Follower

Saturday, July 28, 2012

BAG TANGAN GIOSSARDI HASIL MENANG PERADUAN IBU IDOLA MAJALAH SERI DEWI & KELUARGA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ini adalah entry sinambungan dari entry INI. Dalam entry tu ibu cerita tentang ibu dapat surat  makluman ibu menang Peraduan Ibu Idola dari majalah Seri Dewi & Keluarga Mei 2012. Hadiahnya beg tangan Giossardi.

Alhamdulillah, ibu dah ambik hadiah tu sehari sebelum puasa di Karangkraf Shah Alam. Hari-hari balik kerja memang lalu situ, tak pernah terfikir nak singgah. Hari tu pertama kali dalam sejarah, ibu datang situ.. Datang ambik hadiah. Ehehehe..

Meh la cuci mata tengok hadiah yang ibu dapat. Plzzzzz, jangan cakap ibu menunjuk-nunjuk ya.. Ibu nak syer aje..



Beg tangan Giossardi yang agak gedabak lah juga.. Walau pun hand bag warnani ibu dah ada (Carlo Rino), tapi dah namanya free, syukur alhamdulillah..


 Hadiah-hadiah iringan yang ada dalam beg.. Dompet, tali pinggang, set alat merias kuku dan dompet kecil untuk letak kunci..


Zoom dompetnya.. 


 Set alat merias kuku..


Tempat letak kunci.. Ye ke? Ibu tak pernah ada benda ni..

Syukur alhamdulillah, berbaloi perah minda buat slogan. Cuma ibu tak tahu berapa nilai beg ni sebab tak tahu berapa orang yang menang. Hadiah keseluruhan bernilai RM5k. Setakat yang ibu tahu, comper hebat Ayu Rafikah dan Zamzarina menang juga peraduanni. Hadiah mereka sejibik yang ibu dapat. Ibu cuma like je di FB mereka, nak komen segan. Mereka bab comping ni dah otai dah..

Hadiah ni ibu anggap hadiah hari jadi in advance untuk diri sendiri.. Hehehe..


13 comments:

  1. tahniah ye....wah cukup lengkap 1 set....

    ReplyDelete
  2. salam Zefa.Tahniah..bkn mudah nk menang...rezeki dari Allahkan?

    Raya sakan ngan handbag,dompet baru la tahun ni ya...jimat sikit $$$$$

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak!!! Seronoknya menang dan dapat hadiah kan...

    ReplyDelete
  4. tahniah akak !
    seyes mmg cantik sgt beg tu ^^

    ReplyDelete
  5. Tahniah, Zefa..
    Semakin murah rezeki Zefa.
    Kena cari baju raya yang sepadan nampaknya..

    ReplyDelete
  6. tahniah...!
    cantik la...sangat cantik..
    :)

    ReplyDelete
  7. beg raya tu...tahniah! -pasni nk kena aktif join peraduan la jugak...jeles ni...hehe

    ReplyDelete
  8. Tahniah. Cantik begnya... complete set pula tu :)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...