Assalamualaikum wbt..
Besokkan, ada sukan peringkat Negeri Selangor Jabatan di mana ibu bertugas. Hehe.. Ibu wakil Daerah Klang tau! Tapi bukanlah yang susah-susah, ibu main ni je..
v
v
v
Kredit untuk: http://koleksioldskool.blogspot.com/2011/01/congkak.html
Budak-budak kat pejabat tak sudah-sudah sakat ibu. Yelah, yang lain main bola jaringlah, bola tamparlah, badmintonlah, macam-macam lagilah. Sekali ibu Yusuf cuma main congkak daaaa... Jangan pandang belakang congkak ye, belum cuba belum tahu. Ha ha ha..
Jom kita segarkan semula pengetahun kita tentang congkak..
CONGKAK
Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.
Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".
Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".
CARA-CARA BERMAIN CONGKAK
a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.
(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.
(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.
(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.
(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah
Info ibu ambil di http://tradisional-bib.blogspot.com/
Info tambahan:
Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
**************
Ps: Doakan ibu berjaya ye.. :D
oklah tu ibu yusuf, ada gak ambil bahaginan, tak semua orang tahu main congkak kan...
ReplyDeletegood luck ya!
janji meriahkan suasana n ambil bahagian,congkak best apa..
ReplyDeletedulu ms kecik2 buat lubang kt tanah, bila main hitam jer kuku.hahaha..
adoii, ibu, sy dah lupa cara nak main congkak neh. pernah sekali main dgn anak buah umur 7 tahun sy kalah. haha. memalukan betul. haha.
ReplyDeleteada teknik2 utk menang ke selain daripada main tipu? hahaha...
ReplyDeletedulu masa kecik2 suka main congkak ni..good luck yer..
ReplyDeletedah lama sangat tak main congkaka ne
ReplyDeletekak..same la..tahun 2007 dulu pun kite main congkak peringkat negeri wakil jais..dapat no. 3..jadila..good luck kak..
ReplyDeletewah akak! bagusnya smpai waki daerah.
ReplyDeletegood luck akak!
izan selalu tgk org main sorok buah congkak celah jari,main tipu hikhik. tu main adik beradik takpe,kalau dalam game tak baik..hehe
wahh kak zefa dah mcm assignment tajuk congkak penerangan die..best2!
ReplyDeleteTeringat zaman kecik-kecik dulu.. siap bergaduah dengan adik sebab masing-masing nak menang..hehe.
ReplyDeleteTapi memang seronok main congkak ni.