Follower

Wednesday, December 29, 2010

Ibu Nak Komen Pekerja Tol Sungai Rasau!!

****************************

Ibu dengan rasa rendah diri, nak buat teguran kepada pekerja tol Sungai Rasau Federal Highway..

Teguran membina.. harap-harap diperbaiki kelemahan..

Maaflah tegur dalam blog je.. tak rajin nak singgah Pusat Khidmat Pelanggan semata-mata nak isi Borang Kepuasan Pelanggan..

Hari-hari wajib lalu, kecuali Sabtu, Ahad, cuti umum atau cuti tak kerja.

Tapi.. teguran ini khusus kepada pekerja lorong tunai sebelah kanan sahaja (dua-dua hala waktu pagi dan petang).. . Ibu jarang lalu lorong sebelah kiri jadi tak tahu situasinya.. (hehe.. ibu bawa kete berdesup ker.. hoho.. takdelah..)

Balik topik asal..

Hmm.. Panjang sangat ke ayat terima kasih tu.. Susah sangat ke nak senyum? Taknak senyum tak apalah.. tapi jangan la buat muka ketat..

Selalu, ibu yang senyum dan ucap terima kasih..

Lama-lama, malaslah dah nak senyum.. sebab senyum sorang-sorang..

Kadang-kadang..

Rasa nak cakap 'sama-sama' terus jek..

Bukan semua pekerja tol kat situ lah.. tapi..

Kebanyakan!!!

Jadi, kepada pihak pengurusan PLUS... 'renung-renungkan, selamat beramal'..

Kawan-kawan, ada lalui situasi yang sama tak?


Gambar hanyalah hiasan.. hasil carian di google..

1 comment:

  1. Tak faham dengan org yang kerjanya sepatutnya kena senyum tapi sebaliknya... bukan susah pun nak senyum.. kalau pemandu lihat kan sejuk hati...

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...