Follower

Monday, April 8, 2013

MARYAM KHATAM MUQADDAM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, semalam Maryam sudah khatam bacaan surah-surah lazim yang ada dalam Muqaddam. 

Dalam entry Maryam Nabihah: Pencapaian 2012 dan Target 2013 yang lepas, ibu ada cerita tentang pencapaian Maryam yang sudah tamat bacaan Iqra' dalam usia 5 tahun. Kemudian ibu teruskan dulu dengan bacaan surah-surah lazim di dalam Muqaddam sebelum dia mula membaca AlQuran.

Alhamdulillah, pencapaian ni melepasi target ibu yang nak dia mula membaca AlQuran sebelum dia menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 6.


 
 Gambar semalam..

Sempat ibu snap semasa Maryam menghabiskan bacaan Surah An Nas semalam.

Alhamdulillah, bacaan dan sebutannya lancar. Walaupun belum diajar tajwid secara formal, Maryam sudah boleh tahu tempat-tempat yang perlu dibaca dengan panjang pendek, dengung dan sebagainya.

Cuma kawalan nafas masih lagi lemah. Istilah 'curik nafas' masih berlaku. Ibu harap dapat latih dia mengatasinya dengan baik kelak.

Malam ini, insyaAllah Maryam akan mula membaca Al Quran dari Juz 1.

Semoga dipermudahkan hendaknya..

Jemput baca catatan ibu tentang anakanda Maryam dalam Diari Maryam Nabihah (klik).

Nota ibu: Mohon jasa baik agar tidak ada sebarang prasangka dengan entry ini. Sekadar rakaman seorang ibu tentang perkembangan anaknya.

Geng ibu-ibu blogger faham kut.. Hihi..



 

13 comments:

  1. Alhamdulillah..seronok dengar maryam dh khatam.Maryam anak yg bijak.

    Aiman baru merangkak buku iqra 2.ibu pun lmbt mulakan bacaan plus asyik cuti peristiwa je.hiks..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...sejuk rasa hati membaca entry ini

    ReplyDelete
  3. alhamdullillah.. semoga maryam menjadi anak yg solehah..
    kecik2 dah khatam ye.. too clever..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...sejuk rasa hati tengok maryam ni..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..sejuk hati tengok anak khatam Al-Quran =)

    salam kenal..ila follow sini

    ReplyDelete
  6. Tahniah Maryam... Moga menjadi anak yg solehah ;-)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. MA ada target mcm tu juga kt adam. Nmpknya lebur. Walaupun ada target yg tercapai, banyak juga yg tidak tercapai. Progress mcm semut sungguh MA ni.

    ReplyDelete
  8. Saya sgt faham perasaan ibu maryam :D

    Tahniah buat maryam. Semoga anak2 kita terus cemerlang dunia & akhirat. In Shaa Allah.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah...semoga membesar menjadi anak solehah...:)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah... sejuk hati mendengarnya..:)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. Tumpang seronok mendengarnya.

    ReplyDelete
  12. Alhmdulillah.....tahniah utk Maryam..semoga membesar jadi anak yg solehah...

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...