Follower

Friday, April 8, 2011

Jom Joint Hobi Ibu?

Assalamualaikum wbt..

Selalu dah ibu cerita macam-macam tentang hobi ibu kan? Macam-macam hobi ada. Tapi sejak akhir-akhirni ibu selalu cerita tentang PML (pinggan mangkuk lama)..

Tanpa ibu sedari.. walau pun ibu tak pernah ajak kawan-kawan joint hobi ibu, beberapa orang rakan-rakan rupanya sudah jatuh cinta juga pada PML. Hanya gara-gara selalu intai blog dan FB ibu.

Beberapa orang sahabat ibu juga bertanya, mana nak cari PML? Bagi yang rajin mengikuti n3 tentang hobi ibu, mesti tahukan betapa 'adventure'nya ibu menghunting PML.

Pendekkan cerita, ibu nak promot blog shop (Asmara Collections @ http://jemariasmaraonlinebiz.blogspot.com/ ) Ibu masukkan PML sebagai salah satu item jualan.

Jadi, kepada sahabat-sahabat yang baru nak bermula dengan PML.. blogshop ibu ada jual PML. Set yang sangat sesuai bagi mereka yang baru nak bermula. Semuanya set ekonomi, murah-murah je. Setakatni ibu jual yang bermotif Bunga Kangkung sahaja dahulu. Bunga Kangkung telah dinobatkan sebagai motif wajib ada bagi pengumpul PML. InsyaAllah, jika ada rezeki abu akan masukkan motif yag lain pula.

Antara PML yang ada di Asmara Collections..

 Set D

 Set C

Set B

Keterangan lanjut sila ke http://jemariasmaraonlinebiz.blogspot.com/ okay!!

Terima kasih!!

No comments:

Post a Comment

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...