dengan rakan-rakan semua. Klik sahaja banner di atas, kemudian klik affiliate di bucu atas sebelah kanan. Kemudian cari click here to register di sebelah kiri dan mulakan langkah anda. Ikut sahaja arahan yang diberikan..
Selamat menambah isi tabung masing-masing.
Semoga berjaya!!
cm best je ni
ReplyDeleteblh jg nie ibu pun nk trylh...
ReplyDeleteemm boleh daftar jugak ni...
ReplyDeletesaya dah daftar tapi masih tak approve lagi. Agaknya salah pilih program ;)
ReplyDeleteNampak menarik.. Insyaallah, ada masa nanti nak jenguk juga..
ReplyDeletetak daftar lg.. InsyaAllah jika berkesempatan nanti
ReplyDelete