Follower

Thursday, March 15, 2012

Waspada ‘Pegawai Sumber Manusia TNB’

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati jika menerima tawaran kerja daripada individu yang mendakwa Pegawai Sumber Manusia TNB dan meminta sejumlah wang sebagai ganjaran kerana mendapatkan pekerjaan itu.

TNB dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu menerima laporan mengenai kes sedemikian, apabila pemohon ditunjukkan surat tawaran kerja daripada Pejabat Bahagian Sumber Manusia Kumpulan TNB atau Pejabat Sumber Manusia Bahagian-bahagian TNB tanpa menjalani proses sepatutnya.

Menurut kenyataan itu, permohonan pekerjaan di TNB memerlukan calon memohon melalui sistem dalam talian atau borang permohonan dan calon yang menepati syarat iklan akan disenarai pendek sebelum dijemput ke sesi temuduga melalui e-mel atau surat panggilan temuduga.

“Seterusnya pemakluman temuduga kepada calon yang berjaya atau simpanan atau gagal dibuat menerusi e-mel atau surat permakluman serta surat tawaran akan dikeluarkan kepada calon berjaya sama ada melalui pos atau diambil secara terus melalui pejabat Bahagian Sumber Manusia TNB,” kata kenyataan itu.

Orang ramai yang menerima tawaran kerja yang mencurigakan itu diminta menghubungi Nurul Haryanie Abd Razak dan Nurul Muzaleeza Mustapha di 03-22966921 dan 03-22966523 bagi mendapatkan penjelasan. - Bernama

(sumber)

4 comments:

  1. Ada aje cara org nak cepat kaya - menipu macam tak takut dosa betul mereka ini kan...

    ReplyDelete
  2. Orang yg tak ingat dosa pahala ni punya bermacam2 cara nak menipu. Jadi, kita kena berhati-hati sepanjang masa

    ReplyDelete
  3. isk macam2 hal..sama2 aling mengingatkan supaya sentiasa berhati2..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...