Follower

Friday, November 4, 2011

Amboi-Amboi!! Bukan Main Lagi Dia Potong X!!


Tajuk Di atas Adalah Dialog Maryam Nabihah..

Salah satu kelemahan ibu Yusuf dan Maryam adalah tidak menekankan penggunaan bahasa inggeris di rumah. Bukanlah tidak langsung, tetapi setakat yang asas-asas sahaja.. Anak-anak lebih banyak belajar dari cikgu di sekolah berbanding di rumah termasuk Maryam yang baru berumur 4 tahun..

Yusuf berumur 7 tahun dan Maryam 4 tahun.. Namun Maryam dilihat lebih 'henglish' berbanding abangnya. Mungkin disebabkan faktor sekolah. Yusuf dulu semasa tadika ibu hantar ke sekolah yang tidak menekan pertuturan dalam bahasa inggeris. Sedangkan Maryam seawal 3 tahun 5 bulan ibu dah hantar ke tadika yang memberi penekanan kepada bahasa inggeris.

Okey, cerita di atas hanya intro sahaja sebenarnya. Sekarang, baru masuk kepada tajuk.. Hehe..

Mingguni, tiap-tiap hari ibu akan menjemput Cik Ayu di stesyen komuter. Sejak makabah duduk di rumah kami, Cik Ayu berulang dari tempat kerjanya di Cheras ke Shah Alam. Bila hujan (sekarang tiap-tiap petang hujan), jalan di hadan stesyen komuter sangat sesak dan kereta berbaris panjang. Hmmm.. maka banyaklah adegan potong memotong barisan ni.. Maka, terkeluar jugalah dialog seperti tajuk di atas oleh Maryam Nabihah.. hehe.. Tersasul sudah. Ibu kira anda semua faham budak kecik ni nak cakap apa sebenarnya.. Hihi..

Ibu nak kongsikan dua keping gambar yang ibu snap ketika tersekat dalam kesesakan. Bukanlah di hadapan stesyen komuter yang ibu ceritakan, tetapi di simpang ke Padang jawa dan Seksyen 7 dari Federal Highway dari arah Kuala Lumpur.. Tapi ada kaitan dengan potong barisan..


 Lihat kereta-kereta dari cermin sisi kereta ibu itu.. Semuanya kereta-kereta yang potong barisan.. termasuklah kereta oren kat sebelah tu..


Ini pula pandangan hadapan.. Jalan 2 lorong dah jadi 3 lorong.. Yang geramnya, kami di line kedua yang sepatutnya 'di jalan yang betul' dah jadi hilang baris dan terpaksa pula bagi signal untuk masuk ke 'jalan yang benar'..

Perkara ni jadi di mana-mana. kemungkinan besar juga dilakukan oleh mereka yang baca blog ibu ni. Kan? Kan? Kan? Haha.. Anda tak perlu mengaku diruang komen, cukuplah baca sampai habis n3 ini..

Bila ada komen mengatakan pemandu Malaysia kurang ajar, kita bukan main marah-marah tak setuju. Tapi hakikatnya sebahagian besar dari kita memang tak mengambil kira keselamatan dan undang-undang ketika membawa kenderaan. Sepanjang hampir sepuluh tahun memandu, ibu bukanlah seoarang pemandu yang baik sangat pun, tapi seboleh-bolehnya mengelakkan tindakan yang membahayakan dan juga tindakan yang buat orang sumpah seranah kita balik.

Dalam kes gambar di atas tu.. Geram tau!! Orang yang potong barisan bukan main laju.. Kita yang ikut baris betul 'tersepit' pula.. Geram!! Nasib baik mulut ibuni ada insuran iman, kalau tak berbakul-bakul carut marut keluar agaknya..

Syukur Ya Allah atas nikmat iman Mu..


7 comments:

  1. selalunya pemandu lelaki akan meperlekeh kan pemandu wanita..

    dia hingat dia hebat sangat?!!!

    ReplyDelete
  2. kami pemandu berdisiplin..taat dilorang yg benar hehe..orang yg selalu pintas gitu..kalau hot tak bagi pun laluan..sipi je sisi kerete masing2..si pemandu sebelah kite wat tak tau je kehkeh

    ReplyDelete
  3. kalau hubby nak dikejarnya..menjerit2 saya marah...

    ReplyDelete
  4. memang geram jugak ngan pemndu yang sellu potong barisan ni...tak berhemah betul..pntingkan diri sndri...

    ReplyDelete
  5. kat mana2 pun benda nie terjadi..

    pandai maryam yer..:)

    ReplyDelete
  6. Kadang-kadang sedih melihat mentaliti bangsa kita apabila berada di atas jalan raya... selalu terfikir bilakah pemanduan berhemah ini dapat dilaksanakan oleh rakyat Malaysia.. kita terlalu jauh ketinggalan dengan budaya Barat apabila menyentuh bab memandu di atas jalan raya ni..:(

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...