JOHOR BAHRU: “Jantung saya hampir terhenti apabila melihat dia terperosok di bawah kereta dan tidak menyahut panggilan saya,” kata Salinda Kamisan, 38, menceritakan kemalangan menimpa anak bongsunya, Mohd Ilman Sadiq Mohd Abdul Hakim, 18 bulan, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, kanak-kanak yang mesra dengan panggilan Ilman itu terperosok di ruang bawah kereta ibunya selama hampir lima minit sebelum berjaya dikeluarkan, namun cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.
Salinda berkata, pemeriksaan doktor mendapati anak keempatnya itu mengalami kecederaan dalaman yang serius di bahagian paru-paru apabila tubuhnya terlipat dua akibat insiden berkenaan.
Menurutnya, kejadian berlaku apabila Proton Iswara itu mengundur tanpa disengajakan selepas kakak Ilman, Norizati Nafisah, 14, tertolak brek tangan ketika ingin mengeluarkan makanan daripada dalam kereta.
Menurutnya, kejadian berlaku apabila Proton Iswara itu mengundur tanpa disengajakan selepas kakak Ilman, Norizati Nafisah, 14, tertolak brek tangan ketika ingin mengeluarkan makanan daripada dalam kereta.
Sebelum kejadian, kereta itu diparkir di depan rumah keluarga berkenaan di Jalan Cengal 3, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi. Sumber
Nota ibu:
Semoga anak itu cepat sembuh. Kejadian ini berlaku tanpa disengajakan dan ianya satu kemalangan. Sama-sama kita berdoa semoga kita dijauhkan dari kejadiaan yang sama. Nauzubillahi min zalik.
Semoga adik iman selamat & beransur sembuh.Seram lak k.atie bc yg trlipat 2 tu...Xdpt dibygkn sakinya camna...
ReplyDeleteMakin takut K.atie nak bawak kete....
Ya Allah... remuk perasaan ibunya tu bila tgk keadaan si anak. tapi kejadian bukan disengajakan.
ReplyDeleteYa Allah...gerun bila dengar kes2 mcm ni.
ReplyDeletemalang tak berbau...
ReplyDeletesemoga adik ilman cepat sembuh...
ya allah.... moga adik iman selamat..amin
ReplyDeleteWalau tidak sengaja tapi hancur luluh hati si ibu... kita yg tengok pun hiba tak terkata...
ReplyDeleteIbu Ilman kena kuat menghadapi ujian ni & redha dgn takdir..
ReplyDeleteSama2 kita doakan yg terbaik buat Ilman..
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..
ReplyDeleteSemoga Adik Ilman dan ibunya diberi segala kekuatan untuk melepasi saat yg getir ini..aminn
MasyaAllah..bagai nk tanggal jantung akak baca berita nie...xdpt nk bygkan kesedihan yg dialami si ibu..moga si kecil dilindungi Allah n sembuh.......
ReplyDeleteYa Allah kesiannya..dekat bandar penawar plak tu,tak jauh dr rumah lama sy dulu..semoga selamat hendaknya
ReplyDeleteharap2 baby tu selamat hendaknya...
ReplyDeletesedih dan kesiannya.. kalau jadi ibu.. x dapat bayangkan perasaan ketika ini..
ReplyDelete