Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Masak lemak cili padi sotong dengan cendawan busut. Hmm, gambar yang selalu gagal dek pencahayaan yang sangat romantik di rumah ini..
Pagi-pagi dah buat entry masak-masak. Tak apa ke? Tak apa kut, boleh cetus idea pada yang nak masak tengahari nanti. Tak pun masak untuk malam nanti. Kan?
Pagi-pagi dah buat entry masak-masak. Tak apa ke? Tak apa kut, boleh cetus idea pada yang nak masak tengahari nanti. Tak pun masak untuk malam nanti. Kan?
Ini hasil main masak-masak minggu lepas sebenarnya. Tapi dah beralih minggu baru nak buat entry. Sebenarnya lah kan, kalau nak buat entry masak-masakni, hari-hari boleh buat. Sebab hari-hari masak. Cuma samada rajin snap gambar dan buat entry ke tidak je. Masalahnya, ibu Yusuf ni tak berapa rajin orangnya. Hehehe.. Kalau rajin pun kadang-kadang tak sempat.
Sebab tu ibu sangat respect pada blogger-blogger masakan, lagi-lagi pada mereka yang berkerja. Ye lah, kalau macam ibu buat ni, masak, tuang dalam mangkuk dan snap je. Tapi tengok kalau blogger masakan buat macammana, siap ada prop bagai. Kalau yang surirumah tu mungkin ada juga lebih masa, yang berkerja? Malam je ada masa. Tapi hari-hari update masakan. Cayalah!!
Balik pada tajuk, ibu nak kongsikan resepi masak lemak cili padi sotong dengan cendawan busut. Resepi senang, ramai orang tahu. Tapi percayalah, ada juga yang tak tahu, macam ibu dulu-dulu. :D
RESEPI MASAK LEMAK CILI PADI SOTONG DENGAN CENDAWAN BUSUT
Bahan-bahannya:
1 mangkuk cendawan busut/ 1 peket cendawan tiram
3 ekor sotong dipotong
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
10 biji cili padi ditumbuk
2 batang serai diketuk
1 keping asam keping
garam secukup rasa
1 kiub ikan bilis (pilihan)
Serbuk kunyit secukupnya
Cara-caranya:
1. Masukkan santan cair, cili yang ditumbuk, serbuk kunyit, kiub ikan bilis dan serai yang diketuk kedalam periuk dan masak hingga mengelegak..
2. Masukkan pula santan pekat, sotong, cendawan dan garam secukup rasa. Masak hingga menggelegak semula dengan mengacau sekali sekala..
3. Bila sotong dan cendawan sudah masak boleh matikan api. Sedia dihidang..
Nota ibu:
* Untuk rasa yang lebih asli gantikan serbuk kunyit dengan kunyit asli dan kiub ikan bilis dengan segenggam ikan bilis yang ditumbuk.. :D
Buat yang tak tahu cendawan busut tu macammana, macam ni lah rupanya.
Dalam gambar tu cendawan yang sudah dibersihkan cuma belum dibasuh. Cendawan ni tumbuh atas tanah.. Tapi kenapa dipanggil cendawan busut? Wallahua'alam bissawab, tak dapat ibu nak jawab. Hehehe.. Orang jawa panggil 'jamur barat'..
Ada yang tanya, mana ibu dapat cendawanni. Cendawan tu mak yang bagi masa ibu balik kampung minggu lepas. Mak kata tiba-tiba cendawan tumbuh dengan banyaknya kat kebun. Memang kenduri cendawan kami. Mingguni tak tahulah ada lagi ketidak, sebab semalam ibu tak balik kampung gara-gara urusan rumah sewa yang belum selesai..
Ikut hati, dengan keadaan kesihatan abah tiap-tiap minggu nak balik kampung. Tapi apakan daya, banyak perkara lain juga mesti diselesaikan. Kalau badan ni boleh dibahagi-bahagi untuk menunaikan tanggungjawab secara samarata, ibu dah dah buat dah. Tapi hakikatnya tak boleh.
Ehh.. lari tajuk dah ending entryni nampaknya. Dari tajuk masakan jadi luahan rasa pula. Hehehe.. Baiklah, sampai di sini dulu. Panjang umur kita jumpa lagi. Salam sayang buat semua.. :D
Jom jana pendapatan dengan menjadi ejen pengiklanan kepada HZ Tours. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut.

Salam Zeefa...
ReplyDeleteMana dapat cendawan busut tu.. sedapnya.. kalau akak selalu buat sup cendewan.. terasa manis cendawan itu :D
Lama betul kakak tak makan cendawan ini Zefa. Teringat masa kakak kecik-kecik dulu tak pernah tak ada kalau kat kebun bapak kakak apa lagi kalau musim hujan. Sedap sebab liat-liat dia tu yg kakak suka.
ReplyDeleteSekarang makan yg dalam tin tak sama kan...
cendawan busut dah lama tak makan.. sedapnyer.. akak kalau masak tak masuk kot sotong... just cendawan ngan ikan bilis boleh...
ReplyDeletesuka la cendawan.. semua resepi yang guna cendawan saya cuba :)
ReplyDeletePatutlah.. asyik post pasal cendawan.. rupanya dok kenduri cendawan ye.. hehehehe.. :) sedap tu.. cendawan masak lemak ngan sotong.. kalau saya suka wat cendawan masak lemak cili api ngan ayam.. huawaaaaaaaa.. dap dap dap.. :P meleleh je pepagi ni..
ReplyDeletemesti sedap ni tambah kalau ada sambal belacan...
ReplyDeleteMasa akak budak2 dulu, selalu cari cendawan ni selepas hujan. Biasanya tumbuh atas busut. Agaknya tulah sebabnya dipanggil cendawan busut. Cendawan ni akak lebih suka goreng je..
ReplyDeleteyummy,..yummy,
ReplyDeleteNampak sodap,
Mummy memang suka cendawan..
izan tak pernah makan cendawan busut ni kak. tapi kalau cendawan kukur tu pernahlah...
ReplyDeletemenarik ni kak walaupun husben saya kureng sikit dgn lemak2 ni.
ReplyDelete