Nuffnang

Follower

@@@@@@@@@@@@@@

SELAMAT DATANG KE JEMARI ASMARA


Selamat datang ke Jemari Asmara. Blog catatan jemari ibu tentang 'Keluarga Sihat' kami; ibu, ayah, Yusuf dan Maryam. Blog santai yang ada cerita jalan-jalan kami, makan-makan kami, cerita masak-masak ibu, hobi ibu.. Senang kata, cerita tentang kami sekeluarga..

Berinspirasikan sebuah keluarga yang sihat, ibu kini seorang Shaklee Indipendent Distributor (SID). Untuk info tentang Shaklee boleh rujuk pada sidebar kanan blog ya..

SID mesra anda:
Zefa NorAsmara bt Jubir (Ibu Yusuf & Maryam)
ID: 909824

Thursday, December 23, 2010

Resepi Ikan Siakap Stim Limau!!


Ikan siakap stim limau.. hasil air tangan ibu sendiri tau! Ikanni adalah dari sebahagian ikan yang ibu ceritakan dalam n3 Rezeki Ikan. Sebenarnya ibuni tak lak layak lagi nak kongsi resepi dengan kawan-kawan. Ibuni bab makan memang pakar, pakar makan kat kedai. Hehe..

Tapi atas komen seorang kawan blog ibu, si Ctkus Montel tu.. hah, amik ler resepi ni! Ini resepi campak-campak ibu tau, lain orang lain caranya.

Bahan-bahannya adalah...


Hah.. inilah bahan-bahannya. Nak letak banyak mana, suka hati korang.. huih, kejam tul.

Bahan-bahannya adalah:

1 ekor ikan siakap senohong (bersihkan dan kelar di tepi)
3 ulas bawang putih (cincang)
2 biji bawang besar (potong macam potong bawanglah..)
1 inci halia (potong ikut suka...)
2 batang serai (potong serong-serong)
5 biji cili (potong)
2 biji limau nipis (ambil airnya.. biji buang tau!)
3 sudu sos ikan (yangni masin.. dah tak payah letak garam)
1 sudu sos tiram
1 biji tomato (dipotong dadu.. tak ada pun tak apa)
1 cawan air masak

Cara-caranya:

- Lumur ikan dengan sos ikan dan biarkan seketika
- Tabur semua yang ada di atas ikan kecuali tomato
- masukkan air
- Kukus sehingga ikan masak.. dah masak letaklah tomatotu..
- Sedia untuk dimakan. Senangkan? Bab nak siang ikan paling susah.. hmm.

Selamat mencuba resepi campak-campak ibu..

Haa.. nilah hidangan makan malam kami sekeluarga pada 22.12.2010. Ikan siakap stim, sayur cendawan, telur dadar dan budu.. hehe, ibu tak rajin nak tumbuk-tumbuk buat sambal belacan. Budu tinggal tuang je.. hmm, sedapppppppppp!

12 comments:

  1. siakapp yg sodap...goreng pun sodapp...

    ReplyDelete
  2. sedanya kak... baru semalam tengok ikan siakap tu kat jusco tp lom pandai masak lagi.. menjadi inspirasi nak cuba kena tunggu periuk kukus tu ade kat umah

    ReplyDelete
  3. HK: kalau takde periuk kukus guna je kuali.. letak kaki dlm dia, buh air tutup. Akak wat camtuje dulu..

    ReplyDelete
  4. peh sedapnye..dah lama nak buat mcm ni...akak bile nak masuk contest sy tu?

    ReplyDelete
  5. kak zefa..wow...seddddaaapppp nyeeee...akak mmg terer laaa bab masak2 ni...respect laa kat akak..nnt ct balik penang cuti sem..nk amik resepi ni..nk masak kat dapur dgn ibu... :) ..thank akak..kak zefa, ct dh terliur dh ni...asyik tgok je pic2 ni..menyelerakan ni... :)

    ReplyDelete
  6. hehehhe...kak zefa kena beli pinggan besar untuk letak ikan ni....hehehhe..apa2 pun confirm sedap kan.....pas ni leh la share lagi resepi...

    ReplyDelete
  7. Slurpp...terliur betul .memang sedap resepi kali ni.bersembur airliur.Dah biasa mkan ikan sekap stim limau ni memang berterabur kat blik termenung.tp memang best.

    ReplyDelete
  8. teringinnya nak buat..tapi dayah tak berapa pandai masak..!
    sedang belajar nak jadik hebat lah nih..hehe..
    :D

    ReplyDelete
  9. Dah cuba resepi ni..mmg sedappppp.....mmg puas hati lah...Tima kasih kak sbb sudi share resepi yg sedap nihh... :)

    ReplyDelete
  10. nk cuba lah ... x sangka tercari2 resepi, rupanya resepi kak zefa

    ReplyDelete
  11. x sangka .... dlm tercari2 resepi siakap stim, dh nk ambik resepi baru perasan ni blog kak zefa ... :)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...