Follower

Thursday, February 6, 2014

KISAH GIGI SUSU & KEKAL ANAKANDA MARYAM: Part 2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Cerita tentang gigi Maryam lagi. Maryam sedang melalui fasa-fasa tercabutnya gigi susu dan tumbuh gigi kekal. Kali pertama ibu buat cerita gigi ni bulan Julai tahun lepas. Boleh tengok entry tu di sini.

Secara ringkasnya masatu, gigi pertama Maryam tercabut (ibu lupa tarikhnya) dalam bulan Jun 2013 bersamaan umurnya 5 tahun 10 bulan. Gigi kedua tercabut (Julai 2013) bersamaan umurnya 5 tahun 11 bulan.


Alhamdulillah, menjelang Ramadhan (pertengahan Julai 2013), kedua-dua tempat yang rongak dah tumbuh gigi kekal. 

Hampir setengah tahun kemudian barulah gigi susu yang ketiga dan keempat pula yang tercabut. Gigi ketiga tercabut pada penghujung Disember 2013 dan gigi keempat tercabut pada awal Januari 2014.

Yang kelakarnya gigi keempat tu tercabut masa Maryam dan Ayah naik motor balik dari sekolah. Gigi tu tercabut, terus jatuh atas jalan dan hilang. Hihi.. Tidaknya ayah Yusuf nak berhenti dan cari..

 Saya tak ada gigi.. Hihi..

Sehingga ibu entry tulis entry ni kedua-dua tempat yang rongak tu masih belum tumbuh gigi kekal. Tapi tak apa, seperti biasa Maryam tetap comel dimata ibu..

Hihi.. Puji anak sendiri, tak apa kut..

Ibu berharap semoga gigi kekalnya akan tumbuh dan tersusun dengan baik. 

Sekian catatan ibu. Hingga jumpa lagi..

2 comments:

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...