Follower

Thursday, November 17, 2011

Jatuh Bangun Jemari Asmara


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Ibu nak tunjuk prestasi UV Jemari Asmara dari 10 hingga 16 November 2011. Mohon jangan gelakkan ibu ya, atas entry tayangan UV nan seciput ini. Ciput-ciput pun, syukur alhamdulillah masih ada yang sudi menyinggah. Terima kasih semua!!


 Bertangga-tangga.. Jujur, pencapaian terbaik UV Jemari Asmara hanya 100++ UV sehari. Dari 10 - 16 November 2011 cuma mampu mencapai 118 UV je sehari.. (jangan gelak, jangan gelak.. nanti ibu merajuk.. hihi..)


Dalam jangkamasa seminggu ada 2 hari dibawah paras 100 UV sehari..

Jom buat post moterm kenapa UV rendah pada dua hari tu..

10 November tu ibu tak ada entry. Ada sebenarnya tapi dah malam dan dipenghujung hari.. Kira macam tak ada la, sebab orang baca entry tu keesokan harinya. Lagi satu hari tu ibu tak ziarah blog kawan-kawan pun sebab agak sebok, cuma ada juga la drop komen di 1-2 blog..

13 November tu pula jatuh pada hari Ahad. Mengikut pengalaman ibu, UV memang selalu jatuh pada hujung minggu. Sebab hujung minggulah kita nak beraktiviti bersama keluarga atau rakan-rakan. Jadi, keperluan untuk online dah jatuh pada tangga ke bawah. Keluarga lebih penting!!

Lagi satu, blog ibu ni adalah blog peribadi sahaja. Lebih kepada catatan kebahagiaan hidup ibu. Tempat ibu nak meluah rasa.. Jadi tak adalah entry yang menarik sangat hingga sangkut pada carian google.. Tak kisahlah UV tak tinggi pun.

Walaupun begitu.. Ibu seronok tengok UV blog rakan-rakan lain yang tinggi-tinggi belaka. Walaupun UV blog ibu tak tinggi, tadi tak salahkan, kalau ibu pun syer di sini?

Ps: Tak lama lagi Jemari Asmara akan berumur setahun. Berapa umur blog kawan-kawan?



6 comments:

  1. tak nak gelak kan pun,klu tengok kaklong punya uv..lagi zefa tergelak besar..tak pernah smp 100..kahkahkah!

    ReplyDelete
  2. sama la uv kita ibu...rendah jer wlpn follower ramai..sbb tu kita tak boleh kejar sgt kan follower ni..yg penting sebenarnya adalah pembaca tetap..

    ReplyDelete
  3. umur blog saya 9 bulan..taun depan genaplah setahun..

    ReplyDelete
  4. wah setahun baru tapi nak meletop..kite dar 2009 tapi perubahan mcm ni jelah heheh

    ReplyDelete
  5. Takpe.. perlahan-lahan.. Insya Allah bila dah ada kemajuan nanti tak terkejar rasanya nak berblogwalking (Kak Nida punya blog pun alahai lagi ciput...hehe)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...