Follower

Saturday, April 16, 2011

Peserta Bertuah Jemari Asmara 2nd GiveAway!! Yeay!!

Assaamualaikum wbt..


Apa yang yeay? Haha.. sekadar menggembirakan hati sendiri. Semalam ibu sedikit letih, seharian berada di Ibu Pejabat dan petang meredah jem teruk untuk sampai di 'Baiti Jannati'. Rasa tidak hilang penat lagi, tambah lagi nikmat penat kurniaan Ilahi, ibu baru sahaja selesai memberus cadar dan selimut. Maryam Nabihah muntah-muntah jam 2.00 pagi tadi. Usai acara pembersihan dan sikecil itu kembali beradu, ibu mengambil kesempatan menjengah Jemari Asmara.

Tika ini jam 3.15 pagi.. badan terasa sangat sakit-sakit. Besok pagi ada program di Pandamar, harap-harap ibu masih ada sisa-sisa kekuatan. (Juga dalam mood risau, jiran sebelah rumah yang baru beberapa bulan bersalin anak kedua diserang demam denggi).

Maaf dari ibu, ibu minta masa lagi untuk mengumumkan pemenang Jemari Asmara 2nd GiveAway. Berbalik kepada tajuk di atas, seperti sedia maklum ibu akan memilih 3 pemenang bertuah.

Seorang pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah dan 2 orang lagi akan dipilih secara rambang oleh ibu sendiri. Siapalah 3 insan bertuah yang akan menerima 2 pasang keronang setiap seorang tu ye?

Semoga berjaya!!

Ps: ada siapa-siapa boleh bantu ibu bagaimana nak guna random.org tak? Terima kasih!!

6 comments:

  1. semoga aka kekuatan untuk uruskan segalanya..
    take care!

    ReplyDelete
  2. pergi jerk kat search google then search random .org
    nanti jumpe =)

    ReplyDelete
  3. tak sabar nak tunggu keputusan itu...bertuah kah diri ini yang selama ini tak pernah bertuah dalam apa2 contestpun..huhuhu....sabor jer lah...

    ReplyDelete
  4. ingtkn ibu dh nk umum tdi,.hehe,.rse dup dap dup dap je dh,.kih3,..ermm,search je kt google ibu,nnti jmpe la,.CN xprnh try gne tu,.huhu,.

    ReplyDelete
  5. membalas jawapan nurul : kotak random tu belah kanan.. masukkan no 1 hingga ? ( orang yang join ) then tekan OK rasanya, nanti kua lew nombor 2..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...