Follower

Friday, June 13, 2014

Percutian Singkat Lagi Budget ke Pulau Kapas Terengganu


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Jumaat tengahari, masa untuk merajinkan diri update blog. Tadi ibu berkira-kira nak buat entry lanjutan dari ww Rabu lepas, tapi tangguh dulu lah. Kita bagi laluan dulu untuk entry: Percutian Singkat Lagi Budget ke Pulau Kapas Terengganu..

Bercakap pasal percutian, mula-mula ibu berangan konon nak percutian indah ke mana-mana pulau di Malaysia. Siap letak budget tinggi lagi. Hihi.. Tapi bila fikir-fikir semula, perancangan terpaksa diubah.

Ibu mohon cuti 2-9 Jun, termasuk Sabtu Ahad dapat la 10 hari. Macam lama kan? Tapi dalam 10 hari tu lah nak cover balik kampung Sekinchan, balik kampung Terengganu dan hadir Shaklee National Conference dan National Convention 3 hari 2 malam. Nak bercuti celah mana?

Maka terjadilah percutian singkat ke Pulau Kapas. Pulau yang paling dekat dengan kampung ayah, kiranya sekali harung balik kampung dan bercuti. Err, kampung ayah sendiri pulau sebenarnya. Kampung Pulau Bahagia namanya.. Hehe..

Dah nama pun percutian singkat, maka kos yang dikeluarkan juga tidaklah banyak. Kami ambil pakej harian sahaja. Pakej termasuk perjalanan pergi dan balik dari pulau, snorkling dan makan tengahari. Selebihnya aktiviti bebas yang boleh dilakukan di pantai. 

Satu kepala RM75.00 dan potongan 50% bagi kanak-kanak. Maka kos percutian (asas) kami hanya bernilai RM225.00 untuk 4 orang sekeluarga..

Meh kita layan gambar sambil-sambil bercerita..



Siap sedia nak berlepas dari Jeti Marang, masa ni ibu sangat-sangat teruja. Mana taknya, sebelas tahun jadi isteri orang Terengganu ini kali pertama dibawa ke Pulau Kapas. Hihi..

Oh ya, kebiasaannya bot pertama akan bergerak lebih kurang jam 8.30 pagi, dan aktiviti snorkling bermula jam 9.00 pagi. Jadi kalau ambil pakej harian, siap sedia terus dengan pakaian yang sesuai. Abaikan kasut ibu itu ya. Almaklum, pengalaman kali pertama. Tapi seliper dah siap sedia bawa juga. Hoho..


Perjalanan dari Jeti Marang mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke Pulau Kapas. Tiada kata yang terucap bila menyaksikan keindahan ciptaan Allah swt. selain subhanallah walhamdulillah yang tak putus-putus. Pemandangan yang saaaangat indah. Air yang sangat jernih sehingga nampak batu karang di dasar dan ikan yang berenang-renang.



Siap sedia nak snorkling..


3 beranak dah turun dalam air.. Ibu tak turun ke? Ish mestilah turun, cuma tak ada orang nak tangkap gambar. Kesian.. Hihi..


Nunnn sayup-sayup, ayah dan Yusuf sedang menikmati keindahan dasar laut. Ibu tak bawa kamera, jadi zoom guna kamera telefon sahaja. Gambar sedikit kurang jelas..


Masani dah habis snorkling dan nak menuju ke pantai. Ayah dan Maryam feeling-feeling titanic. Hahaha..


Masa untuk mandi manda di tepi pantai. Airnya subhanallah jernih, pantainya bersih..


Masani cuaca sangat panas terik, tapi anak-anak tak kisah pun. Mandi sampai puas hati..


Ini di tepian pantai yang sedikit berbatu, subhanallah ikan-ikan yang cantik berenang-renang di sekitar kita..



Gambar penutup, terima lah aksi 'model kesunburnan' dari Ibu Yusuf & Maryam. Pesanan penaja, sila pastikan anda menyapu pelindung uv di wajah sebelum beraktiviti di sini..

Oh ya, pesanan penaja juga. Jika anda mengambil pakej harian, pastikan agensi yang anda berurusan boleh memberi jaminan tentang kemudahan tandas dan surau. 

Akhir kata, kepada pencinta alam yang belum menjejakkan kaki ke Pulau Kapas sangat-sangat disyorkan untuk ke sana.

InsyaAllah, balik Terengganu lagi kami pun nak pergi lagi. Hingga jumpa lagi..


3 comments:

  1. bestnya kan kak bawak anak2 berjalan.. happy kemain diorang!

    ReplyDelete
  2. Salam.sy ada plan nk ke pulau kapas.bole bg contact no. utk pakej tu tak?tqvm

    ReplyDelete
  3. cantik pulau kapas nie.. seronoknyee

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...