Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Beberapa hari yang lepas, ada ibu kongsikan di Jemari Asmara tentang Van Kaunter 1JPJ. Harini singgah di page Majlis Bandaraya Shah Alam, terbaca pula tentang Pejabat Bergerak MBSA yang digelar 'Shah Alam On Wheel'..
‘Shah Alam On Wheel’ merupakan sebuah bas diubahsuai
mengetengahkan konsep turun ke padang bertemu masyarakat khususnya para
pembayar cukai berurusan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Inisiatif tersebut disediakan untuk memudahkan orang ramai berurusan tanpa perlu hadir ke pejabat utama di Wisma MBSA mahupun pejabat cawangannya yang lain seperti di Sungai Buloh, Kota Kemuning dan Setia Alam.
Dengan adanya perkhidmatan ini, MBSA berharap dapat memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan pihak mereka dan ini sekaligus dapat mendekatkan jurang di antara MBSA dan komuniti setempat.
‘Shah Alam On Wheel’ beroperasi dan tertumpu di tempat awam seperti di kawasan komersial, perumahan, pasaraya atau kompleks beli-belah pada setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu sahaja. Perkhidmatan pejabat bergerak ini juga bergerak melalui permohonan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), Persatuan Penduduk dan sebagainya.

Antara perkhidmatan yang disediakan :-
1. Semakan dan mencetak bil cukai taksiran
2. Semakan dan mencetak penyata cukai taksiran
3. Mengemaskini maklumat pemunya cukai taksiran (borang)
4. Pembayaran cukai taksiran secara online
5. Pemohonan/pembaharuan lesen/khidmat rundingcara
6. Semakan status permohonan lesen
7. Semakan/ pembayaran kompaun
8. Pembayaran kompaun secara online
9. Membuat semakan / status aduan
10. Pendaftaran Shah Alam Kita
11. Jualan buku peta jalan/ buku Rancangan Tempatan (RT)/kupon letak kereta
12. Jualan buku pelan setara/rundingcara
PEJABAT BERGERAK 'SHAH ALAM ON WHEEL'
Tarikh:22Jun 2014 (Ahad)
Masa:10.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Jalan Plumbum 7 / Q , Seksyen 7, Shah Alam
Warga Shah Alam, silalah ambil kesempatan ini untuk menggunakan
perkhidmatan pejabat bergerak yang disediakan, lagi-lagi harini hari cuti jadi tak perlulah ambil masa berkerja untuk berurusan dengan MBSA.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-55105133 samb. 1358/1373/1507
Mudah urusan kalau ada perkhidmatan macam ni. Dan yang penting tidak mengganggu waktu kerja.
ReplyDeletesenangkan kalau ada perkhidmatan bergerak mcm nie....
ReplyDeletepejabat bergerak.menarik!
ReplyDelete