Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Khamis sudah ya.. Terasa-rasa masih Rabu dengan konkononnya nak buat entry tanpa kata. Hahaha.. Masih teraba-raba dan mencari-cari semangat menulis yang perlahan-lahan diterbangkan angin bayu..
Mungkin inikah yang dikatakan entry melepaskan batuk ditangga.. atau yang dikatakan entry janji ada.. atau inikah yang dikatakan buat entry kerana terpaksa? Almaklum, entry kontot adanya..
Terpulang pada tafsiran masing-masing ya.. setiap orang orang ada tafsiran dan persepsi masing-masing.
Sekadar bicara santai tentang batik di hari Khamis. Bukan nak cerita tentang pekeliling yang mewajibkan penjawat awam berbaju batik disetiap Khamis, bukan juga cerita nak jual batik, bukan nak jelaskan jenis-jenis batik. Tapi nak cerita yang ibu Yusuf paling tak rajin pakai baju batik. Hahaha..
Betulll.. walaupun wajib, tapi ya ampunnnnn.. sungguh tak suka pakai baju batik. Sebabnya:
1. Pakai baju batik tak boleh nak lasak sangat, nanti rosak baju. Letih la nak kontrol ayu sepanjang hari.. Kih kih kih.. baik punya alasan..
2. Baju batik susah nak gosok.. kena tenyeh punya tenyeh punya tenyeh.. sembur sana.. sembur sini.. fuh, berpeluh!!
3. Baju batik tak boleh masuk mesin. Kena basuh tangan.. Haaaa, terserlah kemalasan daku..
4. Kedekut RM.. masalah no. 2 dan 3 boleh diatasai dengan hantar dobi sebenarnya. Tapiiii, sayanglah RM tu..
Semua di atas tu hanyalah alasan.. tapi apa nak buat, saya yang menurut perintah. Pakai lah juga kan..
Sekadar gambar hiasan.. Entah ibu siapa tengah berceloteh depan klien-klien dia, ada gambar dalam lappy ni, edit sikit-sikit dan tepek ajelah. Hihihi..
Ps: Suka tak pakai baju batik?
tak suka jugak..
ReplyDeletesy lagi senang k.zefa.sy beli je kain2 corak batik yg murah hehehe bukannya yg jenis sutera pun.jenis kain biasa2 je janji batik hahahaha
ReplyDeleteBaju batik sejuk je.. tak panas.. tak berkuap.. tu yg best... :)
ReplyDeletexsuke batik..malas gsk & hantar dobi...huhu..penyudah dier, sy pki bju bcorak batik jer..ala2 la kunun....kirenye batik tiruan la..hihi
ReplyDeleteTak berapa nak suka. Alasannya.. sama macam Zefa.. Tiap2 khamis mesti lewat ke tempat kerja sebab jenuh nak tenyeh batik tu..
ReplyDeleteTak berapa suka juga hihi. Alasan kita sama lah kak :-) boleh bilang berapa helai baju batik je yg saya ada hehe
ReplyDeleteSuka.. Nur memang banyak koleksi batik.. Yang malas tu nak menggosoknya..:)
ReplyDeleteTak suka!!!
ReplyDeletePakai batik yang dinamakan batik pada hari mesyuarat or out station..
Pakai batik celup pada hari biasa..
Ciri2 yang ada pada ibu, ada juga pada mummy,.
Tapi kalo mummy pakai batik betul, konpem hantar dobi..
Sebabnya, nak jaga status batik tu,.
Dry kelin ler sangat..Hahaha
akak suka pakai kain batik sutera ttp yg xthn nk mengosoknya tu....huhuhu.....
ReplyDeletesaya tak minat juga
ReplyDeleterupanya ramai yang tak minat dari minat kan
saya tak ada baju batik.
ReplyDeletesukalah jugak tp pakai batik yg cetak n bukan original punya batik.yg ori mmg malas sbb tak rajin nak iron.untunglah kerja shift,sebulan sekali pun jarang nk jmpk kerja pagi hari khamis,jadi tak payah pakai batik.huhu
ReplyDeletetk suke juge batek! haha..
ReplyDeletep/s: teringin nak duk dgr kak zefa talk hehe
takde baju batik...
ReplyDeletetak tau nak komen cemana...
ngehngeh.....