Follower

Monday, June 30, 2014

Salam Ramadhan 1435H


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, harini 2 Ramadhan 1435H. Ibu Yusuf baru berkesempatan membuat entry Salam Ramadhan. Harap belum terlewat.. Ramadhan kareem dan selamat berpuasa pada semua yang beragama Islam.

2 hari ni, apa cerita kami? Sehari sebelum puasa kami balik kampung Sekinchan. Makanya terawikh pertama dan sahur pertama kami di kampung halaman. Cuma tak dapat berbuka puasa dengan mak abah sebab petang tu Maryam ada kelas taekwando. InsyaAllah ada kesempatan kami akan balik lagi.

Terawikh di kampung rasa tenang je. Orang tak ramai sangat macam di bandar. Jemaah tak melimpah keluar pun, jadi semua dapat aircon. Kanak-kanak dan bermain tu biasalah. Masa ibu intai di balik tabir ada juga yang main tolak-tolak. Hihi.. Tapi mereka tak bising. Alhamdulillah, jemaah dewasa dapatlah menunaikan solat dengan khusyuk..

Ramadhan pertama cuaca sangat panas. Kami meredah perjalanan Sekinchan - Shah Alam memang masa tengahari buta tu. Alhamdulillah, anak-anak okey sahaja. Maryam tidur hampir sepanjang perjalanan.

Kami sampai Shah Alam tepat jam 2.00 petang, sedangkan kelas Maryam pun bermula jam 2.00 petang. Apa nak buat, sebab bertolak dari kampung pun dah lewat. Pagi tu kami ke pasar dulu, tinggalkan bekalan makanan kering dan basah untuk mak.

Sampai je terus buat yang wajib dulu, solat.. Cepat-cepat sarung uniform taekwando (err.. panggil apa sebenarnya baju tu) dan terus ke sekolah. Kami lewat setengah jam. Tak apalah, janji tak ponteng dan yang wajib dah dilaksana dulu.


Aksi yang sedikit gemalai. Almaklum, puasa..

Petang tu kami berbuka biasa-biasa aje. Nasi, dua jenis lauk dan bubur lambuk dari masjid. Yang penting mesti ada Performance Drink. Ikhtiar ibu untuk kami tetap cergas selepas berbuka. Ye lah, kadang-kadang lepas berbuka kita ni lemau kan. Waktu sahur pun kami ambik Performance Drink, sebagai ikhtiar kami untuk kekal cergas walau berpuasa.

Performance Drink
 Haaaa.. Inilah rupanya Performance Drink. Nak order wassap no. dalam gambar tu ye..

Malam tadi terawikh kedua, kami solat di Shah Alam pula. Suasana 200% berbeza dengan di kampung. Seramai-ramai jemaah hingga penuh semua ruang. Namun tetap ada rezeki ruang untuk kami, walaupun..

v

v

..depan toilet. Huhuhu..

Iklan jap, telekung kami anak beranak hasil sentuhan Ummu Muhammad..

Balik cerita tadi, kami solat kat ceruk tu masa solat Isyak je.. Kemudian ibu menggunakan kepakaran ibu menyelit hingga dapat juga ke hadapan. Hehe.. Siap dapat tengok slide masa tazkirah lagi..

Alaa, sebenarnya depan tu ada je yang lpong-lopong tapi masing-masing tak mahu ke depan. Tu yang jadi penuh sampai ke tangga.

Okey, masa untuk ambik Maryam dari KAFA (ibu cuti harini). Sampai sini dulu, nanti kut rajin ada la entry baru. Doakan ibu rajin ya..

Hingga jumpa lagi. Wassalam..



4 comments:

  1. salam ramadhan dari kami sekeluarga

    ReplyDelete
  2. untunglah lagi ibu dalam solat depan toilet.. masih dalam surau kan.. di tempat kita, jemaah wanita terpaksa bersolat di khemah :((((

    ReplyDelete
  3. tak ramai ya datang latihan taekwondo tu di bulan puasa Zefa?

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...