Follower

Sunday, April 3, 2011

Maryam Nabihah & Bacalah Anakku: 3 Tahun 7 Bulan

Assalamualaikum wbt..

N3 ini adalah diari Maryam Nabihah. Ibu akan catat perkembangannya belajar membaca. Ibu mula ajar Maryam Nabihah membaca pada Januari 2011 ketika dia berumur 3 tahun 4 bulan. Sama dengan tarikh dia mula bersekolah di Genius Aulad (GA).

Bezanya ketika itu, di sekolah.. GA menggunakan buku 'Bijak Bahasa' terbitan mereka sendiri..

v

v


Manakala ibu di rumah ibu gunakan buku 'Bacalah Anakku'..

v

v


 Guna buku abang je.. tak beli yang baru pun.. sama je.. jimat!


 Tengok! Buku siri 1 dah lunyai dah.. Maryam Nabihah ni rajin belek buku orangnya. Walaupun sekejap-sekejap, setiap hari wajib dia akan baca buku walau tanpa disuruh.


Alhamdulillah, pada 31 Mac 2011 ketika dia berumur 3 tahun 7 bulan, Maryam Nabihah telah mampu membaca perkataan-perkataan mudah di atas. Buku 'Bacalah Anakku' siri 2 muka surat 7 dan 8.

Ps1: Ibu dah buat perbandingan di antara 'Bacalah Anakku' dan 'Bijak Bahasa'. Nanti ibu buat n3 tentangnya ye..

8 comments:

  1. salam akak...

    buku ni mmg bagus la akak.member sye suggest buku ni gak.anak die umo 4 taun dah lancar membaca bahasa melayu n english.tp kene sbg ibu kene rajin la.gud luck maryam...

    ReplyDelete
  2. lunyai rajin dibelek takpe kak ;)

    ReplyDelete
  3. waa..gud2..maryam dah pandai baca book :-)

    ReplyDelete
  4. Eja, waalaikum salam. Anak sulung akk pun dulu guna buku ni. Cuma mula lambat, umur 4 tahun 1 bulan br start. Alhamdulillah, umur lima tahun ++ dah boleh baca.

    ReplyDelete
  5. Nadiah, tu lah. Sampai tercabut kulitnya dah.. :-)

    ReplyDelete
  6. LL, thanks auntie. Mudah2han lepas ni prestasi semakin meningkat.. :-)

    ReplyDelete
  7. salam kenal,

    nnti..rafiq ponsy nak ajar dia guna buku tu
    sbb kakakipar sy cakap..anak dia 3 tahun lebih dah leh baca..:-)

    ReplyDelete
  8. kite pun sedang intai2 blog yg jual buku kak..cari jugak yg jenis set al-furqon..bacelah anakku syg dan ade stu lagi english easy reading tak silap..

    maryam gogogo! ;)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...