Follower

Monday, February 3, 2014

HASIL 3C DALAM SHAKLEE: VIVA ELITE IBU KINI DITAJA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Jana Pendapatan dengan Shaklee
Ini Viva Elite ibu..

Banyak jasa tau kereta comel ni. Ibu beli pada April 2010, kereta pertama ibu selepas hampir 8 tahun menggunakan kereta suami (sejak bertunang lagi.. hehe..) 100% titik peluh ibu, dengan bayaran muka RM4,000.00 dan bulanan RM425.00..

Hampir 4 tahun membayar kereta ni dengan wang gaji, mulai tahun ini kereta comel ini bakal dibayar oleh Shaklee. Alhamdulillah, Disember 2013 ibu telah berjaya memenuhi syarat untuk kelayakan Car Bonus. Car bonus ni Shaklee bayar dalam bentuk cash sebenarnya, jadi terpulang nak buat apa. Nak bayar kereta sedia ada boleh, nak beli kereta baru boleh, nak beli benda lain pun boleh.
Car Bonus ni tak termasuk Cash Bonus yang kita terima, yang tu Shaklee memang tak usik. Cash Bonus tak berkurang walaupun kita terima Car Bonus. Maksudnya Cash Bonus tu Cash Bonuslah, Car Bonus tu Car Bonuslah, bukan benda yang sama. Di bawah nanti ibu cerita secara ringkas.

Lebih menerujakan, Car Bonus pertama yang ibu terima bukan sahaja cukup untuk bayaran bulanan Viva Elite ibu ni, malah cukup untuk mengisi minyak pergi balik kerja selama sebulan dan anggaran 4 kali balik kampung. Tiada kata yang boleh terungkap selain ucapan Syukur Alhamdulillah..

InSyaAllah ibu akan berusaha dengan lebih gigih. Sebagai manusia biasa yang ada nafsu dan keinginan (amboi! kemain ayat ye.. hihi..), ibu pun ada kereta impian juga. Lama dah teringin nak ada kereta ni, sejak Yusuf belum ada. Bak kata ayah ibu dah boleh je nak beli, tapi ibu dengan ekonomi sekarang ini memilih untuk bersederhana dalam urusan kereta.


InSyaAllah, kereta kami satu hari nanti.. Yang akan dibayar oleh Shaklee juga. Mudah-mudahan..

Berbalik kepada tajuk 3C di atas, apakah ia? Secara ringkasnya, 3C adalah insentif yang ditawarkan oleh Shaklee dalam Business Plannya iaitu:

1) CASH BONUS  
2) CAR BONUS
3) CONVENTION TRIP (Six Stars Fully Sponsored Trip - Local and Overseas)


Syukur alhamdulillah, ibu dah layak untuk ke tiga2 C tersebut. Cuma C yang ke 3 tu local lah, inSyaAllah berjuang untuk overseas pulak.. Berangan-angan dah ni pergi umrah sekeluarga.. Semoga tercapai impian dan termakbul doa ibu.

Entry ini sedikit pun tiada niat untuk menunjuk-nunjuk. Sekadar berkongsi apa yang ibu perolehi dengan Shaklee. Besarlah harapan ibu untuk membantu rakan-rakan di luar sana untuk berjaya bersama kami.

Jika anda sedang mencari peluang perniagaan, samada separuh atau sepenuh masa, ada modal atau tiada, perlukan bimbingan dan sokongan, ibu jemput untuk menyertai Keluarga Sihat Biz Group (KS BiG) di bawah bimbingan ibu yang bernaung dibawah Master-Master hebat di bawah susur galur Kumpulan Jutawan Shaklee.

Hubungi ibu di:
011-11537821 (wassap sahaja)
zefa_asmara@yahoo.com
FB: http://facebook.com/ZefaNorAsmara
Page: http://facebook.com/KioskKeluargaSihat


8 comments:

  1. Replies
    1. Ja pun boleh dapat, inSyaAllah.. Usaha lebih gigih okey.. :D

      Delete
  2. Tahniah... Alhamdulillah murah rezeki zefa ye...tiap2 yg kita usahakan bersungguh-sungguh pasti ada hasilnya kan ;)

    ReplyDelete
  3. Waahh tahniah kak...Hebatlah akak sekarang!

    ReplyDelete
  4. Tahniah kak..doakn kite jgk ye....:)

    ReplyDelete
  5. Tahniah. Pasti gigih usaha :) moga impian jd nyata.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...